Lilypie Kids Birthday tickers

Sunday, February 28, 2010

Im just a girl next door

Salam aleik.

Betul.
Saya pendek.
Saya tak besar.
Saya kecil.
Saya diam.
Saya tak boleh kata tidak selalunya.
Saya cepat simpati.
Saya kurang cerdik juga adakalanya.
Tapi.
Tak bermakna saya tak boleh meletup atau kepala pecut keluar api macam roket bila saya rasa saya dipergunakan dan dibuli berdasarkan kelemahan-kelemahan yang saya senaraikan di atas.
Saya tahu la!
Eeeegghhhhiaahh! Beng beng!

Okay.
Dah tenang.

DIA Maha Tahu.

Allah tidak akan menguji hambaNya jika Allah tahu hambaNya tidak mampu bukan?
Maksudnya saya mampu.
Dalam ramai-ramai, saya yang dipilihNYA.
Subhanallah.
Saya mampu.
Cuma saya masih belum temui kekuatan itu.

Diri ini perlukan bimbinganMu Ya Rabb.
Berat rasanya untuk lalui seorang diri.
Cetuskan sedikit jalan buat diri yang kerdil ini.
Amin.

Nak lari dalam ni kejap..tepi!tepi!

Monday, February 22, 2010

Warkah Untuk Yang Tersayang


Salam aleik.

Ke hadapan En Laptop yang kini berada di wad ICU Kedai Komputer Lupa Ape Tah Nama.
Bagaimanakah keadaan En Laptop sekarang? Adakah En Laptop masih dalam kesakitan yang sungguh amat sangat seperti hari itu? En Laptop, maafkan saya jika selama kita berkawan, saya tidak menjaga hati En Laptop dengan sebaik mungkin. Bukan sahaja kesihatan En Laptop, rupa paras En Laptop juga sering menjadi gurauan rakan-rakan saya akibat plastik yang compang-camping di atas badan En Laptop itu. Ye, semak kan? Sesungguhnya bukan niat saya untuk membiarkan En Laptop menjadi begitu huduh! Saya sebenarnya ingin menjaga kulit En Laptop agar tidak bercalar dan terkena sinaran UV. En Laptop tidak mahu virus cancer datang bukan? Kan? Kan? Oh, dan satu lagi, saya ini cemerkap orangnya..Kak Liya..ehem-ehem..Oleh itu, dengan adanya plastik yang terkontang-kanting di atas badan En Laptop, En Laptop boleh berasa selamat walaupun saya yang kelam kabut dan barang-barang saya yang segedabak itu hadir untuk 'membelasah' En Laptop.


En Laptop, saya berharap sangat En Laptop dapat kembali dalam hidup saya. Tolong jangan biarkan saya seorang diri lagi. Saya sememangnya tidak boleh hidup tanpa En Laptop. Nyanyi sikit buat En Laptop ek..6ixth Sense, Tanpa, dirimu aku resah, tanpa, hatimu aku hampa, tanpa lirik saya sudah tak ingat ini lagu jadi belasah saja ye En Laptop. Saya janji, jika En Laptop kembali, saya akan korek kembali laci ajaib saya untuk mencari Bahan-bahan Pencuci Ape Lupa Suda Nama untuk mencuci skrin dan papan kekunci En Laptop ek? ek? Saya akan mandikan En Laptop hari-hari. Eh, taklah hari-hari sangat En Laptop, sebab saya pun kadang-kadang malas mandi. Cemane tuh??


En Laptop, mengenai kulit En Laptop, sememangnya saya akui masih mulus dan cantik. Ha, terima kasih pada saya yang tak pernah menanggalkan plastik yang belemoih di atas badan En Laptop itu. hihi. Jadi, apabila En Laptop dah sihat nanti, saya janji akan beli baju baru untuk En Laptop. Oleh sebab kulit En Laptop yang hitam berkilat menawan dan tertawan itu masih berkilauan, saya akan 'bedazzled' badan En Laptop agar lebih cantik dan tampak 'brand new' ek? Macam saya 'bedazzled' En Handphone saya tu. Ingat lagi? Biar semua orang tahu yang En Laptop sebenarnya sangat kacak dan hensem. Lain kah kacak dan hensem?

