Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, May 31, 2011

Herotkan hidung bila gatal


I should learn from you these kind of plucking and strumming.
hehehe


Standing ovation for you kiddooww!!
Teheee..

Heartsick

When you give so much that sometimes people just not in need of that.

When you so wanna take care of their precious heart until you pampered them by agreeing with their mistakes.

When you just keep your mouth shut when people slander you with heartbroken words and they just don't bother.

When you care more about others than your very own-self  and they just didn't notice.



And that's when they will take you  for granted.
They just don't care.



Saturday, May 28, 2011

Jodoh Saya

Salam aleik.
Hie Readers..

Kali ni saya nak bercakap tentang jodoh.Teng teng teng teng teng teng teng..ape nie? Oh, ini lagu soundtrack Star Wars. hehe..

Okay, umur saya dah 25 tahun. Papa saya masih anggap saya macam anak kecil dia. Masih suka tanya saya dah makan ka belum. Masih suka suruh saya tido awal. Masih mahu ambilkan bantal dan toto kalau saya main belasah ja tido bersepah atas carpet atau atas lantai. Masih suka marah saya kalau saya suka mandi malam-malam. Selalu akan belikan bekalan madu lebah pada saya agar saya sihat dan tak selalu sakit. Masih risau kalau saya mula buat muka Bluehyppo tertinggal kapal terbang dan terus berkata..

"Kaaak, cepat makan ubat!"

Mama pula memang ada telepati yang cukup kuat dengan saya. Saya tak perlu mengadu pada dia jika ada masalah, she will always know when and how to ask. Macam ada pasang CCTV pula. huhu..

Saya masih anak kecil kah? 

***

Okay. Berbalik pada topik saya. JODOH.
Kenapa jodoh saya belum sampai?

Bila tengok kawan-kawan kahwin, kawan-kawan take cute pictures with their spouse, kawan-kawan in love with their babies..haih, makes me wonder, apa yang terselindung disebalik rancangan Allah pada saya? Mana pergi jodoh saya? Kenapa Allah belum buka peluang saya untuk melangsaikan separuh lagi hutang iman yang hanya akan dapat disempurnakan setelah berkahwin?

Saya terus berfikir dan berfikir.

Selalu saya menangis pada Allah memohon simpati dan kekuatan agar saya tidak berputus asa. Kadang-kadang terasa begitu penat dan mahu berhenti dari semua. 
Semakin saya berusaha keras untuk mendekatkan hati ini dengan Allah, semakin hebat ujian dan rentetan tugasan yang Allah hadirkan bersama. 
Allah tidak sudi menemani saya lagi?

Astaghfirullah..kejam sungguh saya meletakkan prasangka sebegitu kepada Cinta Hati yang seharusnya berada di tempat teratas dalam hati saya.

That one not so fine day make me realized why.
I finally found the connection between my never ending workloads and the amazing plans that Allah had prepared for me.

Jika apa yang kita minta, tidak Allah kabulkan, akan Allah gantikan dengan sesuatu yang tidak kita duga, dan mungkin yang lebih baik buat kita..and we never know that..Subhanallah..betapa kasih sayang Allah tidak pernah jauh..Allah..
 

Allah berikan saya kerja yang tak pernah habis sebab Allah nak saya belajar menguruskan diri saya. Kenapa kerja bertubi-tubi? 
Sebabnya, bila banyak kerja, saya akan belajar untuk menyusun atur hidup saya dengan baik. Siapkan kerja sekolah dan kerja rumah pun harus siap siaga. Selagi saya tak 'berjaya' nak cope with both school's work and private life such as lipat baju, basuh baju, gosok baju dan ape2 lagi la, selagi tu Allah akan make me 'replay' the 'game', sampaila saya berjaya dan boleh proceed to the next level.

Apa kaitannya dengan jodoh?
Hm, sangatlah besar kaitannya..Kalau saya masih belum boleh mengurus diri sendiri, nak uruskan suami dan rumah tangga agak-agak boleh tak? 

Mungkin sebab tue Allah 'rehatkan' dulu jodoh saya sementara menanti saya membuat 'persiapan' dengan sebaik mungkin.

~~

Kadang-kadang saya terfikir, bestnya kalau dapat kahwin muda, kalau ada rezeki boleh jadi Mummy pada usia yang muda. Boleh rapat dengan anak-anak macam 'hey yaw, we are sistas yaww, cool aite??" huhu..

