Lilypie Kids Birthday tickers

Saturday, April 25, 2009

You Will Never Know..

Heard of that,
I am not at ease.
Well,
It is just a reflex i guess.

The day without the rainbow,
Like a something without a something,
I don't really know,

Why and why.
I am morosed.
But it is just a reflex,
I said to me.

Still,
Will this be long?
Armoured me with strength,
If end's finally paying it's stop.

I beg.
Smoothly wake me up.
Make me seize the droplets from the eyes..


Hush to my worries please..


Wednesday, April 22, 2009

Aku Tidak Superior Dari Kamu

Salam aleik.
Ellow semua.
Pernah tak anda semua berasa inferior apabila dikelilingi seseorang.
Saya pernah.
Saya sering berasa 'kurang' apabila dikelilingi wanita dan jejaka yang tawadduk di jalan Allah.
'Kurang' lagi apabila mereka dengan sabar berdepan dengan pelbagai kerenah manusia yang tidak mungkin manusia 'biasa' seperti saya hanya mampu redha dan tersenyum.
'Kurang' apabila memandang wajah mereka ketika berdoa kepada Yang Esa.
'Kurang' apabila mereka berkongsi ilmu yang begitu tebal tanpa ada unsur superior pada yang inferior seperti saya.
Saya teringin menjadi seperti anda.
Namun..
janganlah jadikan saya seperti anda jika saya akan berasa superior apabila berdepan dengan insan-insan yang lain.
Jangan jadikan saya seperti anda jika saya sombong dengan ilmu yang ada.
Jangan jadikan saya seperti anda jika saya menggunakan imej superior ini di jalanan yang salah.
Jangan biar saya riak, takbur dan ujub.
Nauzubillah.

Iman senipis kulit bawang.
Akan pergi jika tidak disemai.
Jika hari ini kita 'superior', mungkin esok kita hanya 'picisan'.
Jika hari ini kita 'hingusan, mungkin esok kita 'bangsawan'.
Jadi, apa-apa pun, saya tidak pernah 'superior' dari anda yang sedang menatap tulisan-tulisan ini.
Ya. Anda..Percayalah pada diri anda.
Mungkin hari ini, anda lebih hebat dari saya!
Dan anda sememangnya jauh lebih unggul dari saya.
Ajarkan saya agar saya menjadi seperti anda.
Hebat dalam perjalanan meniti dunia dan mengharungi akhirat kelak.
Semoga Allah masih sudi melindungi kita semua..
Amin.

Sunday, April 19, 2009

Lagi Galak Tangan Ini Berjalan!

Salam aleik.
Ellow.
Lagi banyak tugasan.
Lagi gatal pula tangan ini mahu menaip sesuatu dalam laman ini.
Tugasan ekonomi masih lagi membuat saya berada dalam separuh nafas.


Tak pernah saya 'berkawan' dengan judul-judul buku yang penuh intelek ini. Tambahan jika buku-buku yang berkaitan dengan pengurusan wang. Ini baru separuh dan yang dengan rela hati mahu bergambar. Ada beberapa buah buku lagi yang agak 'malu-malu kucing' dan tidak mahu gambar mereka di ambil buat sesi kali ini. Bukan itu sahaja, nota-nota setebal kereta kebal pun enggan gambar mereka dirakamkan. Jadi, hasilnya, inilah posing Encik dan Puan Buku yang beratur dengan kemas semata-mata mahu masuk dalam entry FarhahNur. Terima kasih..susah-susah sahaja. Nanti saya tandangan autografnya buat anda....

Saturday, April 18, 2009

i need help!

Salam aleik.
Tolong!
Ada idea macam mana mahu istiqamah dalam menyiapkan kerja-kerja penting.
Macam mana nak 'prioratized'. Tak reti.

Tugasan masih menimbun. Sampai kadang diri ini tertimbun dan tertimbus dengan nota dan buku-buku yang semenjak ini sentiasa memiliki takhta di atas tilam, di atas meja, di atas lantai, di atas almari dan di mana sahaja mereka akan berada di atas! Kadang rimas tau! Rimas.

