Kisah Spontan Bersama Habuk
Ada sekawan habuk. Tinggal di atas tingkap rumah Cik Zara. Sudah lama mereka hidup di situ. Menjadi kawanan habuk yang paling tegar. Hidup mereka bahagia. Cik Zara sibuk bekerja, tidak peduli akan perihal tingkap dan habuk.
Resmi habuk sangat ringan. Mudah dibolak-balik jika datangnya kelibat angin sepoi-sepoi bahasa.
Kawanan habuk yang mendiami tingkat atas sudah lama dibawa pergi, mengikut kelibat angin yang kadang tenang dan kadang ribut. Namun kawanan tegar ini masih setia. Atau dalam kata lain, masih bertahan.
Suatu hari Cik Zara menangis di tepi tingkap. Berkecil hati akan kerenah rakan sekerja. Lalu jari jemarinya galak berjalan dan menari-menari di atas tingkap, di atas kawanan habuk tegar.
Maka lerailah kawanan ini. Dibawa pergi jari-jari runcing Cik Zara, dan dibawa angin setelah mereka melangkah keluar dari legasi bawah tanah yang didiami..
Sedar akan trampil tingkap yang berhabuk, Cik Zara lantas mengambil 'baby wipes', dilapnya kawasan tingkap tersebut lantas berseri.
Tiada lagi kawanan habuk. Sisa juga tiada. Semua telah menjadi beku dek kerana resmi ' baby wipes' yang sejuk itu. Tinggallah mereka di kawasan sejuk itu.
Dan kawanan ini terus terpisah dan membeku.


5 comments:
good to see some are still actively blogging XD
ko xckp pun mcm tu kat aku eky..huhu
Eky, get ur blog updated please..haha
AIN, RAJIN KO UPDATE BLOG (baca dalam tone Eky kak Ain ek) heheh
hahaha
Post a Comment