Lilypie Kids Birthday tickers

Sunday, March 29, 2009

Hanya ini yang termampu..

Hati besar menjadi kecil dan kecut dengan kata-kata yang mengguris..
Ya Allah..Tolong pinjamkan semangatmu kepada dia..
Dia sangat perlu untuk berada dalam perhatianMU..
Sangat perlu..
Amin.

Saturday, March 28, 2009

Who Wants To Be A Millionair??

Bismillah, Ya Rahman, Ya Rahim
Salam'alaik..Ellow :)

Hm, jom tarik nafas dalam-dalam. Hembuuss. Tak kisah walau gigi belum bergosok kerana hanya skrin laptop atau komputer anda akan 'cair'. Letakkan senyuman paling manis anda untuk membaca entry saya kali ini. Boleh tak? Bukan apa, hanya dengan membaca entry ini, bahu kanan anda secara automotis akan terberat (ish,ape ni?) dengan pahala yang akan dicatat oleh malaikat. Insyaallah..
~
Entry kali ini saya petik dari buku 'Solat Pencetus Kecemerlangan Ummah ' karya Ustazah Hafsah bt L. Hussin.
~
Penulisan ini berkaitan dengan amalan membaca Al-Quran. Berapa kerap kita membaca kitab Allah ini? Adakah hanya bila ada kematian? Bacaan Yassin pada malam Jumaat? Atau, sekadar boleh dikira dengan jari jumlah bacaan kita berbanding 365 hari yang kita lalui.. Atau mungkin tidak perlu dikira, kerana sesungguhnya Kitab Allah ini tidak pernah kita jadikan sahabat yang paling akrab untuk melalui hari-hari yang penuh dengan ujian dan cabaran ini.
Masyaallah..Saya berdoa agar saya, ahli keluarga saya serta rakan-rakan seperjuangan saya ini, tidak termasuk dalam golongan yang 'sombong' dengan Al-Quran..Insyaallah. Jom kita kira jumlah bacaan kita dan lihat sendiri kita dalam golongan yang mana..
#~#
Golongan JUTAWAN
Membaca 300 ayat hingga 1000 ayat setiap malam
Golongan JAYAWAN
Membaca 200 ayat hingga 299 ayat setiap malam
Golongan SETIAWAN
Membaca 100 ayat hingga 199 ayat setiap malam
Golongan PEMELIHARA
Membaca 50 ayat hingga 99 ayat setiap malam
Golongan yang INGAT
Membaca 10 ayat hingga 49 ayat setiap malam
Golongan yang LALAI
Membaca 0 ayat hingga 9 ayat setiap malam
..........
Mudah-mudahan, rakan-rakan yang membaca entri ini semuanya tidak termasuk dalam golongan yang lalai. Jika ada, belum terlambat untuk berubah.
_________
* Tak perlu malu pada rakan yang mengejek
'eh, buang tebiat ke, dah nak mati ek?'
&
*Tak perlu bertangguh mengatakan 'esok', 'tunggu bulan puasa', 'em, Rejab lambat lagi'.
Kerana, mungkin pada detik yang seterusnya selepas membaca entri ini, ada jemputan dari Allah SWT untuk kembali ke alam yang kekal. Berjaga-jaga dan bersedialah..Anda atau Saya mungkin terpilih!
&
*Tak perlu bertelekung, bersongkok dan kopiah atau duduk di atas sejadah. Kalau lagu-lagu rock, balada dan dangdut itu penuh dalam MP3, MP4 dan entah apa-apa lagi gajet yang canggih buah manggih ni sampai tak ternyanyi oleh suara anda semua yang merdu bak buluh perindu yang tersangkut di sebatang sungai ___ yang anda boleh pilih nama sungai apa yang anda suka, (heh! jap nak tarik nafas, panjang sangat ayat ni, tak habis lagi ni, sambung..) dan, apalah salahnya jika 3.5 megabait alat-alat canggih tersebut diisikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang anda semua boleh membacakannya bersama dari berTERA-TERAbait yang anda telah sumbat dengan lagu Agnes Monica atau Hujan dan Ribut(kenape, tak pecaya?) dan anda boleh dengar di mana-mana sahaja anda berada (macam tagline tv3 dulu) walau dalam bas, dalam boat, dalam kereta, dalam kelas (oo, kantoi tak dengar pensyarah cakap).Pheww..habis juga ayat ni.
~~
Kesimpulannya yang sememangnya tidak bersimpul, saya bukanlah seorang Ustazah, saya juga lalai, saya juga banyak khilaf, saya juga sering menyanyikan lagu-lagu berbanding mengalunkan ayat-ayat Allah, dan lagu-lagu ini didendangkan (sambil memakan dan mengecek pemainan apa dalam kotak Ding Dang) dengan penuh confident dan penuh perasaan syok seniri dan merasakan bahawa setiap kali suara saya dilontarkan merupakan yang lebih bagus dari penyanyi asalnya (padahal realitinya, jauh ayam dari pemanggangnya) saya juga bukan golongan JUTAWAN, kadang-kadang, dan mungkin juga seringkali, saya juga termasuk dalam golongan yang LALAI..
Tetapi,