Tapi. Siapa punya angkara? Cuba anda tolong tundingkan siapa budak bertuah punya angkara ini?

Eh, kenapa saya macam terasa cili yang digigit ini. Pedas!

Bila mahu langsaikan hutang tugasan, ada sahaja mentol yang bercahaya di atas kepala ini. Bukan idea bernas untuk tugasan, tapi benda maujud yang lain. Contoh:

1. Eh, tandas macam tak best ja harini. Nak cuci lah.
2. Hm, macam panas, nak basuh baju lah.
3. Ish, laparla, malas beli. Apa kata masak kejap?
4. Ish, ish. Kenapala almari senget dan tesalah letak baju kat drawer yang tak sepatutnya nie. Selekeh la. Mak mentua tak suka tau. Apa kata re-shuffle SEMUA drawer ni. Barula kemas. Tenang hati nak buat tugasan. (Cis, setengah hari baru habis)
5. Laa, patutla panas ja. Kipas dah berdebu sampai menusuk kalbu rupanya. Cuci cepat!
6. Lama tak minum air teh panas cicah biskut mayat. Jom turun sat. Ala kejap je. Bukan nak makan satu tong biskut pun..
7. Hm. Kesian kat dapur ni. Banyak pulak kotor-kotor kat lantai dan dinding. Tolongla lap sikit. Mane tau, ada rombongan datang nak meminang housemate nanti..tak la malu sangat..
8. Eh, cadar tilam ni dah lama tak tukar. Pakaila lama2, nanti banyak BAKTERIA JAHAT. Baik basuh. Basuh sekarang jelah. Ringan je, cepat kering..
9. Lamanya tak call mama. Call kejap lah (paling kejap 30 minit).
10. Kalau perut kosong, tak bole buat assignment. Tak payah beli makanan berat. Roti jelah. Tapi, roti takdak. Takpa2..pegi Giant, kejap ja.(pembohong kejap!)
11. Lama tak tengok tv. Bukan lama pun. Setakat sejam ja...
12. Lama tak sembang dengan roomate pasal hal2 kehidupan. Apa kata brought up sekarang. Sekadar panduan hidup..
13. Hm, credit banyak la. Msg la kejap. Ala, tapi credit memang banyak. Call jelah..
14. Laaaaa..LAMANYA TAK UPDATE BLOG.(padahal baru semalam).Kene update ni. Banyak yang menanti (syok seniri la budak ni!)

Haa! Macam mana ni. Serius buntu. Bantu FarhahNur di sini. Tolong! Tolong! Saya mahu istiqamah. Tolong saya!

Friday, April 17, 2009

Kanda sayang kamu..

Suatu hari, berjalan dengan sungguh kalut tetapi longlai. Menyusuri jejantas LRT Kelana Jaya. Baru pulang dari Masjid Jamek. Jalan TAR. Hotspot! Jam tangan sudah cecah 7.30 malam. Takut sangat. Kilat sabung menyabung. Guruh berdentum-dentum. Hujan memang lebat. Macam Hang Jebat (abaikan FarhahNur yang masih mamai; tertidur dalam LRT).

Memang horror hujanan di Kuala Lumpur. Serius takut. Macam mahu menumbuk dan mengejar diri ini bertubi-tubi dan tak mahu lepas bunyinya. Di tangan kiri dan kanan ada item-item di bawah:

4 helai T-shirt untuk Abang dan Adik
5 biji kuih akok (pesanan dari Maktok)
4 ketul popia basah yang terlebih basah terkena hujan.Opps telebih sudah!
2 magkuk (mangkuk kah?) Taufufah yang kelihatan sedap
1 bantal (sebab macam bantal) roti cheese dengan cheese melimpah ruah. Syukur!
# Dalam beg galas belakang sudah kembung bagai ibu mengandung 9 bulan. Penuh dengan item-item kegemaran wanita. (tudung, kain untuk dibuat baju kurung dan tudung dan tudung)

Bayangkan FarhahNur dengan semua barang di atas. Kasut pula sudah hilang bunga pada tapaknya. Haus. Agak licin. Berjalan ala-ala bermain ice-skating. Gaya Bluehyppo. Kepala pening. Kaki sakit. Perut lapar. Tangan lenguh. Semuanya berada dalam tenaga negatif. Memang betul-betul mengamalkan prinsip Wonderpet ’yang penting kerjasama’. Terpaksa bersabar dengan kerenah anatomi FarhahNur sendiri. Sampai hati mereka bekerjasama memboikot diri ini!

