Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, February 28, 2011

Day One.

DAY 1~ Your Favourite Song
Salam aleik
This song never fails to make me weep like a baby. It was back then in primary school that i started a 'crush' on this song. Of all the songs that pass me by, play this song at any given moment or time, it will never turns me off or make me put forth words like 'hey, i used to love this song, but not anymore, this is already lame'. Never.





And this is the forever Queen Of My Heart
Mama, loving you is like food to my soul..I Love You With All The Love In The World!

P/s : FarhahNur is on 30 Things in 30 Days Challenge

Sunday, February 27, 2011

Time Off

Salam eleik..
Ellow ;)

Oh, no, not that I'm not busy here. I am so very just to let you know. But i don't know, why i let myself to rest and be extra on enjoying my weekend at home and yes, IGNORING my workload. Hence, I'm here to update and make myself occupied with one task.

I've found this in one of my 'random' blog-walking activity. Gosh, iv paste the task and i'm out and being so bad for not reciting the blog source. Cis. I'm so very sorry. My bad! Don't charge me for plagiarizing plisshhh :(

Okok..it's a 30 Things in 30 Days Challenge yaw!!

There are 30 challenges that i will have to complete in 30 days time. It's not a competition, but rather a way for you to keep clinging to your dearest blogy woogy!hee..

Day 1 — Your favorite song
Day 2 — Your favorite movie
Day 3 – Your idea of the perfect first date.
Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.
Day 5 – What makes you different from everyone else?
Day 6 –  A song to match your mood.
Day 7 –  A photo of an animal you’d love to keep as a pet.
Day 8 –  Your dream wedding.
Day 9 – A photo of the item you last purchased.
Day 10 – A photo of your favorite place to eat.
Day 11 – A picture of your favorite memory
Day 12 –A picture of the scariest persona when you are a kid.
Day 13 – A picture of your favorite band or artist
Day 14 – A TV show you’re currently addicted to.
Day 15 – Something you don’t leave the house without.
Day 16 – Short term goals for this month and why
Day 17 – How you hope your future will be like.
Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex
Day 19 – A picture of something you want to do before you die
Day 20 – The meaning behind your blog name.
Day 21 – A photo of something that makes you happy.
Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
Day 23 – 15 facts about you.
Day 24 –  Does different character healthy in relationship? Write what you think.
Day 25 –  A letter to your spouse or spouse to be.
Day 26 – A photo of somewhere you want to go.
Day 27 – What kind of person attracts you?
Day 28 – In this past month, what have you learned?
Day 29 – Something you could never get tired of doing.
Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days

Ohkay Readers (or Reader), I will start tomorrow, insyaAllah..can't wait..eh why am i so excited nih? Chill Farhah chiiilll..inhale..exhale..phew..Oh, i just want all of you to know this..

If you want to be happy, be..

Nite World.
Wassalam

Saturday, February 26, 2011

Noorfarhah Binti Anuar

Salam aleik.

Hm. Semua yang berlaku kebelakangan ini seakan-akan memerli kondisi ana yang dalam state of MERENGness. Tak perlu besusah payah mencari maksud ana di atas. Sehingga kasut ana pun mahu menebak dan menguji perasaan ana sehingga suatu saat ana hanya mengucapkan syukur sebab 'nasib la heh tak jatoh tegolek sebab kasut licin doh'. Oh, jangan pelik kenapa ana membahasakan diri ana sebagai 'ana. Semestinya nama ana bukan Rozana Kau Gadis Idamanku, Ana Raffali atau Anahita Bakavoli. Ana tetap Farhah yang kadangnya girang, selalunya mahu membuat kamu senyum dan secalit sahaja yang mahu dan berusaha menjaga hati ana. 

Maaf, memang ana agak emosi kebelakangan ini. Dan ana memang jarang luahkan atau lampirkan secara tersurat isi hati ana sebelum ini. Cuma mungkin kali ini, segala anasir bagai mentertawakan kelemahan ana, bagai meyakinkan bahawa ana perlu lari dan bagai marasuk ana menjadi semakin gila melayan perasaan ana. Ditambah pula dengan fitrah ana sejak azali lagi sememangnya amat sensitif. Tapi ana tidak luahkan walau kadangnya hati anak yang sangat kecil ini bertambah kecil dan hampir hancur dibaham kata-kata sahabiah sekelilingnya. 