Ingatlah wahai kawan-kawan semua, kita semua dilahirkan sebagai Khalifah untuk memimpin saudara-saudara kita walau diri kita rancak dan rakus membuat dosa. Kenapa, anda tak percaya lagi? Percayalah.. Allah yang menilai kita, bukan manusia. Iman senipis kulit bawang. Bila-bila boleh pergi, lari, pecut, hilang tinggalkan pengamalnya.
Bagi yang telah tebal imannya. Tebalkan lagi dan peliharalah ia. Anda merupakan kesyangan ALLAH. Sabar walau apa jua bisikan jahat hadir ke dalam hati anda yang putih itu. Jangan menjadi riak dan merasakan bekalan anda sudah cukup. Ingat bukan diri kita penentu 'kediaman' di akhirat kelak..
Kepada yang masih jarang amalnya serta nipis imannya, ingatlah bahawa dunia yang kita agung-agungkan ini hanyalah setitis air pada sebatang jarum yang dicelup ke dalam lautan yang maha luas. Lautan itu dunia akhirat kita yang kekal. Ingatlah pada Allah, jangan ego dan sombong untuk mendekati Allah. Jangan ringan-ringankan perintah Allah. Cuba letakkan tangan anda di atas api biru dapur gas jika anda masih tidak gentar meninggalkan panggilan Allah untuk 'berbual' denganNYA LIMA WAKTU SEHARI! Sakit? Perit lagi balasan yang menanti kita semua di akhirat sana. Ingatlah wahai diri ini dan kawan-kawan semua. Allah tak pernah lepas menatap kita. Allah paling sayangkan kita. Balaslah 'perhatian' dan kasih sayang yang berganda-ganda yang telah Allah berikan kepada kita. Bersama kita bertaubat, sucikan hati dan jiwa kita sebelum talkin menemai tidur kita buat selama-lamanya...
~~~~
*
Owh, saya suka menerima teguran anda demi untuk menjadikan saya insan yang solehah. Tegurlah jika terserlah kekhilafan saya di mata atau di hati anda. Saya sedia menerima nasihat anda :)

Thursday, March 26, 2009

Kelepuk, puk, puk!

Salam'alaik..Ellow, Oligow, Oligow Ow..hihi..Maaf, ntah kenapa teringat iklan ni..hihi
Em, sedap juga makan peria kering yang dibeli di Cameron Highlands haritu. Ironi, rasanya manis. Yea, memang dah lama, tapi baru buka..janganla kata 'eeee, taksenonoh'..tak bekulat bentuk bunga pun lagila. sedap lagi adala..lalala.
~
-Baru balik belajar motor di tengah panas tadi-

Hari ni baru hari kedua saya menjadi 'budak baru belajar motor, kalau salah tolong tunjukkan' dekat kelas tu. Berbekalkan sneakers baru berwarna putih (bukan kasut sekolah yang dipinjam dari Haikal), saya melangkah dengan yakin berbekalkan (banyak sungguh bekal..hihi) biskut berinti krim lemon nyum nyum. Owh, pasal kasut baru tu, ada kisah klasik di sebaliknya. Nak tau tak? Nak tau senyum bagi nampak semua gigi. Bagi yang tak ada semua gigi, tak apa, jangan risau, hasrat anda dapat saya rasakan..

~Telepati~
__
Pada zaman dahulu..saya telah menghadiri kursus Amali untuk mendapatkan lesen L. Saya memakai kasut bertutup. TAPI, ada terbuka sikit di hadapan. hihi. Ehem, sebenarnya, pagi tu, memang hati ini berat nak sarungkan kasut dengan mulut di hadapan tu. Memang 'kasut sukan' yang agak buruk dan lusuh dah diletakkan bersama stokin untuk dipakai. Tetapi, tiba-tiba..pling! Terpakai pula kasut bermulut itu..Sesampai di kelas, En Memberi Taklimat pun berkata..

" Haa, sape yang tak pakai kasut betutup sila turun bawah sewa kasut RM 3."


Saya dengan penuh yakin tidak berganjak dari tempat duduk. Di dalam hati berkata..

"Hmm, nasib kasut ni betutup dan tebuka SIKIT je kat depan"

Tiba-tiba..
"Ni kasut apa ada 'lidah' tekeluar kat depan ni?? Turun, turun, tukar..nanti JPJ halau"
Kuang..Kuang..Kuang

36 orang yang hadir, saya dan seorang adik terpaksala turun. Sesampainya di kaunter..

"Err, miss, nak tukar kasut"

"Okay, bayar RM3, amek kasut dekat pintu tue, tinggalkan kasut awak"
Jeng.Jeng.Jeng.

Cantik kan? kan?
Wachaaaa! Hiaaaahhh! Sambil menguis hidung dengan mengangkat sebelah kening dicampur dengan renungan maut dan tangan gagah mempamerkan 'guarding block' ala-ala Jet Li..

Haa, niela perasaan saya bile saya memakai kasut RM3 yang lawa ni. Banyak kegunaanya.

i) Bole berkungfu
ii) Bole bawak pegi pasar untuk beli ikan dan sayur-sayuran.
iii) Bole bawak berkebun.
iv) Bole bawak ke laut untuk menangkap ikan.
v) Bole pakai untuk senaman tai-chi.