Perlahan-lahan, saya mula mencari rasional mengapa masih belum sampai hajat saya yang satu ini. 

Kahwin bukan suatu benda yang mudah. Bukan mudah untuk menarik diri dari aqad yang suci ini if you feel like doing so.

Sabda Rasulullah S.A.W
Maksudnya : 
" Daripada Ibnu Umar r.a, telah bersabda Rasulullah S.A.W., perbuatan halal yang sangat dibenci oleh Allah azzawajalla ialah TALAK ".

( Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah )

Allah belum berikan peluang kepada saya untuk berkahwin dan mempunyai zuriat sebab ilmu saya masih belum cukup. Jadi, Allah peruntukkan lebihan masa untuk saya penuhkan ilmu dunia dan akhirat dengan cukup sebelum diberikan saya tugas yang lebih mencabar, iaitu menjadi seorang isteri kepada seorang suami dan seorang ibu kepada anak. 

Selain itu, saya seharusnya mencuri masa yang Allah berikan ini untuk belajar tentang ilmu rumah tangga yang sememangnya tidak pernah saya ambil kisah sebelum ini. Belajar memasak, belajar bersabar, belajar bertenang, belajar berkongsi, belajar untuk memahami dan paling utama, belajar untuk bersabar...

Selain itu, walaupun saya sukakan kanak-kanak dan punyai sedikit pengalaman mengajar dan handle the kids now, tetapi,  saya tak seharusnya terlalu yakin bahawa saya sudah bersedia dan mampu mengguruskan anak sendiri.
Sesungguhnya tanggungjawab mendidik seorang anak itu sangat huge to tell you. Bermula dari mendidik mereka sedari mereka dalam kandungan lagi. Setelah mereka dilahirkan, bermulalah suatu cabaran yang baru. Perilaku seorang anak perlu dicorak sedari kecil.

Siapa yang mencorak perilaku my kids kalau bukan saya sendiri? Jikalau ilmu saya secetek sekarang, mampukah saya menjawab semua pertanyaan anak-anak saya kelak yang memerlukan pengetahuan tentang itu dan ini? Mampukah saya menjadi sumber rujukan anak-anak saya sendiri? Mampukah saya memberikan contoh terbaik kepada mereka? And don't forget that kids learn by examples..mampu tak Cik Farhah?

Tambahan pula anak-anak ini merupakan AMANAH dari Allah. Allah juga telah berjanji pada kita bahawa, jika kita berjaya mendidik anak-anak dengan sebaik mungkin, cukup ilmu dunia dan akhirat, mereka inilah yang akan menjadi 'penyelamat' saya dan suami di akhirat kelak..Hebat kan?

Jadi, untuk mendidik mereka agar mampu 'menyelamatkan' saya dan suami kelak bukannya mudah. Cukupkah hanya sekadar mengajar mereka ABC dan English Grammar yang saya sendiri masih belum khatam?

Jadi, masa yang Allah berikan kepada saya kini harus digunakan untuk belajar dan terus belajar. Kalau dah kahwin baru nak belajar, agak-agak sempat kah? Nak masak lah, nak iron baju for twos lah, nak urus itu inilah, nak buat kerja sekolah lah, nak merajuk dengan suami lah, nak menghias rumah lah dan macam-macam lagi aktiviti yang ternyata akan mencuri hampir sepenuh masa kita. Betul tak? Merajuk pun ambil masa okay. Dasar mengada. Hehe.   Buat apa pun semua dah kena double..ada ke masa nak sedut dan amal ilmu dengan tenang-setenangnya sedangkan itulah ilmu basic yang 'wajib' ada dalam diri kita bila bergelar suami isteri dan ibu-bapa kelak?

~~~
Bila belum berkahwin, boleh buat apa saja bersama Allah pada bila-bila masa. Bukan maksud saya bila berkahwin Cinta kepada Allah harus beralih kepada suami. Tak ye..Maksud saya, sebelum berkahwin ni, kalau nak baca Al-Quran sehari 10 kali pun boleh, nak solat taubat setiap kali solat fardhu pun boleh kecuali selepas Subuh dan Asar , nak wirid panjang berjela sampai tertidur pun boleh, nak bangun malam bersembang dengan Allah pun boleh, nak berteleku meminta pendapat Allah sehingga rasa yetul-betul yakin untuk bangun semula pun boleh..pendek kata, semua pun boleh..

Tapi kalau dah berkahwin, semua ibadat sunat yang nak dibuat harus dipastikan tidak membelakangkan suami, harus dipastikan tidak menimbulkan ketidakselesaan dan ketidakpuasan hati suami..Agak-agak tengah syok melagukan ayat-ayat dari kitab Allah, tiba-tiba suami dah balik kerja..takkan nak sambung kan?

Jadi, Allah bekalkan masa kepada saya untuk mengambil kesempatan ini untuk berkhulwah dengan Nya, dalam kata lain, menambahkan 'bekalan' bahu kanan saya untuk dipersembahkan kepadaNya suatu hari kelak..

'Ingat lima perkara sebelum lima perkara, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua, LAPANG sebelum SEMPIT, hidup sebelum mati..'
~~~