Seringkali ana hanya memujuk diri sendiri dan ana akan sedaya upaya bangun kembali dengan semangat ana yang dipinjamkan dari DIA. Siang dan malam ana sering meminta tanpa perasaan malu pada DIA agar jangan tinggalkan ana, dan jangan lunturkan semangat ana yang bagaikan tiada berbaki apabila ana berada dalam  medan ujian dari NYA. Berbekalkan semangat yang tak setebal mana inilah ana teruskan  langkah berhadapan dengan lagi dan lagi ujian dari NYA. Kamu terlepas pandang sisi gelap ana yang ini kan? Mungkin kerana ana sentiasa hijabkan kedukaan ana dengan senyuman ana. Inilah sedekah ana sebagai satu usaha untuk mengkifarahkan butiran dosa ana yang makin sesak di dalam dunia yang kekal di sana..

Kadang-kadang ana berfikir, kenapa Allah tak berikan saja semua sifat yang baik-baik kepada hambaNya? Kadang-kadang ana tidak pasti mengapa sesetengah insan begitu tegar menyakiti, mencuri dan mengambil sesuatu yang haq buat ana, buat keluarga ana, buat saudara ana, buat guru-guru ana, buat kawan-kawan ana dan semua disekeliling ana..Namun ana redha, kerana wajaran ana tentang sesuatu yang ana miliki adalah hak mutlak ana sememangnya tidak benar. Semua itu bukan milik ana..

Semakin ana fikirkan, semakin ana simpati kepada mereka yang Allah uji dengan ujian yang sungguh hebat. Semakin membuak-buak hati ana menekan otak untuk berfikir akan cara untuk membantu mereka. Cuma ana hairan, ana jarang bersimpati pada diri ana sendiri..Jarang sekali..

Ana malu dengan Allah. Ana sering memberikan janji kosong pada kekasih hati ana yang sepatutnya berada paling atas, selalu dan mutlak di dalam hati ana ini. Ana hanya 'menghubungiNYA' dan berbual denganNYA lebih lama ketika ana perlukan kata-kata semangat dariNYA. Kalau hati ana berbunga-bunga, ana hanya menghantar 'sms' ringkas padanya usai ana meminta segala macam keinginan duniawi semasa temujanji kami dalam lima waktu yang telah ana dan DIA patri sehingga ana pergi menemuiNYA suatu hari kelak. Ana sangat sombong pada DIA. Ana bagaikan lupa yang kebahagian yang ana temui di dunia ini adalah milikNYA. Ana hanya 'penyewa' yang lupa daratan dan culas akan 'bayaran'nya. Namun DIA masih tetap bersama ana dan setia menunggu cinta sejati dan ikhlas dari ana..Tidak pernah sekali pun DIA jemu dan menyakiti hati ana..

Menjauhi ana jauh sekali dibuatNYA. Malah tanpa ana sedar, DIA sentiasa menggantikan kedukaan ana dengan sesuatu. Walaupun sekecil zarah dan sekelumit rasa indah, DIA tidak pernah gagal membahagiakan ana ketika ana diuji dengan pelbagai dugaan. Sememangnya tidak pernah gagal. Namun, banyak ketikanya ana buta dan tidak dapat melihat dengan mata hati ana akan keprihatinanNYA pada ana..dan ketika itu ana terus-terusan bertanya dan bertanya , meminta dan meminta sesuatu yang tidak perlu dan membuatkan ana lebih jauh dariNYA..Maafkan ana..

Acapkali juga ana merintih. Ana merasakan yang kebahagiaan begitu sukar untuk mendekati ana. Apabila sinar mula singgah dalam diri ana, ana seringkali takut dan khuatir, ana takut kehilangan kembali. Bagaikan sudah terbiasa bahawa setiap kebahagiaan ana akan diuji dan diberikan sedikit 'kepahitan' darinya. MasyaAllah..jelik sungguh prasangka ana pada DIA. Ternyata iman yang utuh masih tidak dapat menyelimuti jasad dan hati ana. Tercarik pakaian iman ana di sana sini..Membuatkan ana 'kesejukan' dan tidak dapat tenang dalam melalui mimpi-mimpi ana sebelum ana terjaga di dunia yang mutlak di sana..

