Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, July 27, 2011

Jari ho jari..

Salam aleik.

How's your week dear friends?
Ada tak rasa macam jatuh ditimpa tangga?

Oh mine was macam jatuh dan digelek pulak dengan steamroll.
Haha. Hm saja gelak sebab dalam usaha nak buangkan semua aura negatif bersifat 'acidic' yang membunuh!

Okay. Pendekkan cerita.
Hari ni pergi sekolah macam relax sikit.
Dalam hati terus berdoa agar 'ketenangan' kekal.

Yes!Yahoo! Alhamdulillah, school was fine.
Balik rumah dengan bersemangat!

Lepas solat Zohor, decided untuk join Kak Farah shops for groceries. Masa nak tutup pintu rumah, punyala extra careful habis jaga jari manis saya sebab semalam setelah bertahun-tahun lamanya tak kena pisau tetiba 'tersembelih' jari dan kuku baik punya sampai darah meleleh-leleh. Memang melompat la..tapi padan muka, sapa suruh sembang sambil potong sengkuang.haha.

Ha sambung cita.
Setelah di'plasterkan' jari dengan serapi mungkin, masa nak tutup pintu, punyala dok fokus kat jari manis ni so that taknak telanggar pintu ke hape ke lalu ditariknya pintu dengan super kuat setelah diyakini takkan kena jari yang luka ni..
Tapiii..pintu tue terbuka semula..kenapa ek?

Nak tau sebab apa? Ceteke ceteka..
Oh...Bukan sebab Casper ada jadi tukang tahan pintu tu..

Sebab..
Jari hantu sayalah yang telah berjaya menjadi stopper pintu tu!
Adoiiiiiiiiiii la maaaaa oiiiiiiiiiiiii...waaaaaaaaaghhh...sakit melompat toing toing tadi!
Sempat tergelak sorang-sorang sambil bercampur sedu-sedan nak tahan sakit.
Masuk dalam lift terus duduk bertinggung dan balut tangan dalam baju dengan harapan jari manis tak sakit, jari hantu pun tak sakit.

Lift bukak baru bangun. Sebelum naik kereta, sempat tengok air terjun kat bukit belakang rumah sambil mulut ternganga-nganga sebab sangat kagum dan sangat sejuk!! Subhanallah..

Okay okay, cukupla kot.
Oh, harini beli softener baru, harap2 dapat semangat baru yang mekar mewangi..phewit! hehe

Tata. Semogsa semua dalam peliharaan Allah selalu.
Wassalam
:)

Saturday, July 23, 2011

Habuk

Kisah Spontan Bersama Habuk

Ada sekawan habuk. Tinggal di atas tingkap rumah Cik Zara. Sudah lama mereka hidup di situ. Menjadi kawanan habuk yang paling tegar. Hidup mereka bahagia. Cik Zara sibuk bekerja, tidak peduli akan perihal tingkap dan habuk. 

Resmi habuk sangat ringan. Mudah dibolak-balik jika datangnya kelibat angin sepoi-sepoi bahasa.

Kawanan habuk yang mendiami tingkat atas sudah lama dibawa pergi, mengikut kelibat angin yang kadang tenang dan kadang ribut. Namun kawanan tegar ini masih setia. Atau dalam kata lain, masih bertahan.

Suatu hari Cik Zara menangis di tepi tingkap. Berkecil hati akan kerenah rakan sekerja. Lalu jari jemarinya galak berjalan dan menari-menari di atas tingkap, di atas kawanan habuk tegar.

Maka lerailah kawanan ini. Dibawa pergi jari-jari runcing Cik Zara, dan dibawa angin setelah mereka melangkah keluar dari legasi bawah tanah yang didiami..

Sedar akan trampil tingkap yang berhabuk, Cik Zara lantas mengambil 'baby wipes', dilapnya kawasan tingkap tersebut lantas berseri. 

Tiada lagi kawanan habuk. Sisa juga tiada. Semua telah menjadi beku dek kerana resmi ' baby wipes' yang sejuk itu. Tinggallah mereka di kawasan sejuk itu. 