vi) Bole pakai ketika bejalan sambil menghirup udara segar di pagi hari dengan Uncle Chong dan Aunty Tan.
*
Dengan muka yang terkulat-kulat nasib tak bekulat, saya dan adik tadi masuk semula ke kelas. Yang lain tiba-tiba berleher panjang dan berkepala teleng. Berusaha keras untuk meninjau kasut kami berdua. Ada juga yang tensenyum kerang busuk. Ada yang buat muka slumber member. Lagi di dalam hati..
"Ha, teringin la tue..ada juga yang nak kena wacha ni.."
HiHi
Saya hanya mampu menahan gelak. Terasa muka bertukar warna menjadi lampu merah lampu isyarat dan sumpah-sumpah berwarna merah. Takpela, lepas nie SUNGGUH tak buat dah!
~~~
Ha, sebab itula saya terpaksa membeli kasut baru. Memang ada kasut sukan. Tapi, tapaknya dah uzur. Takut nak hidupkan motor nanti, 'kelepuk puk puk' ia rebah ke bumi. Kenapa ada puk puk kat belakang? Sebab takut dia berserpih-serpih..haa, tak ke malu namanya itu?
HiHi
Setelah puas bertanya kepada rakan-rakan..
"Emm..worth it tak beli shoes ni, ke pakai je kasut tapak nak lekang tue"
Jawapan mereka..
"Beli je, memang nak guna kan? Lainla nak pakai kasut kungfu lagi.."
Kemudian, terbeli la sneakers baru ini.
.Simple. Suka. Best. Lembut.
~~~




Tuesday, March 24, 2009

LONG..episod 2, 3 mane?? ;)

Salam'alaik..Ellow :)

Ya. Saya amat cintakan buku. Oleh itu, saya ingin memberi kasih yang harap diterima (maksudnya terima kasih) kepada cik LONG yang telah membara-barakan lagi api atau bola-bola api atau api-api yang berbara saya terhadap buku-buku yang sangat dekat dalam hati saya. Ini hadiah dari Long :)


~Terima kasih Long Long ~


(terpaksa diganda dua untuk bunyi macam 'terima kasih' Upin dan Ipin..hihihi)


Thursday, March 12, 2009

Katakan Tidak Pada Pirate Ship!

Assalamualikuuuuuuum (tone Upin dan Ipin)..Ellowww :)
Ke hadapan kawan-kawan saya yang sudah berada di hadapan komputer timbang kilo (nie istilah yang abg CC bagi bila tepaksa tag-team dengan Ema, dukung CPU yang sangat besar, gabak dan berat untuk diformat), laptop yang serba lama, atau laptop yang lengkap dengan gajet-gajet yang canggih sampaikan tak tau nak guna..Harap kawan-kawan sihat-sihat belaka sambil mendengar seloka, jangan sampai termakan cuka lalu jatuh terluka (penangan pantun.rindu).
*
Siapa di sini pernah naik Pirate Ship yang dihayun ke tepi dengan gelojoh tu, angkat tangan! Huh? Sakit tangan? takpe-takpe, angkat jari telunjuk yang berplaster Winnie The Pooh tu pun takpe..Hm, masih ingat perasaan korang masa tue? Ingat? Ingat?? Well, kalau tak ingat, saya dengan rela hati boleh mengingatkan kembali. Tapi, 'ingatan' saya sememangnya lebih jelas dan lebih ekstrim dari anda. Kenapa, tak percaya ? Kisahnya bermula begini..
~
Kak Tie : Paaaaah, jomla kita naik cruise! Kak tie tak naik pong lagi.
Paah : Ishhh, jgnla menggoda paah kak tie nie..paah nak baca modul nie (em, ayat ni mcm pelik..emm..abaikan)
Kak Tie : Paaahhh, jomla! Semua dalam umah nie dah naik, kita je tak naik lagi mu tau dop??! (owh, Kak Tie nie awek Kelantan yang cun..heheh..credit,credit!)
Paah : Yelahhhhh!
~
18 Februari 2009..Lepas Maghrib..(rakus sungguh, tak sempat Isya'..tunggu balasannya..) Setibanya kami berempat di sisi River Cruise, hanya saya dan Kak Tie yang naik. Sebabnya, Ila dan Long dah banyak kali naik. Naik bosan pulak kali ni. Kata depa dua-dua ni.
Perjalanan kami memang indah. Orang pun tak ramai. Tak sesak. Dapat pula boat besar dan luas. Ada pula KAMERA canggih Kak Tie di tangan. Owh, betambah indah. Ditambah pula dengan pemandangan indah. Memang indah-indah belaka. Ape lagi, asyik-masyuk kami bergambar, sampai penat. Tapi mata tak lepas menghayati lampu-lampu ceria dalam macam-macam bentuk tu. Macam kanak-kanak prasekolah pun ada. Asyik tunjuk itu dan ini. Sampai ternganga-nganga..
Pendekkan cerita yang agak panjang sebab Cruise tue ambil masa 45 minit. Tak mungkin korang nak menatap blog yang tak cantik ni selama 45 minit kan? kan?
Jadi...
Semendaratnya kami di pelabuhan itu..ehem, terasa bagaikan berada di zaman Kesultanan Melayu Melaka..sambung2..em, kami terus menaiki kereta kancil yang dipanggil Baby ke suatu destinasi yang, yang sedang2 saja (pada mulanya).