Tidak dapat ana lari dari kenyataan bahawa kebahagiaan ana hanya akan hadir dengan bayaran yang  sangat tinggi. Perjalanan ke destinasi bahagia ana juga mungkin berliku-liku..dan ana harus berhempas-pulas untuk 'membeli' harta dunia ini apatah lagi memiliki..Namun ana yakin, setinggi mana 'bayaran' yang harus ana bayar, tinggi lagi pengharapan dan keyakinan ana pada DIA. Tinggi lagi kata hati ana yang mengatakan bahawa ALLAH akan sentiasa menemani ana. Tinggi lagi kata hati ana yang mengatakan bahawa ALLAH telah memilih ana untuk menjayakan misiNYA yang hanya ana sahaja mampu menerajui misiNYA nan satu itu..

Ana seringkali bertanya pada Mama, kenapa ana dinamakan Farhah? Sudah berkali-kali ana timbulkan soalan ini dan ana sudah tahu jawapan Mama sebenarnya..hihi..Farhah membawa maksud kegirangan. Mamalah orang paling gembira apabila ana lahir dalam keadaan yang sihat walaupun ketika itu Mama juga menghadapi ujian yang cukup hebat dariNYA..

Dengan jawapan dan situasi Mama inilah ana mencuri sedikit kekuatan untuk terus berjalan. Ana dipilih oleh Allah untuk menggembirakan hati saudara-saudara ana. Ana dipilih oleh Allah untuk meminjamkan kebahagiaan ana pada orang lain. Ana dipilih oleh Allah untuk cuba memberi dengan sebanyak mungkin agar saudara-saudara ana mampu tersenyum walau hanya sementara. Ana bersyukur dengan 'tugasan' yang Allah tuliskan untuk ana. Oleh sebab itu, ana sentiasa gembira apabila ana mampu membahagiakan mereka, walaupun ana tidak peroleh apa-apa..walaupun ana terpaksa korbankan kegembiraan ana untuk mereka.

Dan apabila ana tidak dapat berbuat apa-apa untuk memekarkan mimpi dan senyuman mereka, doa ana agar  mereka bertemu dengan mimpi indah mereka suatu hari nanti sentiasa ana panjatkan pada DIA yang ana tahu tak pernah terleka untuk menjadi pendegar setia ana. Terima kasih Allah..


Mungkin permintaan serta segala apa yang ana hajatkan masih terkebelakang jika dibandingkan dengan hajat saudara lain yang sudah tersenyum girang dengan kurnianNYA. Namun ana akan menunggu, kerana ana tahu dan ana yakin dengan sepenuh hati bahawa hajat ana akan ditunaikanNYA suatu hari nanti..dan tiada apa yang akan menutup keyakinan ana pada kasih sayangNYA pada ana. Ana percaya pada DIA. Dan ana juga mengerti, bahagia ana akan hadir dengan kudrat dan pengharapan ana yang ana berikan pada tahap yang tertinggi..Ana akan terus memberi dan menggirangkan hati kamu semua..Itu misi ana yang telah ditulisNYA kan? Doakan ana ya.. Oh.. penulisan ana kali ini merupakan coretan hati ana yang paling ikhlas. Bukan tujuan ana untuk merintih, memohon simpati jauh sekali untuk menjadi takbur dengan keberadaan ana di dunia ini. Ana mohon maaf atas segala kekhilafan ana yang seluas lautan yang nyata tidak berpenghujung..Ana hanya ingin berkongsi..Mudah-mudahan Allah merahmati..InsyaAllah..



"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (Q.s. al-Baqarah: 186).

Friday, February 25, 2011

When a person is without a smile, give him yours..

For every minute that you are angry, you will loose 60 seconds of happiness. Ouch. Let's try not to be angry at least for one day. Can you do that? Miss Farhah says she will try her best..hee..And one more, try to accept the way people are. Not only live by considering you and yours truly. Happiness comes along with acceptance dear lady. But if people can't accept the 'package' that comes with me then how?

