Salam aleik.
Ellow :)
Dah hari ke 16 kita berpuasa kan? Subhanallah..syukur, masih berupaya mengirup udara walaupun sudah semakin tercemar..Hmm..tiba-tiba, saya teringatkan rumah kampung saya di tepi pantai.
Dulu, saya tinggal kat tepi pantai tau. Rumah kampung saja. Tapi seronok sangat. Pagi-pagi, rutin saya, sapu daun-daun kering sambil naik buayan kayu yang Uncle Di buat dan sambung dekat dua pokok Ketapang yang masih kemetot lagi..tapi kuat oo. Rumah saya dikelilingi pasir pantai yang putih gebu oo..Bila angin kuat, habis masuk pasir dalam rumah. Selalu saya mengamuk sorang-sorang sebab baru saja sapu, kena sapu semula.
*

Credit to You
Angin kat pantai sejuk sangat. Bila pagi-pagi, bau laut, angin sepoi-sepoi bahasa, bunyi ayam bergosip, bunyi ombak gaduh-gaduh dan bunyi burung in love sangatlah menenangkan. Saat-saat ini yang paling saya rindukan. Tak mungkin dapat saya cari ganti di mana-mana pun.
*
Jalan kat luar rumah tak payah pakai selipar. Cuma yang tak seronok, saya jarang-jarang dapat main badminton. Angin kuat sangat. Alih-alih jadi permainan kutip dan kejar bola tangkis yang melayang-layang...Dulu, semua adik-beradik suka datang dan tidur di rumah saya. Sebabnya, bila sang rembulan menjelma, semua akan keluar bersembang di luar rumah sambil tengok kapal-kapal berlampu lip lap anak mami. Uncle saya cakap tak payah pergi Hong Kong. Dari rumah saya dah boleh nampak kawasan pulau, Komtar, Bukit Bendera dan lampu-lampu bangunan di seberang tambak. Heww, memang seronok plus plus.
*
Kadang-kadang, kalau saya stress baca buku dalam rumah, saya duduk di luar sembang dengan angin. Saya selalu akan cerita semula topik yang sedang saya ulangkaji pada angin. Sebabnya, kalau saya mahu ingat dengan tahap johan, saya mesti bercakap sorang-sorang. Ala-ala jadi cikgu yang tengah mengajar gituww. Jadi, anginla tempat saya 'mengajar'. Saya pilih angin sebab, angin tak boleh tanya, jadi kalau dia faham ke tak faham, saya tetap boleh bercakap dan bila dah penat saya tidur dengan suka hati. Tak kesahlah fakta yang saya cerita tadi betul ke auta..hihihi..hmm..apela nak jadi.
Oh. Dah jadi cikgu dah pun. Kira betul la kot kan angin kan kan..
Harini, tiba-tiba sembang dengan Mama pasal rumah kami di tepi pantai. Walaupun rumah tu tak seberapa, macam-macam kenangan di rumah tu. Banyak yang indah-indah belaka. Banyak juga mengajar erti tawadduk.
Aha, memang saya sangat rindukan angin sejuk di pagi hari dan semua semua dan semua suasana, semua benda dan semua kenangan di Pantai Bersih. Sekarang semua dan lenyap macam angin yang sudah beralih arah..mana pergi?