Sesampainya kami disitu, tersergam sebuah kapal yang terlekat jasad-jasad lanun mata satu yang sudah kaku. Besar juga kapal tu. Macam biasa, Long, Ila dan Kak Tie memang sangat teruja. Tapi saya, aihhh, terasa macam suara nie dah tak keluar, kalau keluar pun, seperti Chipmunk bunyinya.

Saya takut tapi saya tak gayat.
Saya takut pada keloyaan.
Kemabukan.
Kemuntahan
Kelembikkan kepala lutut.

Owh..tapi takpe, saya berjaya menolak ke tepi-tepian semua perasaan itu. Dengan gagah perkasa (sikit ketaq) saya pun cuba belayar dengan kapal kepunyaan En Pirate ini.

Hayunan pertama = laaa..nie je..besa jela...ingat best sgt..
Hayunan ke empat = owh, dah tinggi skit kapai ni naik..
Hayunan ke enam = waa, berangin la..eh, awat makin laju nie..
Hayunan ke sepuluh = huwaaa, kak tie (sambil memegang dan memeluk erat palang yang menghalang dari tergolek dan bergolek ke bawah tue) nak turun! peniinnng..nak muntah.
Hayunan ke bape pun taktau dah = jeritan 'nak turun', 'nak muntah', ' behenti', 'stop', khau meng ahhh (tipu jea) terus-terusan saya laungkan..memang gamat daripada minyak gamat Langkawi.
Memang suara kami berempat sahaja yang kedengaran kat FunFair yang tak berapa fun tu. Serius, kami memang bising!

Akhirnya..
Saya mengambil kesempatan untuk 'menempelak' mamat-mamat yang sedang berkerang busuk sambil mengendalikan 'penghayunan' kapal tu bila kapal tue berlalu disebelah 'pondok kawalan' memamat tu.

' wei! behentila! nak muntah dah nie!

Tiba-tiba..kapal En Pirate mulai kurang 'menggila'. Pekikan saya didengari mereka. Simpati mungkin. Atau takut terpaksa menSCRUB kapal En Pirate itu? Tak pasti, tanyalah mereka..Tidak setinggi tadi hayunannya. Namun inersianya masih terasa. Masih 'menggila' dalam perut, tekak, hati dan paru-paru saya (paru-paru?). Saat yang dinanti-nantikan pun tiba. Kapal berhenti, turun. Eh nanti, belum turun tau, macam mana nak turun kalau tak boleh turun.

Kaki macam dah mati. Lutut macam dah telekat di tekak. Mata diselotapekan timun tanpa rela. Dalam tekak pula ada Tsunami yang bergelodak. Jalan pula macam Jet Li bersama Kungfu Belalangnya. Macam hantu-hantu geylong game Resident Evil lebih tepat. Darah pula hampir tak merayau di muka.

Pucat bagaikan darah didermakan kepada pacat. Seorang pakcik yang lalu di sebelah berkata kepada anak-anaknya yang tergamam melihat kakak-kakak yang sudah senget-benget ini..

'Haa tengok..kakak2 nie dah mabuk'

Terpaksa kami tak mempedulikan pakcik. Maaf pakcik. Senyuman pun tak dapat disedekahkan kepada pakcik.
Pendekkan cerita lagi..
Setelah 15 minit berlalu..

*Long kembali normal sambil bergayut telifon.
*Ila dan Kak Tie memang sangat normal apabila mereka kembali ke sisi kapal En Pirate dan semua pelusuk Fun Fair (fare?..mane2la) untuk bergambar. Kalau mereka tidak bergambar, itu baru kondisi yang sangat tidak normal..

*Noorfarhah bt Anuar macam mana??
10 minit kemudian. Setelah mereka bertiga mendapat 'keizinan' saya untuk masuk dalam kereta. Kami pun bergerak pulang. Eh sabarrr..baru lepas reverse, sekali lagi saya memberi isyarat tangan macam nak ambil lesen moto tue..kerana..Tsunami dah datang!
Long dengan skill drift nya keluar dari petak parking lalu masuk kembali ke petak parking yang baru selang beberapa buah dari petak yang lama. Hebat!hihi..Kebetulan, terletak betul-betul di DEPAN PINTU MASUK FUNFAIR.
Kemudian..ehem-ehem..
Uwek-Uwek ( ini bukan lagu )
Tsunami pun melanda...

Alhamdulillah, Tsunami ni tak 'memusnahkan' kereta. Tapi melanda kawasan di tepi kereta. Memang 'kerosakan' yang teruk. Dicampur dengan 'sampah-sarap' yang di ambil pagi tadi. Owh, lupa nak cakap..tadi belum bersantap, kan semua rakus nak berdunia..
Dengan bantuan Kak tie dan Ila, satu air mineral sampai. Long pula membuka Massage Center Instant dalam kereta. Dalam 'kemabukan', saya sempat memerhatikan label air itu. Tertera 'Mineral Water'. Syukur bukan 'Drinking Water'. Kamu tak tahu apa beza kedua-dua jasad ini? Cuba cari..cabaran untuk kamu :)

Setelah dipotong beberapa babak cerita..entah-entah tiada sesiapa yang 'stay'sampai babak ini..tak mengapa, biar saya yang membaca :)