Dan kawanan ini terus terpisah dan membeku.


Accidental Happiness

The Perfect Pastel Distraction


Sweet..

Thursday, July 14, 2011

The Scientist

Tell me your secrets and ask me your questions
Let's go back to the start
Running in circles, coming up tails
Heads on a science apart

I was just guessing at numbers and figures
Pulling the puzzles apart
Questions of science, science and progress
Do not speak as loud as my heart

Nobody said it was easy
No one ever said it would be this hard
Let's just go back to the start..

THE SCIENTIST

Wednesday, July 13, 2011

Thanks for the remedy

Salam aleik.

Hazy day, as hazy as mine inside. Everybody and everything seems like trying to bring out the worst part of Noorfarhah binti Anuar today. 

Tak mengapa. Gagahkan diri untuk terus tersenyum.

Saya tak suka marah-marah. Saya tak suka orang marah saya. Saya tak suka marah-marah orang. Nanti saya cepat sakit. Jantung dug dag dug dag. Hati kecil jadi zarah. Lesu. Jadi saya lebih suka diam. Kadang-kadang, meletup kat dalam. Sakit tau.

Kadang-kadang tak meletup, tapi terkena tempias pada orang lain. Kesian tau, tak baik la. It's a chain reaction, rantai makanan, siratan makanan. Awak makan saya, saya makan orang, orang lain makan orang lain, orang lain pula cari orang yang lebih lain daripada biasa untuk di makan. Jadi habislah orang biasa dan luar biasa pun terkena tempias marah Noorfarhah binti Anuar.

Hebat tak penangan marah saya?

Jadi janganla suka marah-marah saya. Bila awak marah saya, saya tak boleh jadi diri saya. Sebab saya kan Cahaya Kegirangan. I'll be as sad as Repunzel and as dull as Snow White when she ate the apple and died..

Bila saya marah, haruslah saya bercakap dan makan. Terima kasih kepada you know who you are sebab sudi dengar saya memuntahkan segala yang terperangkap, terpanas, termeluat dan segala ter kat dalam hati. Saya hargai sampai rasa macam nak pergi cari tiket Liverpool vs Harimau Malaya pada awak. Tapi dah takdak..maaf ya..terima kasih anyway..huhu..

Terima kasih kepada nasi kandar, McFlurry, mexican bun dan raisin croissant yang sedap sebab bila saya telan awak-awak semua nie, neutral habis semua marah saya pada seorang hamba Allah ini.

Okay, apa yang saya belajar hari ni ialah..
kurangkan beleter pada adik-adik dan murid-murid sebab takut terbawa-bawa dan jadi sungguh menyakitkan hati macam seseorang dalam situasi tadi. Jadi, kalau Cik Farhah tak suka orang lain buat begitu, orang lain pun mesti tak suka kalau Cik Farhah buat begitu..so faham tak kenapa Allah letakkan Cik Farhah dalam situasi tadi? 

Faham cikgu..lesson learned!
=)

"Tiada Kekuatan dan Daya Melainkan dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia."

Mungkin..

Sebelum lelapkan mata yang masih segar, muhasabah diri sikit ya..

Allah sentiasa bahagiakan hambaNYA dengan rentetan cerita dan kejadian yang tak disangka-sangka kan?
Kalau Allah ambil kembali hakNYA yang telah dipinjamkan sebentar kepada kita, boleh tak kita bersedih?

Boleh..
Kerana sememangnya resmi manusia mempunyai sekeping hati yang sangat lemah apabila diuji dengan sesuatu yang dekat di hati.

Tapi..
Ingat bahawa segalanya adalah pinjaman dariNYA..hadir dan pergi segala sesuatu pasti ada sebab. Pasti ada sebab.

Jadi..
Bila Allah ambil semula apa yang kita pinjam, mintalah pada Allah agar Allah jadikan kita redha. Mintalah pada Allah agar jadikan kita sabar. Mintalah pada Allah agar jadikan kita faham dan memperoleh hikmah di sebalik rencanaNYA. Mintalah pada Allah agar diberikan pengganti yang lebih baik..Allah sentiasa mendengar..

