Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, August 26, 2009

say helloowww to Iqbal...

Salam aleik.

Ellow again ;)

You've got to see this.

My dear Iqbal's breaking fast.

He's sure a hungry and a huge kid!

Mee goreng plus air gula.

Erk.

Like I said, Iqbal sungguh amat sangat lapar.

Air gula pun hemtam sahaja ;p

Oh. Songkok sudah pakai nak pergi tarawih.

Tadaaaaaaaa!



Will there be another Ramadhan for us?

Salam aleik.

Ellow ;)

It's been a while I didnt do my chores here.

Well, being at home, You know, rest in peace.

Not forgetting to lend my hands on the house chores.

Oh.

Puasa ;)

Heppy Puasa Everybody ;)

I just love the smells of food!

Plus, been loving the days full of Allah's blessed this Ramadhan.

Thank You ALLAH.

Subhanallah. Alhmdulillah. I am still here. Alive.

Readers, lets work something out for Syurga ya?

Lets meet up there!

Insyaallah.

~Ya Allah, janganlah jemu melindungi kami hambaMU dengan limpahan kasih dan barakah dariMU. Amin.~

Tuesday, August 18, 2009

Hati siapa ada hujan hari ini?

Salam aleik.
Ellow ;)

Saya berjalan jauh ini hari.
Dari sekolah, terus ke KLIA bersama Nisa Si Pemandu Sokmo Berani, Kak Ijat Si Penangis Of The Day, Long Si Penyanyi Yakin Betul.
Dengan kenderaan Avanza yang tidak dipenuhi oleh kami berempat, pelbagai aktiviti 'masa-lapang' yang kami lakukan.

Oh lupa.
Tujuan ke KLIA.
Mahu hantar Bonda Kak Ijat menunaikan umrah.
Aiii..Seronokkan mahu melawat rumah Allah di sana..
Bila lalalala mahu jejakkan kaki ke sana..
Moga Allah masih mahu menjemput saya dan Readers semua ke sana ya.
Amin.

Hm.
Tiba-tiba di radio..
I Miss You Like Crazy - The Moffats
Aha..Lama sungguh sungguh lagu ini 'hilang'.
Apa lagi, kami pun melalak berempat-empat tanpa lupa sepatah kata pun dari lagu rindu bagai nak gila itu.

Hm.
Mesti Kak Ijat akan miss her mummy like crazy kan?

Apa-apa pun, semoga Bonda Kak Ijat dapat melakukan ibadah umrah ini dengan sempurna.
Semoga segalanya berjalan lancar dan Bonda Kak Ijat akan pulang dengan selamat.
Amin.

Ironinya.
Waktu kami pulang, hujan lebat-selebat-lebatnya turun.
Mungkin penangan I Miss You Like Crazy dari kami atau...
err..
simbolik hati dan jiwa Kak Ijat?

-Semoga semua baik-baik saja-

Monday, August 17, 2009

Obligasi yang perlu dipenuhi.

Salam aleik.
Ellow.

Dear Readers..
Ada perkara yang ingin FarhahNur kongsikan..
Kebetulan, ada terbaca artikel ini.
Sekadar ingin mengingatkan
diri sendiri dan kawan-kawan yang sangat Dear di hati.

Apabila kita gagal menunaikan 'date' kita bersama ALLAH SWT setiap hari...

Subuh
Allah SWT akan mencampakkan kita ke dalam neraka Jahannam selama 60 tahun di akhirat. ( 1 tahun diakhirat=1000 tahun didunia=60,000 tahun)

Zuhur
Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim.

Asar
Dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah

Maghrib
Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.

Isyak
Allah SWT berseru kepada mereka :- "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT."

Di dunia
~Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
~Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh)
daripada (wajah) nya.
~Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Sakaratul Maut
~Ruh dicabut ketika ia berada dalam keadaan yang sangat haus. ~Berasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
(su'ul khatimah)
~Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Alam Barzakh
~Berasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta
menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang
sangat menggerunkan.
~Kuburnya akan menjadi cukup gelap.~Kuburnya akan
menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya
berkumpul (seperti jari bertemu jari)
~Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking
dan lipan.

