Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, June 30, 2009

Bau dia best :)

Salam aleik ..hie dan ellow semua..

Tengok baby sungguh menenangkan, seronok and makes you wanna have one kan? kan? :)

Seriously.

Tangan dia, mata dia, jari dia, bau masam dia, pipi dia..semua tentang dia..semua best..cakap dengan dia pun best..

Siapa nak suruh saya jaga baby, boleh contact saya at anytime, kay?

(^_^)

Monday, June 29, 2009

Ini atau Itu?

Salam aleik.

Dalam dilema.

Berpantun yang merupakan minat dan sungguh amat teringin untuk menyertai KAGUM Pantun IPGM, ataupun, PRAKTIKAL yang sangat membizikan dan memeningkan dan tambahan pula ini merupakan pratikal final.

Mana satu harus FarhahNur pilih?

Jika menolak pantun, mungkin takkan ada lagi peluang untuk menyumbang dalam arena yang amat dicintai ini.

Jika pergi berpantun, harus skip praktikal final ini selama empat hari dan mungkin akan memberi sedikit impak dan masalah di masa akan datang.


('__')
Bantulah diri ini wahai Yang Maha Mendengar dan Yang Maha Mengetahui yang terbaik buat diri ini. Segalanya ku serahkan padaMU wahai Ya Rabb.
~~~~~
Kawan-kawan pun doakan saya ya? ya? ya?
___________

Sunday, June 28, 2009

Dari rupa turun ke hati??

Salam aleik dan ellow ;)

Baru sebentar tadi, FarhahNur dan Gobes dengan tiba-tiba 'terbincang' topik dan subjek tentang cinta. Bukan mengenai cinta hati masing-masing kerana begitu jelas dan nyata kedua-duanya masih di alam Tom and Jerry, Totally Spies dan Teenage Mutant Ninja Turtles. Oh, ini senarai katun kegemaran sebenarnya. hihi.

Berbalik kepada topik asal, tentang cinta.

Kami berdua ada terbaca satu artikel tentang Si Guy yang sudah lama meminati Si Girl yang sememangnya sudah punyai seorang kekasih hati yang sungguh amat sangat kacak dan kaya. Maksudnya, Si Guy hanya memendam rasa dan menghalang dirinya dari mendekati Si Girl hanya kerana Si Girl sudah berpunya. Namun, setelah Si Girl memutuskan hubungannya dengan kekasih hatinya yang 'kacak dan kaya tak habis' itu, Si Guy mula rapat dengan Si Girl dan hampir pasti memiliki hati Si Girl. Dan..Si Guy mengatakan bahawa..

Dia sudah lama meminati Si Girl namun hanya diam-diam kerana Si Girl sudah berteman mesra. Tapi sekarang, Si Girl sudah single..Si Guy terus mengorak langkah dengan tagline 'Jangan Pandang Belakang'!
~~~
Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, Si Girl ini sangat sangat sangatlah cantik, jelita, ayu, menarik, slim, tinggi, agak sexy, sungguh gebu macam Snow dan berambut lawa..
*

Well, on the outside, i bet she'll definately get a perfect score from the guys especially and not forgetting the girls as well!
*
Jadi kesimpulannya, Si Girl sangat cantik.
*
Apa yang membuatkan dua orang gadis yang 'takla bape cantik sangat tapi sentiasa perasan diri mereka sungguh lah lawa' iaitu FarhahNur dan Gobes ternganga-ngaga memikirkan jawapan ialah...
~~~~
Tanpa mengenali hati budi Si Girl, Si Guy sudah mula meminati dan jatuh hati pada Si Girl. Hmm..
~~~~~
Kami berdua masih tergaru-garu kepala yang dilitup telekung ketika mahu menanti azan Isyak berkumandang sambil bersila di atas sejadah DAN sambil berfikir sambil memasang silencer tanpa ada mentol yang bernyala di atas kepala..
TING!
Mungkinkah lelaki mudah jatuh hati dan terpikat pada rupa? Mungkinkah dari rupa turun ke hati? Atau kedua-dua gender sama sahaja?
Anda ada jawapan?

Friday, June 26, 2009

Perbualan misteri ! '__' !

Salam aleik ;)
Kisah di bawah adalah berkenaan dengan perbualan telefon seorang Ibu dan Anak Betuahnya yang identiti mereka diconfidentialkan.

Bonda
Helloooowww..Assalamualaikum..(dengan tone Minnie Mouse yang selalu dibuatnya...heheh)

Dia
Waalaikumsalam..Ma dok buat apa tue??

Bonda
Hm..besala, duk melawat kawasan dalam ghumah nie..haghi2 tak abeh2 melawat kawasan..DO la katakan..takdak class ka ni call nie?

Dia
Ehem, duk class la ni..

Bonda
Ha, ni mesti ada story baik punya kan? Takpun nak bagitau dah jumpa calon menantu idaman untuk Ma??

Dia
Ehem. Menantu takdak. Kutu pun takdak..Putu mayung pun takdak..Maaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Bonda
Ha, habehla diriku ini..pangei manja manja miaw ni mesti nak mengayat ni..apa mau??

