Di petang yang indah sebentar tadi, Setiausaha Cikgu FarhahNur telah mengetuk pejabat Cikgu FarhahNur sambil membimbit memo setebal Kamus Dewan.
Cikgu Farhah, ini senarai kerja-kerja Cikgu Farhah yang akan membuatkan Cikgu Farhah tersangatlah sibuk macam orang lain tak pernah sibuk sesibuk Cikgu Farhah.
1. Siapkan kertas Ujian Bulanan Bahasa Inggeris sebelum minggu hadapan.
2. Siapkan perhiasan pakaian senam robik bagi Rumah Kuning Ang Ang.
3. Memimpin latihan Novelti bagi Tahap 1 untuk Hari Sukan minggu hadapan.
4. Siapkan hiasan pasu bunga bergambar (macam Cikgu Husna).
5. Lekatkan border untuk papan kenyataan kelas.
6. Lekatkan semua info di dalam kelas.
7. Buatkan kembali nama dalam jadual The Helpers yang telah 'diambil'.
8. Pasangkan langsir kelas.
8. Siapkan tag untuk perpustakaan.
9. Agihkan fail-fail murid kesayangan.
10. Siapkan buku log 'Learn A Word A Day' untuk aktiviti Panitia Bahasa Inggeris.
11. Cuba menyambung kembali penulisan cerita.
Cikgu Farhah :
'Aha, bole-bole, no hal semua tu, macam tak biasa, 11 je ke? Tambah la 14 lagi...'
-GULP-
-RASAKAN-
-TAK TAHU APA NAK JADI-
~Terima kasih kerana sudi membaca coretan drama sebabak ini~

4 comments:
paah umah kuning ke?
hebat paah~~~
Eyla : ye sayang oi..umah kuning la jgk..ada harapan nak jd maskot cam ila gak nanti..hehe
Yin-yin :
Hebat? hampir cabut kaki dan kepala i :(
Post a Comment