Hari Qiamat
~Hisab keatasnya menjadi sangat berat~Allah SWT tersangat
murka kepadanya.
~Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.

Ihsan artikel :
"Pak Syaikh"
Kluang/Pasir Gudang Johor

Nauzubillah.
Semoga kita tak akan pernah melalui semua ini.
Ternyata seksaan Allah
bukan perkara main-main yang boleh dipandang sebelah mata.
Janganlah dijadikan solat 5 waktu itu terlalu berat walhal ianya terlalu ringan untuk dikerjakan berbanding urusan-urusan dunia yang tiada berkesudahan ini.

Allah sentiasa menanti untuk bersama dengan kita.

Mengapa perlu terlalu sombong dengan Allah?
Bukankah jasad dan roh kita semua milikNYA?
Em?

Semoga memberi keinsafan buat FarhahNur dan yang sudi membaca..

Ya Allah..
Pinjamkan kami kekuatan untuk selalu berpaut padaMU.
Amin.

Sunday, August 16, 2009

Munajat Cinta

Tuhan kirimkanlah aku.
'Kekasih' yang baik hati.
Yang mencintai aku.
Apa adanya.
Amin.

Bila mau dewasa FarhahNur?

Salam aleik.
Ellow ;)

Tadikan, saya terjumpa dengan sesuatu yang amat cute dan cute dan cute!!
Geram!!

Handphone Walt Disney Limited Edition.
Serius cute yang bukan main-main!

Warna putih..
Lining Pink/Purple..
Oooo laaa...sungguh cute.

Saya terus bertanya.
Harga Si Dia RM 340.
Kalau mahu 'trade in' L7 saya, boleh diberi RM 130!
Serius banyak!
Setakat ini, RM 70 saja untuk L7 yang ada sejuta enam kenangan itu..

Tapi
Readers..
Sungguh tak tipu, hati saya sudah betul-betul jatuh pada HP Walt Disney itu.
Kawan-kawan menasihati..


'Memangla cute, tapi takkan masa akan datang nak pakai cartoon punya hp lagi..tak seswai..tgk2 sama dengan hp anak murid..'

'Walopun bole letak memory card, tp msg takleh transfer masuk memory card, so, skit jela bole simpan..'

Err.
FarhahNur buat-buat berfikir.
Tapi dalam hati..


'Nak jugak!'


Bantu saya boleh?
Should I or should I not?
Kalau mahu beli, perlu tambah RM 200.
Em?
How?
Owh lupa.
Inila lebih kurang muka Si Dia.
hihi



Haa!
Jangan gelak.
Biar FarhahNur seorang saja yang ketawa!
Handphone itu ternyatalah lebih lawa dan anggun.
Tak seperti lukisan di atas.
hihihi





I'm Ocipes, scary huh?

Salam aleik.
Ellow ;)

May semua dalam pink of health ~wink~
Well, I played a quiz yesterday.
A Name Generator Quiz.
With my full name inserted, I can find out my 'other' names if I were to be somebody else.
Hanya suka-suka of course.
These are the list of 'My Names'
hihi
Fairy Name - ODILA
Teddy Bear Name - STARLIT
Musical Name - MALAGUENA
Flower Name - SANDRA
Dinosour Name - OCIPES
Star Name - ERIDANUS
Dragon Name - YOWLER (wa.suka nangeh punya dragon?)
Candy Name - NANA - SPRING, GRACEFUL
Gangsta Name - RABBIT (oh. i think its too cute for a gangsta ;)
Princess Name - FARHAH THE ADVENTUROUS PRINCESS
OF THAMES (yeeeeeehaaaa!)
Super Hero Name -CALICO (replacing TMNT, BewAre! )
Kung-Fu Move Name - MIGHTY SUN HAMMER
(haiiiyaaahh! dont mess with me ;)
Pirate Name - QUEEN ANNE REVENGE
Kid Character Name - MINNY MOUSE (owww Miccckeeeeyyy)
Korean Name - SO YOUNG - ETERNAL BEAUTIFUL - aww.
Japanese Name - PREDETO (oh, this one is scary.)
Pony Name - UNTAMED MYSTERY (hmmm..)
Wild Animal Name - DEER (dear would be nice..hihi)
Random Nick Name - WOBBLE ( shaky? )
Hindi Name - REKHA (FINE)
Chinese Name - MEI ZHEN (BEAUTIFUL PEARL)
****
But..
Calling me with my full name would be the utmost pleasure.
Noorfarhah binti Anuar
I just love it.
:)