Dia
Maaaaaaaaaa, kalo Ma freeeeeeeeeeee, tolong amek sijil SPM Tut kat skolah leh daaaaak?? Plisssssssssssssssss...

Bonda
Apadia??? Sijil SPM?? Dah bopa taun dah abeh SPM??

Dia
5 dah Ma..

Bonda
(tiba-tiba tone romantik Bonda bertukar menjadi seperti suara raksaksa yang kelaparan dan kepanasan dan kehanginan dan macam2 lagi yang menggerunkan) Ha! dah nak boleh menikah dah baghu nak kalot amek sijil SPM! Ni yang nak besilat ni!

Dia
Erk..mana ada nak menikah Ma, baru nak posting ja..Tapi kalo Ma ada calon, esok gak Tut balik menunaikan hasrat Ma tau..aww!

Bonda
Ha! Menjawab! Ku siku macam mak Sinchan nanti!

Dia
Eh dak dak..Ampoooooooonnn..Maaaaa..bleh la, amekla sat na..bleh ek? ek? ek? Nanti Tut bagi duit minyak angin..ekkk?

Bonda
Haih..orang baru ja nak tengok Upik Abu dan Laura satgi..Kacau la!

Dia
(sambil tersenyum simpul dekat telifon) Tq maaa..muwah muwah mwah..hepy mothers'day..! Coz ur d best mother in the woorrrrllldd..kuci kuci..hehe

Bonda
Mothers day taun lepaih na! Harini Hangin Day! Siap balik ghumah nanti!

Dia
GULP...!

~Tammat~
p/s : yang penting dapat sijil SPM..lala..hikhik! apa yang pentingggg..KERJASAMA!

Wednesday, June 24, 2009

Rindu Untuk Yang Dulu..

Salam aleik..
Ellow :)

Tadikan, tiba-tiba saya teringat dekat beg sekolah saya masa kecik-kecik dulu. Kawan-kawan semua ingat tak?


~Beg Swan, Beg Poly Pac, Beg Hello Kitty~
Macam-macam perihal dan fesyen beg sekolah kita dulu kan? Ada yang beroda, ada yang betingkat, ada yang dah macam troli supermarket (?), ada yang macam raga mak-mak kita pegi pasar pun ada tau..hehe..
*
Kalau sampai saja akhir tahun, bab nak memilih beg sekolah ni la yang paling saya nantikan. Tapi, tak semua tahun saya dapat beg sekolah baru..Kadang-kadang tu memang teringin nak yang baru, tapi saya cakap dekat Mama dan Papa..
*
"Takpalah, guna yang nie dulu, elok lagi"
@
"Takpalah, Pa tak payah bayaq, Ah guna duit seniri pun takpa"
*
Saya bukalah hadir dalam keluarga yang mewah, namun, Papa Mama saya sentiasa mencuba memberikan yang terbaik buat kami adik-beradik yang nakai dan belemoih (ni bahasa utara, teka apa maksudnya..hehe) ini. Hinggakan kami tidak kisah jika unsur material yang kami terima, tak se-gah atau se-cantik atau se-vouge kengkawan yang lain. Sebab itu saya dan adik-adik sangat simple dan tidak kisah jika perlu memakai beg sekolah kami bertahun-tahun lamanya :)
*
Kawan-kawan nak tahu tak, dulu, saya paling suka beg sekolah Poly Pac yang Papa Mama belikan sewaktu saya di Darjah Tiga.
Beg tu, warna hijau dan kuning dari material macam ala-ala sintetik 'leather'..lepas tue, dekat poket kecil di depan beg ni, ada gambar mak singa tengah berehat dengan anak-anak dia. Bila kita tumbuk muka mak singa ni, mata dia akan bernyala dengan warna merah! Cool kan?? hihi..
*
Saya ingat lagi, Puan Wee yang ajar saya Matematik masa tu pun teruja tengok beg saya! Ape lagi, saya pun dengan sepenuh hati menumbuk-numbuk muka singa tu untuk impress Puan Wee. Hasilnya, Puan Wee tanya saya beli dekat mana sebab dia nak belikan untuk anak dia! Weeee..seronok ooo..kembaaanng!hihi
*
Tapi, kadang-kadang, tak best pun ada. Bila saya bawak beg ni, kawan-kawan saya suku tumbuk beg saya. Sebab nak tengok mak singa ni keluarkan mata merah dia..Selalu saya tekejut..Kadang-kadang tu, saya hampir nak terpelanting jatuh pun ada..Almaklumla, dulu saya ni besar sikit pada penyapu lidi je..senang je nak melayang..lala..
*
So, kawan-kawan semua ada tak pengalaman tentang beg sekolah kawan-kawan? Mungkin ada yang lebih canggih dari saya?? hihi..perasan pula..Jomla kita kongsi sama-sama ;)

Tuesday, June 23, 2009

i love them!

Salam aleik.

I'v got new hobby.

Gazing at the stars above the skies.

Develop this while i was in the bus from KL at 9 pm and there's a young man who sat beside me and yes, i can't turn to my left since he's there and he's closed.

So, i just look out through the window and there it goes..

I didn't even know that stars are so captivating..

And yes..I am at ease just by looking at them..

:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...