Jadi, sememangnya setiap apa yang Allah berikan kepada kita tidak pernah diberikanNYA dengan sengaja dan tidak bersebab kan? Susunan Allah sudah cukup indah. Carilah apa hikmah yang Allah sediakan di sebalik semuanya. Namun sememangnya bukan mudah..tetapi tetapkanlah di hati bahawa Allah akan menggantikan segala yang diambilnya dengan sesuatu yang akan membuat kita tersenyum kembali. Dan ingatlah, segala-galanya sememangnya milikNya, jadi Allah mempunyai hak yang mutlak ke atas semua yang kita 'miliki'. Dia berhak mengambil kembali segala yang dipinjamkan kepada kita. Dan kita juga adalah hak mutlak Allah SWT. Siapalah kita untuk mempersoalakan ketetapanNya..Dan kita sememangnya layak diuji olehNya. Kita hanyalah hamba yang sangat kerdil yang hadir dengan keizinan dan rencanaNya..Kita sememangnya hadir untuk diuji olehNya. Betul tak?

Jadi, mulai sekarang, i will TRY MY VERY BEST to carry on positively eventhow saya akui akan ada juga hiccups dan hari down down down down down buat saya. hehe. Kita manusia biasa kan, tak mugkin semua berlalu dengan perfect. Sedangnya muzik pun hadir dalam nada major dan minor, bau pun ada yang wangi dan busuk, makan pun ada yang sedap dan tidak, daun pun ada yang hijau dan kuning, haa sudah sudah..heheh..

What im saying is that, our life comes with a package.
Ups and downs.



Jadi, saya akan terus sabar menanti jodoh saya. Mesti dia pun tengah buat persiapan macam saya juga kan? huhu..Moga Allah memberi petunjuk dan bimbingan kepada dia juga; sebab tanggungjawab dia lagi besar, harus memimpin keluarga, dan membimbing saya yang macam bawak keta lesen tak pas nie..kihkih..


Akhir sekali..

Cekalkan hati. 
Sayang Allah.
Sayang ilmu.
Sayang diri.
Sayang parents. 
Sayang adik-adik.
Sayang saudara.
Sayang kawan-kawan.
Sayang guru-guru.
Sayang binatang.
Sayang tumbuhan.
Sayang semua.

Jom positif!!
InsyaAllah..
Jom doa sama-sama..

Ya Allah, permudahkanlah kami untuk dekat dengan Mu selalu. Berikanlah jodoh yang merupakan teman terbaik kami di dunia dan akhirat...Tetapkan hati kami di jalan yang sentiasa  diredhai Mu. Bimbing kami untuk menjadi redha dan pinjamkanlah penyelesaian yang terbaik dalam setiap ujian yang Engkau berikan..Amin..:)


Friday, May 27, 2011

Cerita Cuti

Salam aleik.
ELLOW..
(huruf besar sebab rasa dah lama tak say hello kat semua, jadi kena highlight lebih sikit..hihi)

Apa khabar semua? Baik ke? Sihat ke? Lalu makan tak? Tidur lena? Malas mandi? heheh..
Bukan apa, hari-hari, tangan saya nie bagai ditarik-tarik nak menaip di blog ni, tapi sungguh, tak ada kesempatan..
Tau, bukan saya yang paling busy, ada ramai lagi yang busy, but it has been a very very busy week for me. Hari ni pun, pukul 5 baru balik rumah. Sebelum balik, sempat Guru Besar upah coklat sebab jadi pekerja yang sungguh berdedikasi balik office hour perasan lagi. hehe.

