Hai semua :)
Okok. Kepada my junior yang tengah bertanding untuk perwakilan pelajar, all the best to you dear sis. Kagum Kak Farhah dengan adik sorang ni. Berani. Cayalah!
Okok. Harini saya nak kongsi macam mana nak brush up skill tuan-tuan dan puan-puan dalam berbahasa Inggeris. Haha. Tahu. Korang gelak sebab macam ketam ajar anak berjalan kan? Ye betul. Saya bukannya hustler dalam English ni. Tapi saya berusaha keras untuk belajar tau. Yup, nampak hasilnya. Cewaa..So, kalau boleh membantu diri sendiri, kita tak boleh kedekut nak kongsi kan? kan? So, let's go step by step..
1. Nyanyi lagu English.
Ini memang sangat membantu. Sebabnya, nak harapkan kita communicate in english memang la tak kan? Jadi, bila nyanyi lagu english hari2, kita boleh biasakan lidah kita dengan vocab english. Kalau nak lagi power, cuba hafal rhyming part dalam lagu hip-hop yang cakap cepat-cepat tue. Serious membantu beb! Saya cadangkan hafal rhyme Eminem. Take it slow, don't worry..Oh satu lagi. Jangan lupa basahkan lidah dengan zikir jgk tau. Jangan sampai lagha dan asyik masyuk kengkonon Rihanna.hihi
2. Baca buku, surat khabar english bertemankan colour atau highlighter.
Bila saya baca buku english, takde maknenye buku saya akan menjadi cantik berseri. Sebabnya, saya akan highlight atau gariskan perkataan yang best, bombastik atau pekataan yang saya tak paham 'apekah ini'. Kalau pages tuh kaya dan masyuk dengan words yang best, terus saya lipat macam nasi lemak ha amek kau. Bila buat macam tue, senang saya nak refer pages yang akan membantu saya tambah vocabs english saya. Kadang2, kalau terlebih masa, saya akan salin semula whole sentences yang ada words best on the last page of the book. Lepas tue, saya akan cuba guna pakai ayat tersebut dalam percakapan saya, ataupun penulisan esey, cerita atau blog saya. Ini memang membantu, kadang2, sambil drive, bole pulak terngiang-ngiang ayat yang saya salin dan highlight tu..
3. Mesti kahwin dengan kamus dan Thesaurus!
Saya lebih prefer baca thesaurus dari baca baca novel cintan-cintun. (kalau tak bemode jiwang la..haha). Kenape thesaurus? Thesaurus ini ialah himpunan perkataan sama erti yang lebih kurang sama maksud yang boleh kita guna pakai dalam ayat english kita. Ohoo..saya tak boleh hidup tanpa thesurus. Sebabnya, saya sukakan kelainan dalam menulis. So, saya akan sentiasa rujuk thesaurus untuk mencantikkan lagi ayat-ayat saya. Kalau korang takde thesaurus, bukak je online thesaurus. Ataupun, korang right-click words korang dalam Microsoft Words tu then click Thesaurus. Korang boleh pilih perkataan seerti lain untuk perkataan korang :)
4. Cakap sorang-sorang guna bahasa inggeris.
Hey, bukan gila ohkay! Gila kah bila kita berusaha untuk pandai? wah ayat..heheh..Saya suka cabar diri saya. Kalau boring drive jauh-jauh, ala, dekat pun takpe, saya akan bayangkan yang kengkonon saya nie tengah di interview oleh someone kerana saya ni somebody! haha. Selalunya saya bayangkan saya jadi penulis yang nak terbit buku!nahaha..Then, saya akan create soalan secara spontan untuk Cik Writer yang perasan fofular ni. Nah, jawab lah saya in english! hahah..seronok tau. Tapi yang tak seronoknya bila orang dalam kereta sebelah tengok macam nak kate..
"ape kehei la oghang seblah neh"
Haha. Sebabnya, tanpa disedari, selalunya ngan tangan-tangan pun saya naik jugak. Teacher lah katekan..Ngeh-ngeh. So, terpaksa la cover line buat-buat pegang telinga kengkonon betulkan hands-free! hahah.Wah banyaknya saya reveal keselekehan saya hari ni!
5. Ber'sms' guna english.
Hm. Kalau korang dah berpunya, sms la dengan sayang-sayang korang in english ya. Bukan la nak berlagak or buang tebiat..Untuk kebaikan bersama jugak kan..Tapi janganla sampai maksud tak sampai pulak. Haru-biru rumah tangga korang dek kerna tips dari Cik Farhah nie..hehe..
6. Tengok la banyak-banyak lakona Denzel Washington..
Denzel Washington tu takde kena-mengena. Cuma saya sangat minat dengan aktor ni lah weih! Apa yang tersuratnya ialah, tontonlah banyak cerita english nie. Opps, tapi elakkan yang banyak obscene tau. Maksudnya yang ada adegan 18sx ni. Dah cantik korang nak dapat ilmu, tertengok pulak dah adegan yang err ini, cancel terus ilmu yang Tuhan nak bagi. Jadi pilihlah cerita yang terbaheekk punyee..Cuba jangan bergantung on subtitles. Cari movies yang tak complicated sangat untuk permulaan. Cari movie yang korang suka. Bila dah suka, mesti korang ulang tengok 37 kali kan? Insyaallah dengan izin Allah, akan termelekat la beberapa dialog yang korang wajib guna pakai dan aplikasi dalam communication korang. Cabar diri korang untuk guna ayat2 nie tau!
7. Apply lirik lagu dalam ayat dan cerita.
Saya suka hafal lirik lagu yang unik dan best. Bila dah hafal, saya suka buat cerita atau esei. Jadi, kalau lah pemeriksa kertas SPM saya dulu memang die-hard fan Britney Spears, The Corrs, Michael Learns To Rock, Toni Braxton, ha ape tah lagi yang saya gilakan masa zaman berumur 17 tahun dulu, mesti dia sedar yang memang sah-sah lah saya banyak mencilok dari lagu-lagu diorang nih. nahaha..
8. Gaduh ngan adik, kakak, abang dalam english.
Haha. Ini saya tak galakkan. Saya kalau gaduh saya senyap ja. Tapi kalau nak 'bergaduh' manja dengan anak murid, hah memang sah saya guna english sebab memang sah-sah lah saya dapat piala. Kekejaman! kekejaman!hehe
9. Guna online dictionary untuk confirmkan sebutan.
Saya suka kawan dengan online dictionary. Kalau ada words yang macam menarik tapi saya tak tahu nak sebut, saya akan buka online dictionary yang pronunciation included macam kat sini. Kacang je, boleh berguru secara online. Taklah korang main sebut je..ngeh ngeh..
10. Jangan malu.
Hm. Berusaha untuk diri sendiri dan jangan malu. Kalau ada yang kutuk, cakap je 'oh, apedie? I can't hear yuuuu...' Teruskan berusaha ya! Kejar ilmu sebanyak mungkin. Allah sayangkan kita kalau kita cintakan ilmu dan mahu belajar..Teruskan berkongsi dengan kawan-kawan kalau ada informasi berguna. Jangan kedekut bin bakhil ohkay..Allah tak suka!
11. Semoga berjaya semua semua!
12. Love you all !!
13. ;)