Akhir kata En Laptop, saya masih perlukan En Laptop dalam hidup saya. Walau ramai yang telah mencadangkan kepada saya untuk mencari pengganti baru, saya tak mahu! tak mahu! tak mahu! Ada juga yang dengan slumber cucur badak bertanya kepada saya ' Kenapa pilih dia at the first place'. Oh, menusuk kalbu kan En Laptop..Tak mengapa. Yang penting, kita berdua masih bersama hingga kini..Sudah hampir 7 tahun wa cakaplu! Yayay! En Laptop tenang-tenang saja berehat di rumah sakit ya? Maaf tak dapat menziarahi En Laptop dan beli buah-buahan, saya sangat sibuk dan terpaksa pulang dahulu. Mungkin esok Dr Zakaria akan 'discharge' En Laptop. Tentang bayaran rumah sakit, En Laptop jangan risau, saya akan keluarkan duit ASB saya untuk melunaskan bil-bil tersebut..Sihat cepat-cepat ya En Laptop..Miss and love you this big! Bigger than the whole world and the world wide web! Huh? Nampak tak En Laptop??


Wassalam.


Saya lampirkan gambar ini sebagai penguat semangat En Laptok ye? Oh jangan risau, saya tak mungkin 'bedazzled' En Laptop dengar glitters Hello Kitty. Saya cari glitters yang cool untuk Encik Laptop yang hitam menawan ohkay!


Sunday, February 21, 2010

Saya kuat dengan senyuman anda :)

Salam aleik.
Ellow..

Saya tertarik dengan apa yang Dr Fadzilah Kamsah bincangkan kelmarin dalam Anjakan Paradigma. Betulkan jika salah, sebab tengok separuh jalan sahaja.

1. Your friend is who you are.
Tepat sekali. Kadang-kadang, kita dengan tegar mempertahan bahawa kita tak mungkin terpengaruh dengan 'surrounding' kawan-kawan kita yang mungkin agak negatif atau terpaling. Tapi, sedikit demi sedikit, pengaruh itu akan meresap juga. Kan? Tak kiralah dari segi amalan, pakaian, penampilan atau apa sahaja.. Jadi fikirlah dengan bijak. Tak perlu terus memutuskan persahabatan. Walau sehina mana diri kita, Allah telah jadikan kita sebagai khalifah di bumiNYA. Jika bukan pada masyarakat, tapi pada diri sendiri..Jadi, bawalah rakan-rakan kita semua untuk belajar mengenal Allah dan meninggalkan segala laraganNYA. Dekatkan diri pada Tuhan, pohon agar diri kita dan rakan-rakan akan sentiasa berada di jalan yang benar. Amin..

2. Harus bergaul dengan mereka yang berilmu dunia dan akhirat.
Ini saya setuju habis-habisan juga. Kadang-kadang, kita selalu leka. Buat ini dan itu. Namun, berbincang dengan mereka yang berilmu agama, memohon pendapat mereka selalunya akan memberi kesedaran dan ketengan. Paling tidak, cara ini boleh membantu kita berfikir dan bermuhasabah. Subhanallah..bukankah hidayah Allah datang dalam perlbagai cara. Kadang-kadang, hanya dengan memandang para ulama, sudah cukup untuk membuatkan saya sayu mengenang diri yang amat sangat kerdil ini..Bukan setiap masa kita di jalan yang betul kan? Jadi, carilah kawan dikalangan mereka yang boleh membantu..

3. Membantu dengan sepenuh hati.
Allah pun telah berjanji, selagi kita membantu saudara-saudara kita dengan ikhlas, selagi itulah Allah akan membantu kita tanpa putus..Jangan berputus asa untuk sepenuh hati mengeluarkan saudara kita dari kesusahan. Tanpa kita sedari, Allah akan buka pelbagai jalan untuk membawa kita lebih dekat dengan DIA :)

4. Buat yang lain gembira dan tersenyum.
Walaupun kita berduka, bersedih, namun, dengan sekuat daya, cubalah kita bantu saudara-saudara yang lain untuk senyum dan berlapang dada dengan diri mereka. Melalui itu, sedikit kekuatan akan kita peroleh..Insyaallah...

Selamat Beramal untuk FarhahNur dan semua rakan-rakan yang disayangi.
Semoga kita semua berada dalam lindungan Allah SWT selalu. Amin..



Friday, February 19, 2010

Baby, don't be like this please..


Salam aleik.
Ellow all..

Oh how i need a new gene in me right now!
A creative gene please!
Im thinking of decorating my class but oh, my head seems blocked by rocks from the Yellowstone National Park(kegemaran En Razak).
Oh see, kalau nak merepek memang laju.
My all respect goes to those who can used and re-use anything and make heaven out of it.
Pity my kids..
Their mummy is not that creative :(
She only knows how to feed her child with chocholatinozzz..yummeeeeh..nyuum!
hihi
Hish apeni buat kerepek!
Kepada sesiapa yang berhasrat untuk berkahwin dengan saya, sila pastikan anda sangat kreatif dan gen kreatif anda sangat melimpah-limpah tau.
Sebab saya tak kreatif!
So, dengan adanya kamu yang kreatif, anak-anak saya err kita boleh jadi hebat dan kreatif macam Ibnu Sina..weee..
Jadi, anak-anak kita tak perlu bersusah payah macam mummy dia sekarang yang tengah berguling, jumping jack dan head-banging hanya kerana sebuah jadual waktu yang ingin dikreatifkan!
Patheticla!
Jadual waktu je pun!
Poongaah!(dedicated to Nurul..heee)

Wednesday, February 17, 2010

Kling Kling! Survey mali hooo..