Okay, tadi last day saya masuk class before school holidays, saya tanya la my pupils what are their activities for this upcoming holidays.. Most of them nak..

1. Pergi Sunway Lagoon
Hm, saya tak terkejut kalau semua budak jawab nak pergi Sunway Lagoon. Sebab dulu masa kecik pun, saya pun suka cakap nak pergi Sunway Lagoon sebab nak belagak dengan kawan-kawan. Padahal KL pun jarang-jarang sampai. hehe. Oh, tapi saya penah tipu lagi extreme dari nie nasib anak murid tak baca blog cikgu . 

Alkisahnya macam nie..
Masa Darjah 4, i went for a motivational camp kat UUM. First time pergi camp, pergh, seronok sampai melompat dalam bus tuh! Ditambah pula dengan abang-abang hensem UUM sebagai fasi, haaa, lagi laa..haha..Kebetulan, masa tue, one of my relatives baru balik dari Disneyland, California. They bought me one Mickey Mouse shirt written there ' California Disneyland'..Ape lagi, malam tue, saya pun pakai la shirt tuh, memang cantik lah pun kan..hehe..

Pastu nak dijadikan cerita pulak, abang fasi yang hensem nie kena amek kumpulan saya untuk untuk LDK. Then dia tanya, kenangan paling manis semua orang..
Haa, sejak azali lagi kan saya suka jadi lain dari yang lain, ape lagi, dalam hati mula memikirkan apelaaaa nak cakap nie..then..jeng jeng jeng..

"Hmm..kenangan manis saya ialah pegi Disneyland dengan family saya, tak pecaya tengok la baju saya nie..nampak tak dia tulis California Disneyland.."

hahahaha..jap jap..belum habis lagi..

Abang hensem pun tanya lagi sebab dia macam dapat hidu yang budak nie macam kaki merepek ja..hahah..

"Pergi beli apa kat Disneyland?"

 Saya jawab..

"Emmm, tak beli ape pun, beli satu shirt nie aja..hujan kat sana...duduk dalam hotel ja"

Hahaha..memang kering sungguh la cik farhah nie menipu..
Balik rumah cerita pada Pa dan Ma dengan bangganya, pastu, dengan kurang bangganya Ma n Pa bagi ceramah free yang bertajuk "Ma n Pa Tak Penah Ajar Anak Menipu" 

PADAN MUKA!!

Hmm sekarang ni pun masih suka menjadi lain dari yang lain, tapi dah insaf dan matang, dah tak guna taktik tipu dan kotor macam masa kecik dulu..kihkih...

2. Pergi mandi sungai
Hm boleh pulak saya larang murid-murid saya pergi mandi sungai sebab takut air bukit turun mengejut, dahlah musim hujan nie. Punyala saya reka cerita tragis sampai ternganga-nganga depa and nampaknya macam berjaya yakinkan depa jangan mandi sungai, takut lemas. Habislah parents yang plan nak bawak my pupils pi mandi sungai. Kids always believe the teachers more kan? kan?..Haha..

3. Nak bersunat
Ada ramai juga yang nak bersunat. Ada pula yang sorang nie, dah bersunat tapi nak sunat lagi. Hm, nak curi perhatian cikgu Farhah punya kes la nie, sebab saya duk nasihat yang belum bersunat ja..jelous ek..ala keshiannya..huhu..Ada pula yang sempat buat muka herot sambil tanya betul ke nak kena sunat dengan gergaji pokok??!! Subhanallah..kesian la budak-budak nie. Senakal-nakal saya mengenakan budak , tapi bila bab2 yang melibatkan kesakitan nie, sungguh saya tak sampai hati tau..

Haritu baru sound my brothers. Boleh pulak pegi promote kat my 7 years old cuzen yang semangat nak naik kuda pergi sunat kat sekolah agama, tetiba patah balik, tak jadi pergi.. sebab my brothers said to him that kena sunat macam sembelih lembu. Kebetulan my cuzen nie pulak pegi tengok masa sembelih lembu raya haji ritu..alahai..memang my brothers kena Bunker Buster dari saya la lepas tue..kesian Haikal..tak dapat laaa lagi duduk saf depan Haikal oi...hehehe..Takpa, nanti Haikal sunat Kak Ah bawa tengok Dinosour lagi ohkayy~~

4. Duduk rumah buat kerja sekolah teacher Farhah bagi..
Fuh, luluh hati saya bila dengar ayat nie..macam sungguh disayangi..memang dasar cikgu cepat perasan, nak buat macam mana kan..haha..