InsyaAllah..sooner or later..kalau tidak di dunia, di syurga telah Allah janjikan..

I pray that all of us will meet there.
Please grant this wish Ya Rabb.
Amin..

Selamat Malam
Wassalam =)

Monday, July 11, 2011

You make me happy when skies are blue..

Salam aleik.

Percaya tak pada sesuatu yang sudah tertulis?
Percaya tak bahawa satu akan tetap hadir dengan dua sooner or later?

Was browing for a song, of all sudden, i bumped into Winnie The Pooh trailer! All of sudden!
Then what makes me more excited, it will hit theater this July 15, 2011! A rarely unexpected super sweet coincidence!
Last but not least, guess what's the OST for this cutie pie cartoon?
Oh no other than my favourite song that i featured in my challenge, Somewhere Only We Know- Keane!
You just make me mushy in believing the fact that we are destined to be together Pooh!
Haha.


Im smiling like until tomorrow!
You made my day Pooh!



Sunday, July 10, 2011

The White Witch

Salam aleik.
Hey ya..how's your time management people? Doing good? hehe..Oh, yes, okay, sorry, not that i'm here to waste  more seconds and minutes that already wasted in my life. But, writing is such a huge pleasure and escapade to me, so i need this to get myself tranquil..sudahlah..heheh..

Know what, i did some girl talk with my girls the other day. We were looking at the Courts catalogue and we can't stop going gaga over the price and stuff there...I felt  for one of the bedroom set that sold for half of the price and it's white you all! Just in case you guys do not know that i'm a big fan of WHITE when it comes to furnitures and house decoration..sibuk ja nak bagitau tak tanye pun..eh sukahati la..hehe..

Ok ok..cut short. One thing that will never fail to capture my attention is..


a white themed living room with a white bookshelve and lotsa other white stuff and i'll be the happiest girl to stay put in this living room dan rasa sangat hebat macam The White Witch Narnia..hehe..

Okay, i'll stop now although i'v got a lot more to say when it comes to house decoration..haha..
Tata people ~ ~

Saturday, July 9, 2011

ICU

Salam aleik.

Okay, woke up with super headache sebab tidur tak tutup lampu dan TV. Fine, dasar penakut. Then, bazirkan masa dari pukul 8 pagi sampai 11 pagi depan TV just for the sake of malas nak bangun dan ambil kunci kereta ambil buku my pupils untuk semak. Fine. 

Minum Milo dan berpegang pada kata-kata bahawa Chocolaty drinks will   make your mind and body at ease dan kengkononnya haruslah 'berehat' sebab Milo kan chocolaty..dalam kata lain, tidur. So dengan tak bersalahnya, tidur. Fine. 

Then, pukul 5 tadi, punyalah semangat nak semak buku, tetiba terfikir pulak yang lama sungguh ish ish tak tengok blog pun..online pukul 5, tapi pukul 6 baru nak update blog. Yes, here I am now. Rindu tak? Tak rindu? Fine..haha..

Ok, this is not fine actually people.
Gimme some extrinsic motivation please!
I just don't know how to appreciate my time!
Kalau prioritizing skills nie is one of the diseases that can be cured in  hospital, i might be there in the ICU!
I just need the 'intensive care' la people! Pathetic pulak bunyinya...

Okay..okay..now i'm gonna start correcting my pupils' book. Please pray that i'll finish them and stop giving excuses like eh rabbit belum makan, eh, nak kuar siram bunga rose mama yang dah nak mati tu, eh nak errr..sudah sudah! OUUTT!

Sempat lagi upload this picture sebab teringin nak mandi laut..Mimpi apa la take picture buat peace nie, sungguh tak IN la kamu ni.haha..oh, tarikh tue abaikan, nie hujung tahun lepas..bukan 2007..apela punya turrr tuan camera nie..
 Cepat semak buku!!
tata~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...