Kami terus menghala ke rumah sebab saya tak mampu nak singgah di kedai makan walaupun keinginan untuk makan Tomyam Siam membuak-buak.

Traffic light. 300m dari rumah. Sekali lagi isyarat tangan diberi kepada Long. Sekali lagi, drift ke tepi jalan sampai kereta terpusing-pusing dan keluar asap (kasi Hindustan skit)..Tsunami melanda lagi. Tapi hanya didalangi oleh 'Air Mineral'.
Akhirnya..
Tibalah kami ke rumah. Tiada kata. Semua merangkak-rangkak ke bilik masing-masing. Saya, ke tandas. Walaupun tanpa Tsunami lagi, namun gelodaknya cukup terasa. Perit. Sangat tak suka. Terus pengsan. Terasa bersalah melambat-lambatkan panggilan Isya'. Namun diri ini tidak mampu. Bagai di acukan M-16 oleh agen-agen Tsunami, sedikit gerak, sudah terasa 'kemarahannya'. Ditatap jam dinding buat kali terakhir. 11 malam..
5 pagi (kalau tak salah). Bangun menunaikan Isya'. Malu pada Allah. Ampunkanku Ya Allah..

Kemudian, bergegas turun. Dicapai kuali. Goreng telur. Letak sos cili. Ambil roti jadikan pengapit. Alhamdulillah..terisi juga perut yang kosong tahap kosong yang paling kosong ini.
Seminggu kemudian di Klinik Azhali Medik..
"Hm, koklea awak nie hyper-sensitif. Walau sedikit pergerakan, koklea awak akan cuba mengembalikan awak ke pergerakan asal. Jadi, ada konflik, sebab tue awak mabuk dan loya tak hilang-hilang sampai hari ni. Pirate Ship tue dah ganggu sistem imbangan badan awak yang dikawal oleh koklea"

Inilah ulasan Doktor apabila saya masih lagi 'mabuk' setelah seminggu peristiwa Pirate Ship ini berlaku. Lepas nie, nak jaga koklea baik-baik! Katakan tidak pada Pirate Ship!
Hmm..
Esok, Pulau Tioman. Hawa cakap naik bot dua jam.
Takot muntah.
Dah beli asam dua paket. Keropok Tam-Tam sebab keropok Tom-Tom Bak tiada. Ditambah pula dengan coklat Nips kesukaan sepanjang zaman. Semoga tiada pening-pening, mabuk-mabuk atau muntah-muntah. Semoga Allah memelihara perjalanan ini dari perkara yang berbahaya serta lagha. Amin..Tolong doakan kami semua sembilan sekawan selamat wahai kawan-kawan :)
....................
Ps: Kepada Long, Kak Tie dan Ila..time kasih di atas kesetiaan korang menjaga Paah Berkoklea Sensitif nie sewaktu berada di 'Crime Scene'. Kesian korang kelaparan. Anyway, u are my best CSI's :)

Friday, March 6, 2009

Saya Romantik??

Assalamualaikum..Bismillah..ELLLLooWWW :)
"U're tagged! Go to this website and do the quiz. Next, post the result without changing anything. Tag another 5 people once u're done!"
~ al-Hakim Eskem ~
Jadi, saya dah jawab soalan-soalan di website tu. Untuk melihat jawapanya, sila rujuk Lampiran bawah..terpengaruh dengan assignment & thesis! hihi
Owh, original tau, tak ubah apa-apa DAN sekadar menyahut cabaran al-Hakim, bukan bertujuan untuk tunjukkan baik buruk diri ini.
Memang semua tu macam tepat..tapi, soal hati dan hidup ni, boleh jadi cerita Hindustan, kan? kan? Jadi, jom kita tengok sekadar untuk isi masa lapang yang tak brapa lapang ni.
Your view on yourself
You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for
You are a true romantic. When you are in love, you will do anything and everything to keep your love true.

Your readiness to commit to a relationship
You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.

The seriousness of your love
You are very serious about relationships and aren't interested in wasting time with people you don't really like. If you meet the right person, you will fall deeply and beautifully in love.

Your views on education
Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.

The right job for you
You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

How do you view success
You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.

What are you most afraid of
You are afraid of things that you cannot control. Sometimes you show your anger to cover up how you feel.

Who is your true self
You are full of energy and confidence. You are unpredictable, with moods changing as quickly as an ocean. You might occasionally be calm and still, but never for long.
Hm, itula hasil-hasil cabaran al-Hakim. 5 orang lagi kan?
* Syafa
* Farhana
* Kak Wan
* Yin Han
* GG
~ Sekian ;) ~