Inila some of my kids' plan. 

Plan cikgu Farhah pula macam mana ya?

Apa-apa pun..siapkan kerja dulu!
Happy Holidays pals ;)

Wednesday, May 18, 2011

Speechless.

Salam aleik.
Hie :)

Since yesterday, my mind kept telling me that i should be driving earlier to school today.
Oh yes, the 'intuition' was so alarming and the urge was so darn genuine to tell you.
But i ended up ignoring the 'thought' and still, i proceeded to school at usual time, 6.45 am.

**

It was an ordinary drive for the past 10 minutes.
Then something 'expected', unexpectedly happened.
I saw a huge black smoke rising about 500 meters ahead of me.
The first thing that crossed my mind was, the yesterday's thought that i ignored.

**

I  called my colleague, asking her to find a replacement teacher since i had to supervise the Year 3, today is their exam,just in case im late.

 **

I finally drove beside the combusted car. The firemen just arrived and extinguished the blazing fire. It was a Kelisa; already reduced to ashes. In my heart, i prayed that whoever in that care is safe. 

**

Later on, I was on the bridge and i should be not later than 7.15 am there if i wanna make it to school before the bell rings. I looked at my watch, it was 7.25 am. I was late definitely.

All at once, the traffic became slothful again.

200 meters in front of me was an old man lying with blood covering his creamy shirt, waiting for the paramedics to carry him into the ambulance. I can't describe the feeling then, my whole sympathy goes to that old man. I really hope that he's going to be fine.

**************************

Dear Readers....

Have your thoughts overpowered you and you abandon them halfheartedly eventho they cause you fire in you belly?
Well that's what happened to me this morning. 
I could feel that something was urging me to follow the instinct of starting my way to school earlier.
And i ignored that 'feeling' tepidly.
And i was struck by what happened to me today.

**




Which one will do more good?
Listening to your heart or following what's in your mind?

 

Tuesday, May 17, 2011

When mouths close, it's because there's something important to be said..


I love..

Tulips. They put me in total merriment. Always..




Bad hair day. It tells me that it's okay to make 'unplanned' mistakes, realize thereafter and still smile..




Colourful pillows. They make me wanna dig in for a breathing space here with my reading on The Witch of Portobello.





Colourful macarons. They enlighten me on ways that i can take in plotting my pilgrimages. First impression is forever admirable, just like the colours of these macarons, although they can be destructive and makes you ill. Same goes here; the enchanting gateway that you choose at first, has the possibilities to hurt you as well..





The being of eyes. They tell me things that i need to know without knowing..




Colourful umbrellas. They tell me that the pain will go away and find ways to settle down eventhhow it has stayed with you for a huge period of time. Just like the umbrellas, maybe they were stuck before the wires and ropes just like in this picture. But i believe, the pain will be 'free' sooner or later. It's just the matter of time..





Grandmothers' smile. They tell a lot of stories and portray huge sincerity which people nowadays lack of. I need these smile to purify the negative and the bad intentions in my life..





Sunshine pouring down on the Creator's creations. It tells me to hold on with the scores of good deeds and still  live my life like there will be no tomorrow..

InsyaAllah.
Rabbi Yassir Wala Tuassir.

Sunday, May 15, 2011

Revealed.

Salam aleik.
Hie Readers :)

Sometimes, saya suka berfikiran vice versa.
Yes, bila orang kata A, saya kata B, bila orang kata B, saya mula nak pertimbangkan tentang A tadi.

Pelik kan?

Mungkin saya seorang yang suka mencabar kemampuan diri saya.
Saya tak suka berada di takuk orang kebanyakan.

Selfish kan?

Contohnya begini.
1. Bila saya dengar my colleagues merungut tentang murid yang dah tak ada harapan, nakal dan perangai ala-ala bouncer in da house, oh saya sangat tak bersetuju.
Dalam diam, saya akan cuba approach those kids dan bimbing mereka. Simpati saya melimpah ruah akan surely jatuh pada mereka.

2. Bila saya dengar kawan-kawan saya merungut tentang kekalutan dan kesusahan sesuatu, saya sungguh tidak bersetuju. Saya sangat terpanggil untuk make them bark up and show their real potential eventhow they deny them throughly.
I will try my very best to make them do so. Tapi bila situasi sama melanda saya, hanya sesetengah orang yang dapat meyakinkan saya untuk membuat sesuatu.
Hanya sesetengah orang yang dapat meyakinkan saya untuk mengubah keputusan saya. Believe me when i say 'sesetengah'. Sebab, walaupun i sounded and looked like im agreeing with you, just don't buy it.Sometimes i just don't..