100 meter di hadapan. Lagi membuat diri ini takut. Sedih ada juga. Marah lagi banyak sebenarnya.

Adik-adik dalam lingkungan umur awal belasan sedang melalak-lalak bangga melaungkan carutan demi carutan. Sengaja mahu ditatap insan yang lalu lalang. Kelihatan mereka amat bangga. Seperti 'ada style lah!'. Rambut cacak. Semua aksesori berwarna hitam. Ketat semua seluarnya. Kecil semua bajunya. Tapi tidak pula kecil semua saiz mereka. Lelaki perempuan bercampur. Macam rojak buah berkuah hitam berlauk nanas dan mempelam. Kecur!

Sambung..

Macam tengah bergaduh. Tanpa mempedulikan orang lalu lalang, adik-adik ini seolah bangga dengan mata becelak hitam yang melampau itu. Bangga dengan maki hamun yang diseranahkan bagai mahu seantero dunia mendengar. Serius mereka mahu SEMUA MENDENGAR! Mahu pecah gegendang telinga FarhahNur sewaktu berselisih dengan mereka.


Tapi bukan wajah protes yang ditunjukkan diri ini. Hanya bikin muka kosong.

Untuk adik-adik yang kecoh di LRT Kelana Jaya temph hari:

'Wahai adik-adik yang merupakan anak-anak Melayu, Kanda berharap agar adik-adik fikirkanlah jalan yang terbaik untuk dilalui sebelum terlambat. Kanda sememangnya sedih kerana waktu ini sepatutnya adik-adik siap-siaga untuk bersolat mencari Allah ( peringatan untuk Kanda juga). Adik-adik tunggak negara, bagaikan cermin yang membawa imej Melayu, imej Islam. Melayu bukan begitu. Islam jauh sekali sebegitu rupa. Jangan biar budaya dan bangsa kita disalah tafsir. Maki hamun bukan cara kita. Janganlah berasa bangga dengan imej yang 'berjaya' kamu bawa sekarang. Bagi yang bijak pandai, kamu tidak se'cool' mana. Percayalah. Kanda doakan adik-adik yang cantik dan kacak-kacak belaka (sempat lagi) ini akan kembali mengejar cita-cita kamu semua. Kamu ada masa depan yang lebih baik. Jangan terus berpeleser di sisi gelap LRT itu. Semoga Allah mendengar doa Kanda dan memberi kekuatan kepada adik-adik semua untuk berubah dan berjaya. Amin'
..........
~FarhahNur memang sayangkan Malaysia~

Thursday, April 9, 2009

I wish..one day..maybe :)


(click on the pic if korang nak tgk dengan lebih puas dan jelas sebab korang geram sgt dgn kecomelan dan kehenseman Bf dan Gf saya ini :)
Suatu Hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untukBaginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan senyuman.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.
Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan..

'Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya..'
~~
Begitulah akhlak Rasullullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil- kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang yang bukan Islam pula. Indah sungguh peribadi Baginda.

~
"selemah- lemah manusia ialah org yg tidak boleh mencari sahabat dan orang yg lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yang telah dicari dan berburuk sangka pula kepadanya"
-Saidina Ali.

!Artikel dipetik dari laman blog Cik SofiahSakinah..tq banyak-banyak ya!

P/S: Mulia sungguh penghulu kita Nabi Allah Muhammad..Jom contohi baginda ya! Senang kan nak dapat pahala? Jadi, janganla masamkan muka ya? Senyumlah selalu..Kalau saya malas senyum dan selalu buat muka 'tebek', spray saya dengan spray air yang korang guna utk iron baju tue..then say 'weit, tak reti-reti nak senyum?'..hihi. Like i said before..saya suka ditegur demi untuk kebaikan diri ini yang kurang baik..till then. Wsalam :)






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...