Hie Readers..
Kali ni saya nak bercakap tentang jodoh.Teng teng teng teng teng teng teng..ape nie? Oh, ini lagu soundtrack Star Wars. hehe..
Okay, umur saya dah 25 tahun. Papa saya masih anggap saya macam anak kecil dia. Masih suka tanya saya dah makan ka belum. Masih suka suruh saya tido awal. Masih mahu ambilkan bantal dan toto kalau saya main belasah ja tido bersepah atas carpet atau atas lantai. Masih suka marah saya kalau saya suka mandi malam-malam. Selalu akan belikan bekalan madu lebah pada saya agar saya sihat dan tak selalu sakit. Masih risau kalau saya mula buat muka Bluehyppo tertinggal kapal terbang dan terus berkata..
"Kaaak, cepat makan ubat!"
Mama pula memang ada telepati yang cukup kuat dengan saya. Saya tak perlu mengadu pada dia jika ada masalah, she will always know when and how to ask. Macam ada pasang CCTV pula. huhu..
Saya masih anak kecil kah?
***
Okay. Berbalik pada topik saya. JODOH.
Kenapa jodoh saya belum sampai?
Bila tengok kawan-kawan kahwin, kawan-kawan take cute pictures with their spouse, kawan-kawan in love with their babies..haih, makes me wonder, apa yang terselindung disebalik rancangan Allah pada saya? Mana pergi jodoh saya? Kenapa Allah belum buka peluang saya untuk melangsaikan separuh lagi hutang iman yang hanya akan dapat disempurnakan setelah berkahwin?
Saya terus berfikir dan berfikir.
Selalu saya menangis pada Allah memohon simpati dan kekuatan agar saya tidak berputus asa. Kadang-kadang terasa begitu penat dan mahu berhenti dari semua.
Semakin saya berusaha keras untuk mendekatkan hati ini dengan Allah, semakin hebat ujian dan rentetan tugasan yang Allah hadirkan bersama.
Allah tidak sudi menemani saya lagi?
Astaghfirullah..kejam sungguh saya meletakkan prasangka sebegitu kepada Cinta Hati yang seharusnya berada di tempat teratas dalam hati saya.
That one not so fine day make me realized why.
I finally found the connection between my never ending workloads and the amazing plans that Allah had prepared for me.
Jika apa yang kita minta, tidak Allah kabulkan, akan Allah gantikan dengan sesuatu yang tidak kita duga, dan mungkin yang lebih baik buat kita..and we never know that..Subhanallah..betapa kasih sayang Allah tidak pernah jauh..Allah..
Allah berikan saya kerja yang tak pernah habis sebab Allah nak saya belajar menguruskan diri saya. Kenapa kerja bertubi-tubi?
Sebabnya, bila banyak kerja, saya akan belajar untuk menyusun atur hidup saya dengan baik. Siapkan kerja sekolah dan kerja rumah pun harus siap siaga. Selagi saya tak 'berjaya' nak cope with both school's work and private life such as lipat baju, basuh baju, gosok baju dan ape2 lagi la, selagi tu Allah akan make me 'replay' the 'game', sampaila saya berjaya dan boleh proceed to the next level.
Apa kaitannya dengan jodoh?
Hm, sangatlah besar kaitannya..Kalau saya masih belum boleh mengurus diri sendiri, nak uruskan suami dan rumah tangga agak-agak boleh tak?
Mungkin sebab tue Allah 'rehatkan' dulu jodoh saya sementara menanti saya membuat 'persiapan' dengan sebaik mungkin.
~~
Kadang-kadang saya terfikir, bestnya kalau dapat kahwin muda, kalau ada rezeki boleh jadi Mummy pada usia yang muda. Boleh rapat dengan anak-anak macam 'hey yaw, we are sistas yaww, cool aite??" huhu..
Perlahan-lahan, saya mula mencari rasional mengapa masih belum sampai hajat saya yang satu ini.
Kahwin bukan suatu benda yang mudah. Bukan mudah untuk menarik diri dari aqad yang suci ini if you feel like doing so.
Sabda Rasulullah S.A.W
Maksudnya :
Maksudnya :
" Daripada Ibnu Umar r.a, telah bersabda Rasulullah S.A.W., perbuatan halal yang sangat dibenci oleh Allah azzawajalla ialah TALAK ".
( Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah )
( Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah )
Allah belum berikan peluang kepada saya untuk berkahwin dan mempunyai zuriat sebab ilmu saya masih belum cukup. Jadi, Allah peruntukkan lebihan masa untuk saya penuhkan ilmu dunia dan akhirat dengan cukup sebelum diberikan saya tugas yang lebih mencabar, iaitu menjadi seorang isteri kepada seorang suami dan seorang ibu kepada anak.