3. Bila ada orang recommend  products yang sememangnya diakui terbaik punya oleh orang ramai, im like..err, nevermind, biar saya search sendiri what i think is the best for me..degil.

4. Bila tak ada orang nak layan salesman/salesgirl and sanggup buat muka tebek bila diapproach, ha, sayalah orang pertama yang akan melayan mereka dengan sepenuh hati. But if i saw my friends were lead to believe what the salesman said, ohoo, i would be the one yang akan questions their stands and explanations. Eww..dengki!

5. Dalam berfashion, i have my own opinion. I will definately go with the IN trend, but i will do it my way..

Hmm..ada banyak lagi kecomotan dalam perangai saya ni. These are some. I have to fix this. If you think that im being ridiculously ridiculous, and this is not the right frame of mind that i'm carrying, can you please guide me so that i found my AHA MOMENT and change? I'm sorry for being such a hard-headed girl..
http://www.emocutez.com

Let's change toward positivity.
Let's help each other.
Don't be scared of your mistake.
Don't be scared to admit that your are imperfect.
Oh, i dedicate Pink's song, Perfect to all of you.
http://www.emocutez.com

Contagious Happiness!

Salam aleik.
Okay..
My girlfriend called me and shouted..
'Weiii paaaahhhh, guess what! He dedicated this song to me!!'

And im like..
"Apadia?? Aww, that's oh so awwwsoomeee! Hmm..so jangan sedih-sedih lagi ye, he loves you la tuh..hope that you'll really be his one in a million! (hope so) hihi..kidding..jangan marah ye!

Tak lama lagi nak kopak kopak gibing gibing (kompang) la niee..i wanna be your flower girl in pastel ohkay!! Sponsor pleaseee! hehehe
Love you girlfriend ;)

Oh in case you all semua nak berkongsi happiness my friend yang tak habih-habih dok renyih lagi tuh i bet, niela lagu dia..Neyo-One in a million..one of my favourite track as well. Neyo and the dance, uh deyyy, sangat cooooolll..! Upbeat!


P/S : Saya doakan semoga kita semua akan berjumpa dengan our One In A Million, mudahan Allah izinkan dan pertemukan dalam waktu yang terbaik..insyaAllah :)

Saturday, May 14, 2011

Lady Driver vs Man Driver

Salam aleik.
Ellow ;)

Okay, saya tak habis rite buku budak pun lagi, tapi sebab rindu nak membaca scribble sendiri (perasan lah oi) kat blog ni, jadi, ada satu isu yang saya nak brought up. Tentang Lady Drivers.

Ada lah seorang kawan saya ni. Lelaki. He's a very chauvinist guy. Sangat sexist bila bercakap tentang Men vs Women nie. Memang asyik perempuan saja yang akan di downgraded. Lelaki tak pernah kalah beb!

Okay, tetiba saya teringat semula perdebatan kami suatu masa dulu. Sebabnya tadi, terserempak dengan seorang pemandu lelaki yang err..takpelah..

Kawan saya ni selalu cakap yang Lady Driver nie sangatlah irritating. Pastu loves honking and triggering the men' ego bila driving.

Oh, untuk pengetahuan semua, saya membahasakan diri saya 'hang' dan 'aku' dengan kawan saya ni. So maaf if these would sound harsh ek.


Memang tak pueh ati den mendonga komen-komen bigot mamat ni. Nasibla saya dan dia dah biasa laser melaser between each other, so xla terasa ganaih sangat.

So my reply to him was..

Hoih, yang hang sexist sangat nie pasaipa. Hang dengaq nie..

1. Kalau perempuan bawak keta berhemah, hang kata skema.
2. Kalau perempuan bawak keta laju, hang kata tak sopan betul, xleh buat bini.
3. Kalau perempuan honk kat laki, hang kata eh kecohhh laaaa perempuan ni.
4. Kalau perempuan bawak slow, hang kata 'hmmm pompuannn, camnielaa...'
5. Kalau perempuan bawaq loklaq, hang kata 'wuih, dah lama hidup ke adik manis!'
6. Kalau perempuan gayut masa drive, hang kata 'tak menyempat2 nak gayut, balik la babe!
7. Kalau perempuan parking semberono, hang kata 'hoih, nak parking gegeh pi paking depan umah seniri!'
8. Kalau perempuan suka chip in masa traffic jem hang kata '&!%!@8@^$^*!!!'