PS: Abaikan kecacamarbaan colour2 tulisan..tetiba xbole tukar pulak..nway, Ahlek, tengkiuu aaa :)

Thursday, March 5, 2009

Al-Fatihah Buat Insan Yang Disayangi

Bismillah..Assalamualaikum..Elloww :)

Sebenarnya..Dah lama saya ingin menulis tentang 'ini'. Namun, kekuatan atau lebih tepat kebersediaan untuk berkongsi, masih tipis..Tapi, harini, insyaallah..

Terima kasih kepada 'mimpi' semalam.

Tak pasti dan tak punya akal setinggi angkasa untuk menentukan sama ada mimpi semalam adalah cetusan syaitan atau mungkin benar hadir dari keizinan Yang Maha Kuasa.

Tanggal 14 Safar 1430 bersamaan 10 Feb 2009, datuk saya di sebelah Papa, telah pergi mengiyakan panggilan dariNYA. Ya, pergi. Bukan sebentar, tapi SELAMA-LAMANYA. Ini yang terpaksa saya dan mungkin ahli keluarga yang lain bisikkan ke dalam hati kecil masing-masing.

Tidak percaya. Tiba-tiba. Pantas.

Sebab itu masing-masing agak ralat. Masih segar semua ingatan saya pada Wan. Sangat SEGAR dan REALIA. Masih terbayang-bayang jasad yang tegap itu sering membaca surat khabar di suatu sudut di rumah. Berjalan-jalan sambil membelek telifon bimbit di tangan. Tekun menonton perlawanan bola sepak bersama anak-anak lelaki kesayangannya. Bersemangat membicarakan hal-hal politik bersama Papa dan semua. Kerana itu, realiti yang Wan sudah 'tiada' sememangnya terpaksa di'benarkan'.

Dalam diam, saya kagumi Wan. Tulisannya cantik. Memang sangat cantik. Orangnya sangat 'organise'. Teliti dalam kerjanya. Kemas. Suka akan tumbuh-tumbuhan. Suka pada seni. Cantik lukisan dan warnanya.

Dalam ketegasannya, ada sisi lembut dalam hatinya.

Semalam, Wan telah 'hadir' dalam mimpi saya. Bagaikan benar berlaku. Masih dirasa perasaan gementar ketika Wan 'hadir'. Kerana dalam mimpi itu, sememangnya saya juga sedar dan yakin yang Wan telah tiada.

"Awat tak pakai jam yang Wan bagi?"

Wan 'bertanya' pada saya semalam.

Wan ada menghadiahkan jam tangan kepada saya sewaktu tamat PMR. Hampir 8 tahun jam itu bersama saya. Sangat cantik. Memang hati ini seronok memperoleh jam itu. Sememangnya ia bersama saya sampai sekarang. Namun, sewaktu pulang ke rumah menyambut berita 'kepergian' Wan, bukan jam itu yang saya bawa bersama. Jam lain yang menjadi pilihan. Pandang pun tidak padanya. Tiada alasan atau jawapan mengapa.

Sekembalinya saya ke Melaka, barulah dibeleknya jam itu. Ironi, jam hadiah dari Wan itu turut 'mati'. Hampir pukul 3, jarumnya berhenti. Saya terdiam. Kaku sebentar. Tiada kata untuk itu. Saya renung kembali surat kematian yang diambil untuk pengesahan MC. Jam kematian di situ tercatat '3.45 pagi'. Mengapa jam tangan hadiah Wan 'mati' pada saat itu? Sekali lagi..hanya 'AllahuAkhbar' yang terkeluar dari mulut..Ya, air mata juga ringan dan laju menyusur keluar. Bagaikan tahu akan tugasnya menemani saya dikala saat itu. Seperti ada sesuatu yang menggoncang tubuh ini, lalu baru saya tersedar akan 'ketiadaan' Wan. Saat itu saya 'pasti' Wan takkan muncul lagi di depan mata..Ya..TAK AKAN LAGI..

Namun semalam..
Wan 'hadir' sebentar mengingatkan saya akan jam tangan itu. Sememangnya, saya belum lagi menukarkan bateri jam kesayangan itu. Tiada masa..Mungkin ada, tapi adanya jam tangan lain membuatkan saya 'lupa'. Sebab itu, bukan jam tangan dari Wan yang dipakai. Namun Wan telah 'hadir' mengingatkan saya..Sekali lagi air mata ini menjadi amat murah. Dalam ketenangan dan kerinduan, sekali lagi ia menemani saya memerhatikan jam tangan itu..Janji dalam hati..

"
cepat tukaq bateri baru"

Semoga roh Wan berada dalam kerahmatan dan kesayangan Allah SWT.

~Al-Fatihah buat Allayarham Noordin bin Abdullah, Wan~


Wednesday, March 4, 2009

Hanya Kertas Yang Tahu

Selalu..
Fikir maya sahaja..
Ada..
Tapi..
Sisi sipi..

Pernah ada..
Juga tiada..
Pernah suka..
Pernah luka..
Pernah kosong sahaja..

Kadang tenang..
Kadang genang..
Jarang canang..
Biar kosong..
Masih tenang..

Fikir kuat..
Dalam mungkin..
Jumpa..
Hilang..
Tiada..
Bingung..

Namun..
Bingkas..
Bangun..
Walau sukar..
Tak bisa pantas..
Susah..
Sebu..
Sayu..
Tolong..

Tahu..
Ia tak sampai..
Sampai mungkin..
Tapi..
Sini sahaja..
Bukan semua..

Benar..
Harus jangan paut pada mungkin...

