Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, September 30, 2009

Craving~~~

Somebody!
I want this!

Help me find it!
Cantik sungguh la wei!
Ahaiii...




Babies..I likeeee ;)

Salam aleik..
Ellow semua ;)


Saya dah bangun~~
Oh..dah lama pun bangun.
Nak dengar 'latihan vokal' Mama kalau tidur lama-lama!
Ye..Betul..Mama saya will always know kalau saya terover tidur ala-ala beruang dalam gua berhibernasi.
Serius tak tipu.
She will call and..


"Ohoiiiiiiiiiiiiiii...bangun anak dara oiiiiiiiiii! Suara bekaghat!bangun bangunlah! Tiup 'trumpet' orang bawak pi main bola tue baghu tau..biaq tepelanting telinga!"


Bukan 'trumpet' alat muzik yang Mama maksudkan.
Ntahla, saya pun tak tahu apa namanya.
Tapi kalau ada match bola, kat luar stadium tu memang banyak dijual 'trumpet' yang memang berdesing bunyinya itu!
hihi
~~~

Hm.
Nak baca sambungan kahwin dan jodoh tadi tak?
hihi.
Kalau bab-bab kahwin nie..sengih aja..
Ha, kan? tengah sengih kan tue? kan? kan?
~~~
Hm. One of the topic yang hangat dibincangkan tadi ialah tentang anak kembar. Sebelum itu, entry ini tidak lansung mengupas isu 18sg, semuanya UMUM belaka. Jika kamu merasakan yang penulisan ini sangat 'ewwww'..withdraw..I dont mind ;)
~~~~
Sambung..
Long suka sangat-sangat kalau dapat twins. Katanya, senang, dapat dua terus. She thinks it's cute to see both husband and wife in action with their twins. Kak Tie pun suka. Eyla pun. Especially when it comes to the part where diorang nak 'menyolek' twins diorang. Baju sama, kasut sama, hair-band sama..menangis dan melalak sama-sama amacam? mau? hihi. Oh, tak boleh bayangkan macam mana Kat Tie dan Eyla bershopping untuk their twins..Boleh pecah kedai! hee..jangan marah..nanti kurang chances for twins tau..hehe
(*_*)
Hmm.
Saya?
I prefer single delivery dulu kot.
hihi.
Boleh tumpukan perhatian dan beri didikan yang terbaik. Then, boleh dapat pengalaman tentang Do's and Dont's for the upcoming one :)
Tapikan, Allah Maha Hebat, walaupun Dia mengurniakan 10 orang anak sekalipun, ibu bapa kita tetap kaya dengan kasih sayang untuk dicurahkan. Never failed to love their children unconditionally. Ouch..teringat Papa dan Mama..
Ya Allah, curahkanlah kasih sayangMU yang tiada tandingan kepada kedua ibu bapa kami. Amin..
~~~~~
Tapi, bila difikirkan semula, seronok juga kalau dikurniakan oleh Allah dengan twins kan? Jimat masa! Dannnn..my dear future husband, you can't escape, You one..I one..
Hihi.
Apa-apa pun, ini semua rezeki dari Allah. Pasti ada hikmah disebalik ketetapanNya. Carilah apa yang tersembunyi disebalik pemberianNYA.
Akhir kata, single baby atau twins..both I like ;)
~~~~
Okay, habis tentang twins.
Banyak lagi yang kami bincangkan.
Like I said, bab-bab kahwin, semua suka.
Kamu pun kan?
hihi
I will update about the chat later on.
Tungguuu..
Tata semua.
Oh lupa.
Saya doakan kita semua mendapat jodoh yang terbaik yang dapat membahagiakan kita di dunia dan akhirat. Amin..
~~~~~
~Tiup sayang untuk semua~
(*_*) FarhahNur

~~

Salam aleik.
Ellow.

Baru habis bersembang dengan housemates.
Tentang kahwin..jodoh.
Topik hangat umur-umur begini!
Mana-mana pergi..
'bila nak kawen?'
'dah ada blum?'
'bila nak rasa nasi minyak?'
Nak nasi minyak?
Pergi singgah kedai Makcik Tipah belakang stesyen bas.
Hmm.
Kawan-kawan saya ramai juga yang dah kahwin. Tunang pun ada. Oh tak dilupa, banyak juga yang sudah 'berpunya'.
Alamak!
Mengantuk la..
Sambung lain kali atau mungkin sebentar lagi ya..
Tata.
Pheeee..zzzzzZZ..