I am passionate about …
Chocolates, ice-creams, flowers, cute stuff, new words, books, home deco..cute stuff, cute stuff and cute stuff..

I get frustrated when …
I can't complete my work and people around me get dissatisfied by that..ouch..

If handed $100,000 in an envelope and instructed to spend it however I pleased, I would …
Makkah here I come! Insyaallah.. and buy a lovely house..

If I could be anywhere right now I’d be …
Err..Is Disneyland open for visiting at night..nak pi! nak pi!

I am most proud of …
My job as a teacher :)

My heart sings when …
I can make peoples around me smile and smile and smile..hee..

The hardest part of my job is…
To be patience when im so not wanting to be one..pheww..

I love sipping on …
Teh tarik, Grape Nutrigen, Sirap bandung..phew..uncountable la..banyak lagi..all in the menu!

A person I admire greatly is …
Prophet Muhammad SAW..
Papa, Mama..
And all the fair leaders and upcoming ones :)

The best part of my day is …
Bed time, tv time, eating time..and..praying time coz I can communicate with my Creator..Subhanallah :)

My favourite food is …
Gosh! Should i start this?
I love everything, but extras is on cakes..tq..hehe

I struggle with …
Hecticness that bothers me easily..check up please Farhah!

Friendship to me means …
Forever friends through thick and thin..

I just can’t live without …
The faith and believe in Allah SWT and myself :)

Im done..thank you for the time spent dear you..yes you..
Gudnite all my Sunshines ;)


Tuesday, February 16, 2010

Menulis Bila Tiada Gembira


Saya telah terbaca satu entry.
Saya tidak kenal sama saudara ini.
Tapi, bagi saya..saudara ini, telah menulis dengan jayaya.
Saya juga kadang-kadang rasa yang sama.
Saya mohon untuk 'lampirkan' luahan saudara bagi pihak saya juga..
Boleh ya..?
Saudara Cuman.(Click kalau mahu baca)

BiNgunG

Salam aleik.

Naddy,
I need u to draw me somethingla.
U know ur drawing always make me smile and calm kan?
The bird, the chiken, hamters, mice..
And, not forgetting gaya-gaya kamu yang sangat limited editionszz itu..
:(

P/S : Kenapa buat lagi..bukankah dah janji takndak buat lagi..skrg tanggung sendiri..buka mata kamu Farhah..

Friday, February 12, 2010

Seorang Wanita.

Seorang Wanita

"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik."
[Hadith riwayat Bukhari]

Thursday, February 11, 2010

Tutup telinga jika..

Salam eleik.
Ellow..

I don't feel good these couple of days.
Infact, within these two weeks.
Dizzy wizzy..
Awat ni?
I know it's not an ordinary headache.
Macam mahu jatuh pitam hitam kelam malam wassalam saja.
Awat ni?
I'll go for a check up nanti.
Doakan saya tak apa-apa.
Im imagining that the Dr will say this..

"Awak ni asyik makan ceklat ngan makan benda manis dan merapu-rapu-rapu dan makan eskem ni..ish ish ish..cemana nak jadi cikgu yang baeeeeekk.."
Kalau Dr cakap serupa di atas..saya masih boleh senyum heee..
Tapi..
"Awak ni ada sakit er.."
:(
Tak mahu..tak mahu..tutup telinga..
:(((((((((

Tuesday, February 9, 2010

Monolog Intrinsik

Cikgu FarhahNur..
Mengajar elok-elok esok ya..
Ajar jangan main-main..
Nanti cikgu lain ajar anak-anak awak pun macam tu juga..
Sabar banyak-banyak..
Kamu boleh!
;)


Muhasabah jom..


“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedangkan peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
[al-Baqarah 2: 216]

I just miss them..

Masa kecil-kecil,
Kakak kamu ini,
Suka cubit kamu-kamu..
Sebab kamu-kamu comel :)

Masa kecil-kecil,
Bila kakak nak minum susu,
Kakak buat sendiri dalam botol,
Satu untuk kamu,
Satu untuk kakak.

Masa kecil-kecil dulu,
Kakak suka bawa kamu jalan-jalan,
Suka bawa kamu main-main,
Sampai kamu tidur tinggalkan dunia sementara.