Selain itu, saya seharusnya mencuri masa yang Allah berikan ini untuk belajar tentang ilmu rumah tangga yang sememangnya tidak pernah saya ambil kisah sebelum ini. Belajar memasak, belajar bersabar, belajar bertenang, belajar berkongsi, belajar untuk memahami dan paling utama, belajar untuk bersabar...
Selain itu, walaupun saya sukakan kanak-kanak dan punyai sedikit pengalaman mengajar dan handle the kids now, tetapi, saya tak seharusnya terlalu yakin bahawa saya sudah bersedia dan mampu mengguruskan anak sendiri.
Sesungguhnya tanggungjawab mendidik seorang anak itu sangat huge to tell you. Bermula dari mendidik mereka sedari mereka dalam kandungan lagi. Setelah mereka dilahirkan, bermulalah suatu cabaran yang baru. Perilaku seorang anak perlu dicorak sedari kecil.
Siapa yang mencorak perilaku my kids kalau bukan saya sendiri? Jikalau ilmu saya secetek sekarang, mampukah saya menjawab semua pertanyaan anak-anak saya kelak yang memerlukan pengetahuan tentang itu dan ini? Mampukah saya menjadi sumber rujukan anak-anak saya sendiri? Mampukah saya memberikan contoh terbaik kepada mereka? And don't forget that kids learn by examples..mampu tak Cik Farhah?
Tambahan pula anak-anak ini merupakan AMANAH dari Allah. Allah juga telah berjanji pada kita bahawa, jika kita berjaya mendidik anak-anak dengan sebaik mungkin, cukup ilmu dunia dan akhirat, mereka inilah yang akan menjadi 'penyelamat' saya dan suami di akhirat kelak..Hebat kan?
Jadi, untuk mendidik mereka agar mampu 'menyelamatkan' saya dan suami kelak bukannya mudah. Cukupkah hanya sekadar mengajar mereka ABC dan English Grammar yang saya sendiri masih belum khatam?
Jadi, masa yang Allah berikan kepada saya kini harus digunakan untuk belajar dan terus belajar. Kalau dah kahwin baru nak belajar, agak-agak sempat kah? Nak masak lah, nak iron baju for twos lah, nak urus itu inilah, nak buat kerja sekolah lah, nak merajuk dengan suami lah, nak menghias rumah lah dan macam-macam lagi aktiviti yang ternyata akan mencuri hampir sepenuh masa kita. Betul tak? Merajuk pun ambil masa okay. Dasar mengada. Hehe. Buat apa pun semua dah kena double..ada ke masa nak sedut dan amal ilmu dengan tenang-setenangnya sedangkan itulah ilmu basic yang 'wajib' ada dalam diri kita bila bergelar suami isteri dan ibu-bapa kelak?
~~~
Bila belum berkahwin, boleh buat apa saja bersama Allah pada bila-bila masa. Bukan maksud saya bila berkahwin Cinta kepada Allah harus beralih kepada suami. Tak ye..Maksud saya, sebelum berkahwin ni, kalau nak baca Al-Quran sehari 10 kali pun boleh, nak solat taubat setiap kali solat fardhu pun boleh kecuali selepas Subuh dan Asar , nak wirid panjang berjela sampai tertidur pun boleh, nak bangun malam bersembang dengan Allah pun boleh, nak berteleku meminta pendapat Allah sehingga rasa yetul-betul yakin untuk bangun semula pun boleh..pendek kata, semua pun boleh..
Tapi kalau dah berkahwin, semua ibadat sunat yang nak dibuat harus dipastikan tidak membelakangkan suami, harus dipastikan tidak menimbulkan ketidakselesaan dan ketidakpuasan hati suami..Agak-agak tengah syok melagukan ayat-ayat dari kitab Allah, tiba-tiba suami dah balik kerja..takkan nak sambung kan?
Jadi, Allah bekalkan masa kepada saya untuk mengambil kesempatan ini untuk berkhulwah dengan Nya, dalam kata lain, menambahkan 'bekalan' bahu kanan saya untuk dipersembahkan kepadaNya suatu hari kelak..
'Ingat lima perkara sebelum lima perkara, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua, LAPANG sebelum SEMPIT, hidup sebelum mati..'
~~~
Bila belum berkahwin, boleh buat apa saja bersama Allah pada bila-bila masa. Bukan maksud saya bila berkahwin Cinta kepada Allah harus beralih kepada suami. Tak ye..Maksud saya, sebelum berkahwin ni, kalau nak baca Al-Quran sehari 10 kali pun boleh, nak solat taubat setiap kali solat fardhu pun boleh k
Tapi kalau dah berkahwin, semua ibadat sunat yang nak dibuat harus dipastikan tidak membelakangkan suami, harus dipastikan tidak menimbulkan ketidakselesaan dan ketidakpuasan hati suami..Agak-agak tengah syok melagukan ayat-ayat dari kitab Allah, tiba-tiba suami dah balik kerja..takkan nak sambung kan?