Saturday, August 15, 2009

My Little Lover

Salam aleik.
Ellow ;)

Dear Readers..
Ini semua koleksi FarhahNur during my final practicum.
I just
love them!
Hope u'll do too ;)


Cikgu's works as well as students' output



Camping : PBSM's Team



Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
~Mercu Tanda~


Owh. Still guessing apakah semua kat atas ni?
hihi
KLCC
Jambatan Pulau Pinang.
Eye On Malaysia.
Masjid Putrajaya.
Muzium Negara
KL Tower
(dah hancur..so takde dalam pic..hihi)


Cikgu oh cikgu

Salam aleik.
Ellow ;)

Like being a teacher?
Well, here's some stuff that I would like to share.
It doesn't mean that everythings will have to involve reading, factualizing and memorizing.
Doing helps too.
Anyway..
Hope you'll enjoy this ;)

Pendidikan Kesihatan Tahun 4
(Piramid Makanan)

(Bigger with a click ;)








.Insafi diri.

Salam aleik.
Moga ada langkah dan azam baru yang mengiringi kita yang menonton.
Menginsafkan..
Al-Fatihah buat hamba Allah yang telah pergi ini..

http://www.youtube.com/watch?v=q-hgDEIz38I

Thursday, August 13, 2009

Oh Friday..

I hope I won't go speechless TOMORROW.
Mr. Panic, please don't attack me TOMORROW.
For I need all the calmness in the world in order to 'operate' well.
Help me and my friend throughly Ya Allah.
Amin.

Yours sincerely,
FarhahNur Anuar

Wednesday, August 12, 2009

By the river piedra i sat down and wept.

Money flows like, like all the things that I don't like.
Phew.
I need to buy that hard-to-find thing.
A.S.A.P!
Alarmed!

Tuesday, August 11, 2009

Ouch!

Salam aleik.
Ellow :)

Tadikan...Mama call.
Mengadu.
Adik-adik FarhahNur 'geli' nak pegang buku dan ulangkaji.
Terus FarhahNur bersuara konon-konon mahu memerli kaw-kaw adik-adikku yang betuah-betuah belaka ini.
Sambil bercakap kuat-kuat..