Am still wondering.
Oh. Not a resemblance of my entry up there. Im just thinking of the drumsticks here! Sedapnye! Who is kind enough to deliver them to me now?ow?
Hey Teacher Farhah, better get back to sleep or not your pupil esp Faris will say you look like Poa again.
Nite Mother Earth.
Thanks for letting me stay here for one more day.
Thank you Allah.
Let me love my Rabb more tomorrow and please let the Love between me and my Rabb be forever undone!
InsyaAllah.
:)

Thursday, February 24, 2011

Jason Mraz says 'Life Is Wonderful'..

Salam aleik.
Ellow :)

Iv got 5 sets of script. And guess what? Iv accepted them with open and oh so yey heart lah! Watch out Jessica Alba, i'll be walking next to you on the Academy Award red carpet! And the paparazzi will be out of flashes since they will be flashing big time enough to shot me with that awesome red dress and my stunning hijab wrapped around my head and the bag and the shoes and the wat la all of you kena tipu!hihi..Dahla, well said already Farhah, now stop your Jessica's obsession and please, enough of being perasan all the time eh.  I mean it, all the time. Orang tak suka tau..huu..ok..Maaf ..Maaf ye..Maaffin.. Maafin Bu, Pak.. Muffin Blueberry uh sedap!hihi. Sempat jugak!

By the way..
Not that acting script la.


This script. I mean answer scriptS.



36+36+35+35+32 = Burn my weekend with Remis and Chowrasta.

Eh c'monla Farhah. You think ur alone got workload like tons and like forever and like gosh eh? Nop nop..so be as thuf as Hulk, as strong as Hurricane, as bold as Badang, as wise as a King and as patience as Nabi Muhammad SAW. InsyaAllah :)

~Adopt the pace of Nature, Her secret is Patience~
Heee..

Wednesday, February 23, 2011

Separuh Masak

Salam aleik..
Ellow!

Cerita tentang Kuman.
Nama saya Kuman.
Kuman Bin Fungi.
Orang takut kawan dengan Kuman.
Orang selalu kata Kuman musuh Orang.
Jadi Kuman tak boleh berkawan dengan Orang. Suatu hari, Kuman berkata..

'Eh, i must be here for a reason yaw?'

Oh. Iya, Kuman bole-la-so-so speaking London.hee..

Kenapa Tuhan jadikan Kuman makhluk forbidance?

'Life is strange lah!'

Kata Kuman selepas berlari dari tangan Muna sebab Muna guna Dettol. Eww. Bad Muna.

"Eh, penat la hidup lari betaburan macam ni.."kata Kuman pada Mummy dia yang bernama Syakulat.

Then Mummy Kuman cakap..
"Kuman, if you want the rainbow, you have to put up with the rain"

Pergh. Meleleh air mata Kuman.
Ok kisah merapu Tammat.

Harini saya berjaya completekan task terbengkalai. Dan saya dah berjanji dalam hati tadi, kalau kerja siap, kena hadiahkan blog satu entry. Hehe. Saya tahu. Pembaca tak ada pun.hehe.Kuman? Spontan tekeluar. Cerita di atas adalah rekaan semata-mata, Jangan salahkan saya ye..Sebab tetiba saya teringat Plankton dalam Spongebob. Sebab tangan saya sangat belemoih tadi sampai saya rasakan 'ewww, bacteriaaaa..' Then pling! Plankton punya muka mai..Serious dia datang like jeng jeng jeng! Ha, tengok la muka Plakton tue. Muka orang takmau kawan kan? heheh..Takpelah, i'll be your pal Plank. (nama manja sebab nak bekawan baik) hehe. Okok..Selamat Malam to the world.~~

Tuesday, February 22, 2011

Bad dream with the Boogeyman!

Dear Boogeyman,
Stop scaring me off my bed,
Stop waking me up by four,
For i will spurs and you might flee.

Dear Boogeyman,
Why can't you be nice?
Why like harsh?
For maybe im mushy and you so woozy.

Dear Boogeyman,
You are not that Boogey,
Neither a scary weary,
Till you find the way,
To drop those wary,
Hope she's still in handy..






Hey_sleep lah_duh!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...