Jadi, Allah bekalkan masa kepada saya untuk mengambil kesempatan ini untuk berkhulwah dengan Nya, dalam kata lain, menambahkan 'bekalan' bahu kanan saya untuk dipersembahkan kepadaNya suatu hari kelak..
'Ingat lima perkara sebelum lima perkara, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua, LAPANG sebelum SEMPIT, hidup sebelum mati..'
~~~
Jadi, sememangnya setiap apa yang Allah berikan kepada kita tidak pernah diberikanNYA dengan sengaja dan tidak bersebab kan? Susunan Allah sudah cukup indah. Carilah apa hikmah yang Allah sediakan di sebalik semuanya. Namun sememangnya bukan mudah..tetapi tetapkanlah di hati bahawa Allah akan menggantikan segala yang diambilnya dengan sesuatu yang akan membuat kita tersenyum kembali. Dan ingatlah, segala-galanya sememangnya milikNya, jadi Allah mempunyai hak yang mutlak ke atas semua yang kita 'miliki'. Dia berhak mengambil kembali segala yang dipinjamkan kepada kita. Dan kita juga adalah hak mutlak Allah SWT. Siapalah kita untuk mempersoalakan ketetapanNya..Dan kita sememangnya layak diuji olehNya. Kita hanyalah hamba yang sangat kerdil yang hadir dengan keizinan dan rencanaNya..Kita sememangnya hadir untuk diuji olehNya. Betul tak?
Jadi, mulai sekarang, i will TRY MY VERY BEST to carry on positively eventhow saya akui akan ada juga hiccups dan hari down down down down down buat saya. hehe. Kita manusia biasa kan, tak mugkin semua berlalu dengan perfect. Sedangnya muzik pun hadir dalam nada major dan minor, bau pun ada yang wangi dan busuk, makan pun ada yang sedap dan tidak, daun pun ada yang hijau dan kuning, haa sudah sudah..heheh..
What im saying is that, our life comes with a package.
Ups and downs.
Jadi, saya akan terus sabar menanti jodoh saya. Mesti dia pun tengah buat persiapan macam saya juga kan? huhu..Moga Allah memberi petunjuk dan bimbingan kepada dia juga; sebab tanggungjawab dia lagi besar, harus memimpin keluarga, dan membimbing saya yang macam bawak keta lesen tak pas nie..kihkih..
Akhir sekali..
Cekalkan hati.
Sayang Allah.
Sayang ilmu.
Sayang diri.
Sayang parents.
Sayang adik-adik.
Sayang saudara.
Sayang kawan-kawan.
Sayang guru-guru.
Sayang binatang.
Sayang tumbuhan.
Sayang semua.
Jom positif!!
InsyaAllah..
Jom doa sama-sama..
Ya Allah, permudahkanlah kami untuk dekat dengan Mu selalu. Berikanlah jodoh yang merupakan teman terbaik kami di dunia dan akhirat...Tetapkan hati kami di jalan yang sentiasa diredhai Mu. Bimbing kami untuk menjadi redha dan pinjamkanlah penyelesaian yang terbaik dalam setiap ujian yang Engkau berikan..Amin..:)


13 comments:
yes of coz..
ade sijil nikah blom?
XD
p/s:punye pnjg post byk nie jer aku bls..mmg sah terer bab buat rumusan kn..
taken from somewhere..."Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan..... Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik"...so sister, sma2 la kita membuat persediaan kearah itu...inshaALLAH... :)
I LOVEEEEE this entry very much!!
schweeettttt, cik farhah nih bemadah2 jgk ye hikhik. iA smoga dipermudahkn segala urusan :)
insyaAllah..same2 ye kite cik farhah!
paah..sy sukaaaa sgt :)..keep on writing my dear
There are things that even money, desire, and logic can't fulfill at once, instantly. Such things are beyond our control and ahead of our planning. Sure we hope, plan, pray, strive, and Allah knows best...
All in all, never turn yr back to God. Nobody said it was easy.. (I say it's a puzzle) but life's worth living through good effort.
Dia kata : "Semakin derita menghimpit kita, semakin dekat rahmat menghampiri kita" - Nur Amina.
amin.
All in good time, Kak Paah dear ;)
Salam..to all my dearest friends, it means a lot when you were in favour on making the huge effort to read my humble entry here..Thanks so darn much! Hope that our life will be enchanted with amazing plans from Allah Swt..Amin~ Lotsa love from me to all of you! =)
wah entry yg mendapat sambutan ;)
Faha, I'm sure you will embark on that ride of life sooner or later. Because you of all people, I think would make a pretty good mother. :)
Alololo syafa, kenapa bg comment sweet nie, kan saya dah aw aw kat cni..hehe..thanks syafa, u wud make a good friend, sister and mother as well..sebab pe tau? sebab kita have the power to nag all day long!!tehee..org lain takde kan? lalalili..
Post a Comment