Tuesday, September 29, 2009

Wish.

Salam aleik.

Mahu jatuh air mata mendengar jawapan itu.
Memang bukan perkara besar.
Tapi cukup untuk buat hati berdetik.
Bukan dibuat-buat.
Memang tak sengaja gugur sedikit jernih kecewa.

~Bisik padaNya~
Kuatkan ku Ya Allah untuk menjadi redha atas segala ketentuan-Mu

Monday, September 28, 2009

Berayalah dengan selamat ;)

Salam aleik.
Ellow.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf zahir dan batin ;)
It's not too late right?
How's raya everybody?
One cab driver once told me during our chat..

"Raya ni bila awak dah besar dan berkeluarga dah hilang serinya, kalau skrg awak excited nak balik raya, tapi bila dah ada anak, awak rasa takut dan tak seronok bila nak raya.."

It's kinda like above.
I just kept quiet and smile over that.
I do not completly agree.
Sorry Pakcik.
Raya is not about spending kan?
Not about celebrating in physical ways kan?
My guru once said..

Belajar betulkan yang salah, dan biasakan yang betul
I really think the raya concept should somehow be corrected. True, it's not wrong for you to spent and yes, it's cool to have something glorious that will make you feel gorgeous and glamorous. ha, complete set gitu..hihi. But, you do not need to over-spend. That's what causes your raya to be a disaster. Yes, disaster. Gaduh-gaduh suami isteri nak bayar hutang kerusi baru, langsir baru, peti ais baru, last-last suami lari cari yang baru! Ha, bukan disaster lagi namanya?
***
And remember.
As a Muslim, raya would be you and everybody arounds you celebrating a very important day of wheather or not you had succeeded in battling the nafsu. Your lust towards things that already forbidden by Allah SWT.
And for that, only you yourself know.
Either you manage to get through or succumbed.
~~~~
And this FarhahNur lovess spending too.
But still, I always enjoy my raya :)
Hoyeee!
The minta ampun part, the takbir raya part, the duit raya part, the baju raya part, the ziarah-menziarah part and the food part, the food part and the food-glorious-part! hooray!
See, raya is fun kan? kan?
And just don't forget the part where you need to consider our less-fortunate acquaintances.
Muhasabah :)
I hope, when I have my own family, it will never be less fun then now ;)
~~
~~
Alamak.
Paper-work!
Tata!
GTG!
(*__*)
Lotsa loves to you..
FarhahNur ;)

Wednesday, September 16, 2009

Sakura Pun Kembang ;)

Salam aleik.
Ellow..heeeeee ;)

Baru sudah melompat keriangan!!
Boleh pecah rekod dunia Blanka Vlasic dalam acara lompat tinggi.
hihi
Esok dah boleh balik kampung lepas habis kelas!!
Hooorayyy! Yeyey!


Behave FarhahNur.
Ehem.

Alhamdulillah, dapat juga balik awal bertemu keluarga yang amat dicintai.
Sungguh, hati lantas tumbuh banyak bunga :)

Semoga perjalanan FarhahNur dan kawan-kawan semua sentiasa berada dalam perlindunganNYA.
Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi dalam waktu yang terbaik.
Mudah-mudahan, dalam melalui perjalanan esok, ibadah kita padaNYA tetap akan dijalankan dan jangan culas ya?
;)

Ya Allah, lancarkanlah perjalananku dan saudara-saudaraku esok. Berkatilah perjalanan kami dan lindungilah ia dari perkara-perkara berbahaya dan lagha.
Amin.

Tuesday, September 15, 2009

'Embracing' this moment.

Salam aleik.
Phew.
Sedang menghadap laptop dari petang tadi.
Mata persis ikan buntal mungkin.
Atau selebam beruang panda.
Pening bukan sahaja pening lalat, burung helang pun sudah mula terbang menggit-gigit kepala ini.
Dah macam Tazmanian Devil rasanya.
Waghfff!
Kejap lagi, ambil ubat.
Mahu tidur dengan tidak terlalu lelap agar tak lupa isi-isi pembentangan esok.
Aduh.

Currently playing_Toploader_Only For A While
Dah lama tak dengar.
Bait-bait dalamnya..