Masa kecil-kecil dulu,
Kakak kamu suka nyanyi buat kamu,
Kamu ketawa,
Kakak terus melompat-lompat happy yeay!

Masa kecil-kecil dulu,
Kakak kamu suka jadi Cikgu,
Kamu jadi muridnya,
Selalu kakak kamu pangkah buku kamu besar-besar,
Sebab konon-konon kamu budak nakal.

Sekarang bila kamu besar,
Kakak kamu tak besar-besar juga,
Pendek saja.

Sekarang bila kamu besar,
Kakak kamu semakin risau untuk lepaskan kamu.
Kakak kamu semakin suka beleter.
Kakak kamu semakin resah memikirkan hidup kamu.
Namun kakak kamu tak suarakan pada kamu-kamu semua.

Adik-adikku sayang..
Kamu-kamu sungguh dear di hati kakak.
Janji dengan kakak..
Jangan buat Papa dan Mama menangis..
Jangan buat Papa dan Mama terluka..
Jangan buat Papa dan Mama berjauh hati..

Adik-adikku manja..
Janji dengan kakak..
Jadilah hambaNYA yang terbaik..
Kakak juga sering lupa,
Kakak juga sering kalah,
Kakak juga sering kecewa..
Mudah-mudahan adik-adik tidak begitu..

Adik-adikku manis..
Jika kamu-kamu pernah terguris kerana kakak..
Jika tiba suatu hari kamu mengharapkan kakak diam..
Janganlah kamu diamkan diri kamu dari terus berubah ke arah yang baik..
Hadiahkanlah sebutir kejayaan buat diri sendiri..
Hadiahkanlah sebutir kejayaan buat Papa dan Mama..
Dan kakak pula tidak perlukan apa-apa dari kamu.
Hanya dengan hadirnya kamu di sisi kakak,
Sudah memadai sebagai nadi untuk kakak terus bernafas..

Adik-adikku sayang..
I'll be loving all of you always and forever..
~~~



Monday, February 8, 2010

Sejenak

Salam aleik.

Entry ini saya dedikasikan buat teman baik saya Syamsul Razmin.
Takziah atas pemergian his lovely Tokndak.
Semoga rohnya selalu dan sentiasa dalam peliharaan Allah SWT.
Al-Fatihah buat arwah Tokndak.

And to you my dear pal,
Be strong ya?
Allah selalu akan temankan kamu :)

Sunday, February 7, 2010

Cherry Kaler Merah

Salam eleik.
Again.
I've taken a test just now.
On what kind of artwork am I.
So..I am A Drawing..
TaDaaa!

The Description :

You can be vague, but it is because you don't want others to understand you, but enjoy you. People like that you can keep things simple but can also make things complex..

Err.
Yes.
I do make things grow complicated sometimes.
Im sorry..
Cuba tak buat lagi ya? ya?

Tun

Salam aleik.
Ellow..

Every clouds has its silver lining kan?
There's somebody who still cares..
Alhamdulillah..
Don't worry, I will try my best to help you..
You've made my day today..
Thanks Stranger-Not-Anymore..
Heeee..

Wednesday, February 3, 2010

Semangat Keju!

Salam aleik.
Ellow..

I sang Sunshine's song with my pupils right after i entered the class this morning.
And im kinda begging them to behave like Sunshine towards teacher Farhah today.
That was because:
1. teacher Farhah's stomach was growling like what dunno!
2. teacher Farhah has to handle a big fight just before entering the class.
3. the PK had come to observe how teacher Farhah teaches English to the back classes.
4. teacher Farhah err..lapar.

Then, there was one girl..
My girl :
Teacher, i cannot do PJ la, my leg pain.

Me:
Which leg? Show me.

My girl :
Here teacher..very painful la teacher..awwwchh.(she showed me her right leg)

Me :
Ok, since you do not wear your PJ attire, you can't be doing all these jumping stuff. Go and sit there okay..

My girl :
Ok teacher.

She ran towards the place where i ask her to sit.
Hmm...wierd..
Suddenly, i saw her chatting HEAVENLY with her friends and with her legs actively involving in her conversation!
Senang hati sungguh kelihatan!!

Me :
YOU! Come hear! Show me which is the painful leg??

My girl :
Err..this leg teacher. (she showed me her left leg)

Me :
Sure??

My girl :
Yes teacher..very pain..aoowwch..

Me :
(keju cisdale betul budak-budak ni)
!!!!

Tuesday, February 2, 2010

~MalaM~

Saya penat hari ini.
Mengantuk.
Petang tadi dah tidur, tapi mengantuk lagi.
Ada siapa-siapa yang gam mata saya tadi?
Saya nak tidur dengan tenang.
~~~Selamat Malam semua~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...