'Ma, sabaq Ma..Ma tau dak, sebenaqnya, ada sumpahan pasai buku ni tau. Haa..see, Ma bukan tau..Buku nie, kalau depa pegang, akan hilang, pling! Patuh, syarat takmau bagi buku hilang, kena pegang sehari sebelum exam ja. Baru buku tue tak hilang. Sebab tuela depa tak pegang buku Ma. Kalau depa pegang buku, nanti buku hilang, takleh nak guna masa exam..'
__________________
FarhahNur tersenyum. Puas rasanya dapat 'menempelak' adik-adik yang FarhahNur tahu tengah menempek sebelah Mama ketika kami bergossip di telifon.
Tapi..
Kemudian..
Mama bersuara..
~~~~~~
'Ooo..yaka ada sumpahan. Patutla pun..sumpahan nie dia bejangkit dekat keturunan kot kan? Sebab kakak (saya la tuh) dia pun macam tue jugak..sehari sebelum exam baghu kalot nak baca buku. Barula Ma tau, ghupanya buku hilang kalau baca awai-awai noooo..ish ish ish....'
~~~~~~~~
ADUH!
Ouch!
~~~~~
'Ok Ma..Tata..'
hihi

Tiba-tiba..

Dalam kereta tadi, ada lagu
I Swear - All For One
Sweet juga.
Dah lama lagu ni tak jadi halwa telinga.
Oh.
Harini dengar dua kali 'Jangan Nakal'.
Pun dalam kereta.
Pun sweet juga.
Simple words to catch the heart.
:)
Please-please please..
Kamu jangan nakal..
Lalala...
P/S :
One of my girlfriend once said that, if ada lelaki yang tanpa diminta atau disuruh dengan ikhlasnya menyanyikan lagu 'Lelaki Ini' from Anuar Zain dekat dia..fuh, dia akan terus menerima lelaki itu tanpa segan silu and without excuses..hehe..bukankah dah ada yang nyanyi em? macam tak terima pun?? hihi

Monday, August 10, 2009

Ada Satu Cerita

Salam aleik.
Ellow ow ow ;)

Hai kamu..
Nak dengar satu lagi cerita Cikgu?

Ehem. Ehem.
Minggu lepas, ada seorang murid Cikgu FarhahNur.
Tahun 2.
2 yang agak terkebelakang.
Masih dibawah pemulihan.
Sering masuk lambat ke kelas.
But..
Dia sangat hormat pada guru.
Sering kali menyapa Cikgu FarhahNur di mana-mana sahaja..



'Cikguuuuuuu..pagi cikguuuuuuu'
A very sweet boy.
:)
Pagi itu, waktu rehat.
Sekali lagi dia menyapa..



'Cikguuuu..pagi cikguuuuuuuu'.
Mata Cikgu FarhahNur tak lepas dari tertancap pada bekal makanannya.
Dengan begitu berselera dia menghabiskan isi bekalnya.

Namun saya masih gagal berkata apa-apa.
Dia masih senyum sambil menjilat-jilat jarinya.
Mungkin sedap sungguh.


Anda mahu tahu mengapa saya kelu??
Kerana..
Jelas benar bekas makanan yang berisi sarapanya pada pagi itu tertulis



'AXION'
Yes.
Tak percaya?
Yup.
Pencuci pinggan mangkuk perasa limau yang berwarna hijau.
To be specific.
Tak perlu ulas panjang-panjang.
Sayu sungguh.
Rasa sedih, sebu.

Hari ini...
Tadaaaaaaaaaaaaaaaa...


Hajat di hati, nak beli yang ada gambar beruang pink.

Terus kawan cakap..

'eeee..tak seswai laa..dia laki la, bukan pompuan'

Tapi, yang beruang pink tue ada sudu tau ;)

Em. Takpe-takpe..

Yang ini lagi selamat, lagi bagus kualitinya, boleh masuk dalam microwave..dan..besar..boleh bawak lauk ikan jaws masak asam..

Esok Cikgu FarhahNur bagi kat awak ek?

Harap awak sukeeee...weeeeeeeee ;)


Anything you would like to call this.

Salam aleik.
Ellow :)

My dear pals..
Peoples change kan?
It is expected.
Yes, I am aware of that.

Tapi kenapa susah untuk faham dan terima.
Ntah.
I do not understand too.
Because I myself can't seem to accept the changes well.
But yes, I am trying.

So..
YOU can go on CHANGING.
As you wished.

Noktah.

Monday, August 3, 2009

Tangan terbuka, hati berbelah bahagi

Salam aleik.
Ellow :)

My school had closed today.
Its for a one week period of time.
Should i address it as a holiday?
No.
Its unfair for the sick ones who's suffering now.
My pray so that my dear pupils will recover soon.
And have fun with Cikgu FarhahNur again.
InsyaAllah.
:)

What should I do now?

I think I know.
hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...