Tapi kalau hang yang buat camtu? Haaa..nah..hang amek balik suma yang hang kata kat ataih nie no..Sharing is caring..teheee...

Hehe.

Bukan apa, kadang2 we people love to make our own generalization. Bukan semua begitu..Jadi, widen up your scope of thinking. You too Farhah, sila apply yee..jangan cakap tak serupa bikin.

In Saudi Arabia, women are restricted from getting a driving license. Setuju?


Tiba-tiba agak feminist hari ni.
Penangan lagu Destiny's Child- Survivor kot
No offence semua :)

Monday, May 9, 2011

Don't smoke and wear slick pants, you'll get me laughing again..kihkih..

Salam aleik..
Hellowwww ( i sounded happy don't i?)

My day was fulled with pending job.

1. PPSMI Minute
2. Kelab Guru Minute
3. Books to correct (they can fill up 7 kg washing machine to tell you)
4. School's website
5. School's profile
6. Sukantara Practice
7. Pile of clothes to fold and iron (reject kalau ada bakal mak mertua baca)

Okay, guess what, i was just back from school. I forgot to lock the library and the doors were wide open as thow they were like saying "WELCOME TO SKBG LIBRARY..TEACHER FARHAH FORGOT TO LOCK US TODAY, SO WE CAN PARTY TILL DAWN BEBEH..YEEHUUU!" . haha
(please forgive my untamed imagination).

Yup, i rushed back to school and begged for the guard to accompany me to the library since my Headmaster just 'leaked' some spooky fact sounded like this..

"Hmm, especially time-time senja atau Maghrib, berjaga-jaga sikit, ada 'sumone' yang berjubah kat sekolah kita nie..lepas tue, ada ramai 'murid' yang suka belajar dalam kelas kita bila kita tak ada.."

And guess what, the guard 'generously' throw out some facts about that as well and she finally stop when i said..

" Ok Ok, saya picit mulut awak nanti, jangan cita dah!diaaaaammmm (sambil tutup telinga)"
She laughed out loud at me!
Thanks yaw!

Finish about that.

I was on the way up to my house, inside the lift. One dressed to kill guy,with a cigarette between his fingers pop-out out of nowhere and stepped inside the lift as well. 

EWAH-EWAH
What do you expect? 
Inhale your secondhand smoke?
I'm an air recycled conditioner ke hape?
 
I just carry on with a 'straight' face.
Takpe..takpe..
Suddenly, when he reached the 3rd floor, to his house i guess, the lift did open. But it just didn't have mercy and all of a sudden it closed back, banging and smacking him well! haha 
(hoih jahatnya gelak..maaf..maaf..TER..hehe)

Oh, his cigar was merciless as well and it landed on his flair and slick pants to tell you readers..Uh la laaa..Ok ok..i still have the heart to ask politely..

"Err..are you okay there(dengan senyuman paling maneh)?"

"Oh yeah! Im good?"

"(good for you..dalam hati cik farhah berkata..)"hehehe

Rasa sungguh jahat lah today.
hihihi

Maafkan saye, teng teng teng teng, maafkan saye, maafkan saye!
(tone lagu P  Ramlee ye readers..hihi)

Sunday, May 8, 2011

Every thougt i have, Allah knows..

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows


Thursday, May 5, 2011

Can you really see me?

Salam aleik.

Well, did you put a spell on me 'till i can't open my eyes and accidentally fall asleep during the meeting?
Did you hypnotize me and make me go blank since i left my food at the counter right after paying and the Makcik make tracks out of chasing me to give me back my food?
Are you working on something abracadabra and make me go groggy dizzy woozy smelling my own perfume and shower cream?
Are you planning on pangs and cracks on on my legs since i can never be still at work and it's like i'v walked 10 000 steps a day?

Oh stop it Farhah. 
You just need a rest since you are darn tired. 
Tak payah nak kecoh buat muka dan tulisan kesian kat sini ya.
Ada sesiapa pity me?
-Takdak pon-
~~

Okay, this song did gave extra help to overcome my hopeless rest.
One of my favourite band.
The Corrs.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...