Sebelum lelapkan mata yang masih segar, muhasabah diri sikit ya..
Allah sentiasa bahagiakan hambaNYA dengan rentetan cerita dan kejadian yang tak disangka-sangka kan?
Kalau Allah ambil kembali hakNYA yang telah dipinjamkan sebentar kepada kita, boleh tak kita bersedih?
Boleh..
Kerana sememangnya resmi manusia mempunyai sekeping hati yang sangat lemah apabila diuji dengan sesuatu yang dekat di hati.
Tapi..
Ingat bahawa segalanya adalah pinjaman dariNYA..hadir dan pergi segala sesuatu pasti ada sebab. Pasti ada sebab.
Jadi..
Bila Allah ambil semula apa yang kita pinjam, mintalah pada Allah agar Allah jadikan kita redha. Mintalah pada Allah agar jadikan kita sabar. Mintalah pada Allah agar jadikan kita faham dan memperoleh hikmah di sebalik rencanaNYA. Mintalah pada Allah agar diberikan pengganti yang lebih baik..Allah sentiasa mendengar..
InsyaAllah..sooner or later..kalau tidak di dunia, di syurga telah Allah janjikan..
I pray that all of us will meet there.
Please grant this wish Ya Rabb.
Amin..
Selamat Malam
Wassalam =)

No comments:
Post a Comment