~~~~

Tuesday, March 3, 2009

Hukum Visualisasi Haikal

Salamunalaik..Ellow :)

Teringat akan seseorang. Putih gebu, gemuk, pendek, banyak cakap, banyak songeh, banyak makan, banyak bikin kacau TETAPI Kak Ah(me) banyak sayang pada dia. Ahmad Haikal bin Ahmad Zaki. Owh, Haikal sepupu saya, 5 tahun, baru masuk prasekolah. Nama Haikal tu saya yang bagi. Nama adik Haikal pun saya pilih, Aina Humaira. (yang saya cadangkan). Tapi mama dia teringin Natasya. Jadi, Aina Natasya ialah adik si Haikal yang bermata galak ni.

Haikal ada kecenderungan visual. Ala, dah lupa, Howard Gardner?? ingat?? owh, bukan Jeniffer Garner la Cik Rona. Howard Gardner. Nak tau macam mana saya tau? Hm..kisahnya bermula macam nie..

Kak Ah : Abang! (panggilan pd si Haikal) Abang pi bagi tau abg Afwan ngan abg Azwan (adik-adik betuah ku) suruh depa semayang!

Haikal : Abang Afwzawzaan..pi semayang!
(dengan lidah dan mulut yang terbelit dan termuncung-muncung dia kembali)

Kak Ah : Kak Ahh, mana satu abg afwzan, mana satu abg awfwananz.?Abg taktau :(
(dia mmg tak tahu nak sebut, dia ternyata kecewa! muka Bluehyppo)

Kak Ah : Hm, Abg Afwan yang besaq dah, yang tinggi..Abg Azwan yang kecik. Ingat?

Hm, lepas penerangan ni diberikan kat Si Haikal yang masih kelihatan pusing ni, dia terus dapat satu teknik mengingat. VISUALISASI. Sejak dari hari tue..nie panggilan dia pada kedua-dua adik betuah saya..

HUkUM ViSuALisasi HaiKAL

Abang Afwan (16 tahun) = Abang Saq'(dengan huruf 'ain di belakang, singakatan dari perkataan 'Besaq'. Tapi akibat pelat, disingkatkan kepada Bang Saq')

Abang Azwan (14 tahun) = Abang Chik. Singkatan kepada perkataan 'Kecik'.

Jadi..inilah panggilan rasmi oleh Haikal kepada adik-adik saya. Bang Saq' dan Bang Cik. Paling best, satu family terikut-ikut dengan panggilan Haikal ni. Owh, berbalik kepada bab sembahyang tadi, bila suruh si Haikal ni sembahyang pula..

"Emm, abang kena jadi besaq macam Bang Saq' dulu, baghu abg boleh sembahyang"

Hmm, realitinya, dia malas nak beridiri lama-lama. Penat katanya. Tapi, dia dah dapat satu alternatif baru. Bila berjemaah, time beridiri, dia akan undur ke belakang secara BERDIKIT-DIKIT sambil pasang Silencer dan duduk berehat atas kerusi. Bila rukuk' dan sujud, cak! Dia ada balik! hihi..Takpala, at least he tries..Bijak..Bijak..


Atis (adik sayang-teman-rakan sms berbunyi pelik..hihi). Atis mengajuk Haikal yang disuruh menunjukkan Muka Yang Macho ketika potret ini ingin di-snap! Macho tak si Haikal?hihi


Jangan mendakwa saya! Saya bukan pendera! Walaupun saya yang menyepitnya di telinga si Haikal ni..hihi..Inilah kami, kalau Kak Ah dan Haikal bertemu, macam-macam bole jadi..beyond d reason why..hihi..










