Salam aleik.
Ellow :)
Pon-pon! Saya marah dekat satu kereta Myvi putih gebu. Sedap-sedap cilok depan kereta roti saya dengan belokan yang maut nasib tak membawa maut. Nauzubillah. Amek kan dah kene POOOOOOOOOON POOOOOOOOOON dari saya. Kalaula kereta ada digital board kat atas tu mau saja saya type 'Ohoi cik abang yang hensem jugakla, walaupun awek ada kat sebelah tapi janganla tunjukkan anda sangat cool sampai kereta roti saya nak dipotong sipi beb'.SEND!
~~
Sejak kebelakangan ini dan saya tahu kedepan pun mesti ramai yang akan bertanyakan saya tentang jodoh. Kalaulah boleh saya cut and paste jawapan yang sama, tak perlu saya berulang-ulang cakap benda yang sama dan kadang-kadang pada orang yang sama pada waktu dan tika yang sama.
~~
Ramai yang cakap saya mimilih dan cerewet. Dengan sesungguh hati, sikap 'memilih' dan 'cerewet' inila kalau boleh saya nak elakkan pada tahap yang paling sungguh amat sangat. Eh marah Munsyi Dewan. Maaf. Realitinya, saya tiada pilihan. Macam mana pula nak didakwanya saya di mahkamah jodoh atas kesalahan 'memilih' ? Ini tidak adil bak kata Sadiq Sigaraga. Haha. Kamu semua mungkin tak faham akan situasi saya. Saya memang mengimpikan sebuah ikatan yang suci dapat dijalinkan dalam usia sebegini.
~~
Darjah Satu saya bermula di SK Bagan Ajam. Campuran jantinanya. Darjah Dua pula hidup saya terus menerus dikerumuni, eh, salah, dikelilingi perempuan sebabnya, nama sekolah saya SK Convent Father Barre dan SMK Convent Butterworth. Kemudian satu setengah tahun saya di IPBA dan 5 tahun di Institut Perguruan PEREMPUAN Melayu Melaka. Boleh kamu-kamu bagitau saya pilihan saya ada di mana? Tak mungkin di Convent kan?
~~
Saya tak kisah soal jodoh ditanya. Kadang-kadang boleh jadi topik sembang yang cool. Tapi bila bab 'saya memilih sangat' dibangkitkan, ouch. Sebabnya, saya sendiri masih perlu diperbetul itu ini dan untuk menjadi sebutir intan yang terpilih memang jauh sekali. Bukankah hak memilih ada di tangan kita sebab bukannya pakej 3 hari 2 malam jika kita memilih perkahwinan sebagai penamat.
~~
Apabila masjid sudah dibina, semua terletak di tangan suami. Tak mungkin saya berpatah balik dan menyesal serta menukar pilihan ketika itu. Memang tak mungkin saya menceraikan suami saya kan?kan?Jadi tidak salah rasanya jika saya meletakkan kritiria dalam memilih yang terbaik. Kritiria pun bukanlah yang susah amat sangat. Hanya seseorang yang sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah dan sesama manusia sudah mencukupi. Tahu akan tanggungjawab pada keluarga, agama, bangsa dan negara. Kenapa perlu tanggungjawab pada bangsa dan negara juga? Sebabnya, saya pernah berjumpa dengan lelaki yang sangat tebal sikap perkaumannya. Bagaimana mahu berjiran dengan Puan Chinese, Abang Indian dan Encik Punjabi? Mudah-mudahan bukan katak bawah tempurung bakal suami saya. Bukankah penghulu kita sendiri mahukan kita berbaik-baik dengan semua tak kira Islam atau bukan..
~~
Hm. Saya tahu, perkahwinan akan meletakkan saya bersama suami tak kira di mana dia berada. Saya akan patuh. Tetapi, saya sokong dan sememangnya mahu berada bersama pemikiran ustaz kesayangan saya iaitu Ustaz Mat Nawi. Ustaz memang best! Katanya, jika sudah berkahwin, tinggallah berasingan dari rumah mertua. Biar si suami dan isteri dapat berdikari. Tambah ustaz lagi, kalau isteri dah selamat melahirkan baby, biar suami yang menjaga isteri. Tak perlu nak import mak mertua atau siapa-siapa. Paling tidak, cuba rasai pengalaman menjaga baby dari mula kelahirannya. Kalau tak, apa guna cuti untuk suami diperuntukkan? Ustaz yang kata ek, dan alhamdulillah, ustaz saya kotakan janji beliau. Sekali lagi, ustaz memang paling best. Oh, saya tak dapat lari dari quote semula ayat tajam dari ustaz..ehem-ehem..
"Orang lelaki nie buat anak pandai, tak perlu manual dan tak payah diajar atau ditunjuk! Tapi kalau bab menjaga anak, ini tak reti, itu tak boleh..rasional tak? Kalau tak pandai, belajar. Nabi SAW sendiri bijak dan cekap mengurus rumah tangga baginda.."
Maaf jika kata-kata di atas agak tajam dan menusuk. Tapi memang ada kebenarannya kan? Jangan marah wahai jejaka-jejaka budiman yang membaca..
~~
Saya mohon agar diri yang kerdil ini serta rakan-rakan semua akan memperoleh jodoh yang terbaik kurniaan Allah Swt. Memang resmi manusia untuk merencanakan sesuatu yang mampir pada sempurna. Tetapi Allah Swt lebih mengetahui. Jika ditakdirkan kamu menjadi teman hidup saya yang terbaik tanpa diduga, saya redha dan mohon bahagia sentiasa di pihak diri ini dan kamu. Saya akan terus berdoa dan memohon sedikit petunjuk agar hati ini redup pada yang dipilihNYA~~
P/S : Maaf jika penulisan kali ini berbaur feminisme. Bukan..ini pendapat jujur saya yang tak mungkin saya luahkan di hari-hari biasa. Hari ini luar biasa kah?