Monday, March 2, 2009

Tebuan Terlekat Cacing Pita

Assalamualaikum..Ellow :)
Harini hari yang biasa.
Tetapi banyak aura yang luar biasa datang memasang 'tanduk gondol ' di atas kepala yang berat ini..
Tak tahu silap di mana?
Tak pasti salah siapa?
Dan..
Tak kuasa pula nak mencari sebab musabab untuk semua..termasuk lah nak merungkai persoalan subjek Makroekonomi tadi (walaupun ada yang saya masih tak faham-faham sampai skrg). Apa-apa pun, diri ini patutnya lebih bijak mengawal apa yang boleh dikawal, iaitu, diri sendiri..kerana tak mungkin kita mampu mengawal diri yang lain tanpa rela mereka kan? Jadi, salahkan diri sendiri..Lain kali, jadikan sabar perisai di hati dan bibir..Kesimpulannya yang memang masih bersimpul dan bersarang dalam hati ini ialah, macam mana nak hilangkan stress yang entah datang dari mana dan tak tahu nak tujukan pada siapa (lagi selamat kalau tiada sasaran). Ini adalah antara 'item' kegemaran saya kalau sindrom Stress Tak Mengenal Hujung Dunia datang dengan provokasi yang melampau-lampau.


1. Istighfar, zikir, dengar adik Muhamd Zahit baca Al-Quran..Masyaallah..kalau masa masih panjang, baca Al-Quran sendiri, solat sunat
(bukan mahu menjadi riak, tapi ini penawar paling mujarab)
2. Minum air suam banyak-banyak sampai tak tertampung dan tak terkepung.
3. Batuk kuat-kuat..seolah-olah membuang semua tekanan yang terkumpul!
4. Sental tandas. Ni sgt best. Saya suka tandas bersih. Puas tengok tandas bling bling lepas sental..
5. Basuh baju..kalau baju takde, kutip la apa-apa yang boleh dibasuh. Stokin pun jadila..
6. Kemas rumah..Keluar peluh = Tenang
7. Kemas rak baju atau rak buku. Balut buku-buku cerita yang dikumpul..
8.Balut kotak kasut dengan pembalut cantik-cantik..pembalut berbunga kecik-kecik
diutamakan. Suka pada benda yang cantik, kemas dan sweet..
9. Pegi buat lawatan sosial kat Giant atau Mydin.
10. Cabut rumput kat luar..sapu daun-daun kering..yang penting halaman bersih..bau pun best!
11. Makan yogurt dengan roti cheese..sedap..kenikmatan yang berganda :)
12. YM dengan rakan-rakan yang 'sesuai'. Maksudnya, rakan-rakan yang slumber, gila-gila dan mengamalkan prinsip 'So what?' dalam hidup..
13. Telifon Mama (bukan mengadu..cuma nak dengar suara Mama bercerita..masak apa, pi mana, buat apa, sapa datang rumah...sounds so 'usual' and easing )
14. Tarik nafas dalam sedalam dalamnya, lepas tue tahan nafas, kira sampai lapan, cuba 'kumpulkan' semua 'kemeluwapan' dalam nafas yang ditahan then...hembusss!!phew..best :)
15. Online, cari gambar baby, rabbit, hamster, beruang..aih, suka tengok makhluk Tuhan yang nie..sangat indah..Tgk gambar laut biru, gunung ganang pun dah cukup mententeramkan..
16. Message adik dengan bahasa yang hanya kami tahu. Tapi maksudnya ditolak ke tepi.. Contohnya..Ping pong piang..Biang biang..Miaw miaw..Ngorekore..hahaha..ha, tengok, dah ckup untuk buat saya ketawa. Tapi, cakap ape pun taktau..
17. Buka Youtube, cari cerita katun..pastu gelak macam katun..hehe
18. Senyum dengan tiba-tiba..tapi kena pastikan Line Clear dulu.Nanti roomate tengok..malu..hehe..
19. Buat mulut ikan dengan mata tebeliak sambil tengok kat cermin..yes, i feel dumb. But its nice to be dumb sometimes..
20. Aerobic..Salsa! Meringue! Cha-cha..hihi..
21. Walaupun nie paling bawah, tapi bukan last resort tau..nie pun antara perkara penting yang saya akan buat..sms Papa! Bagi ayat-ayat power macam inspirational quotes. Then Papa akan reply 'Ok, TQ'. Simple. Hehe. Tapi, rasa sangat dihargai. Sebab Papa mmg simple, and i know he meant it when he says TQ :)

Hm..inilah namanya insan. Tak lepas dari dugaan Yang Maha Esa..kadang-kadang, benda kecik pun boleh jadikan isu..aih, jahat sungguh syaitan laknatullah. Pesanan untuk diri sendiri yang banyak khilaf ini dan kepada sesiapa yang sudi, kematangan itu penting, janganlah memandang kesalahan seseorang dengan berlebih-lebihan. Ingat tue Noorfarhah..syaitan jahat dan busuk itu sentiasa bersedia!
Kepada rakan-rakan yang pernah terkena tempias kekhilafan saya yang tiada terbatas ini, sejuta kemaafan dan simpati saya mohon ya..Tanpa korang tak mungkin saya boleh berdiri sendiri..Tapi, kadang-kadang ego dan amarah diletak nombor satu, kasih sayang jatuh nun nombor enam belas..sebab tuela jadi Tebuan Terlekat Cacing Pita. Bisanya berganda-ganda..Maafkan Paah kawan-kawan sekalian..





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...