'You've got to ease your mind for a while'
Yes.
I would love to.
:(

Bila Langit Mendung

Salam aleik. Ellow :)

Nyaris-nyaris FarhahNur pulang malam raya. Oh. Tak dapat dibayangkan. Bertakbir atas kapal terbang di awang-awangan sambil memikirkan duit yang melayang-layang. Ye, RM 270 tak melayang lagi kah? Alhamdulillah...Allah bukakan jalan. Balik dengan pakcik saudara, Abang Pali, hari Jumaat. YaY! Syukur ;)


Aha. Kamu, ada soalan untuk kamu. Bila kamu rasa agak serabut, serabai, seribut, seram sejuk atau suam-suam kuku, apa kamu buat?Maksud saya, bila hati sedikit kurang ceria macam selalu. Selain mengadu pada Allah, mesti ada aktiviti kamu yang lain kan? Bagi saya, ini dia..




Tengok gambar-gambar ciptaanNYA. Masyaallah...Syiok! Good enough to make me put a biiiiiiggg smile on my face. hihi . Bukankah haiwan dan tumbuhan sering berselawat memuji ALLAH SWT? Sebab itu kita berasa tenang apabila menatap wajah-wajah cute ini..ahhh..heaven :)


Jalan-jalan makan angin kat 'parking lot'. Erk? Mana-mana sahaja tempat menarik..Aha. Ambil angin bersama kawan-kawan, sembang tentang masa depan, kisah klasik dahula kala, jalan sambil berpegang tangan, ha, jangan salah faham ya..semua ini dilakukan bersama sesama jantina..hihi..belila barang dikit-dikit saja..pasti? hihi













Ini best. Bila kawan-kawan yang lain asyik-masyuk bershopping, saya, buka langkah ke kedai buku, baca apa yang patut. Kalau tak mampu beli, salin quotes menarik ke dalam handphone. Opps. Bila lenguh, duduk tanpa hiraukan sesiapa. Bila tiada kesempatan untuk membaca kesemuanya..jeng jeng jeng..beli!Baca atau tidak, letak tepi-tepian dulu..hihi. Books' big fan!












Aha. Ini lagi satu aktiviti wajib bila 'stress menggila'.
MaSak! Gambar di atas kelihatan macam karipap, sardin role dan wan tan kan? Jangan tertipu. Bentuk mereka mewakili pelbagai makanan, tapi intinya ialah, epal. Resepi 'apple pie' sebernarnya, cuma saya pelbagaikan bentuknya. Puas bila memasak! Nak cuba resepi 'apple pie' ini ? Text me jika berminat..kacang soya aja ;)

P/s : Hari ini, salah satu daripada aktiviti di atas akan saya lakukan. Hati hilang sedikit seri la..Positive FarhahNur, everything will be just fine :)
~Smile-MJ~

Monday, September 14, 2009

Bila Bulan Bicara

Salam aleik.
Ellow.

Mentor, Puan Noraini ada menyebut tadi..

"Saya mahu awak menjadi keju yang baik"

Huh? Keju?

"Eh, keju pula..Cikgu maksud saya"

Tak mengapa Puan..
Puasa memang mahu selalu ingat akan makanan.
Kan?
:)

Puan Noraini berpesan lagi..

"Minta dengan jelas kepada Allah, apa yang kita inginkan.. Kerana Allah akan berikan apa yang kita minta, DIA akan berikan.."
-Monolog-
Ku pohon pada-Mu Ya Allah.
Memang jelas keinginan ku pada 'sesuatu'.
Namun aku tidak mengetahui apa yang tersirat di sebalik 'sesuatu' ini.
Jika keinginan ini akan membuatku jauh dari-Mu, bawalah aku pergi jauh dari 'sesuatu' ini.
Dan..
Aku perlu akan kekuatan dan petunjuk-MU untuk melaluinya.
Amat perlu wahai Ya Mujib..

Wednesday, September 9, 2009

Selamat Beramal..

Salam aleik.

Sewaktu Imam membacakan doa setelah selesai Witir sebentar tadi, lain rasanya.
Subhanallah.

Tiba-tiba diri ini terbayang akan suatu hari bila mana jasad ini yang akan didoakan. Jasad ini bakal kaku dan beku. Jasad ini bukan lagi yang BERDOA atau MENDOAKAN.
Astaghfirullah.

Ampunkanlah semua dosa dan khilaf diri ini beserta keluarga juga saudara-saudaraku yang lain YA RABB.

Readers yang disayangi sekalian..
Janganlah kita sibuk dan hanya ingin menjaga hubungan dengan manusia.
Jagalah hubungan serta cinta kita yang paling utama pada DIA.
Moga-moga kita semua istiqamah di jalannya.
Amin.

Tuesday, September 8, 2009

Hari fikir banyak

Bismillah.
Dah pukul 2 pagi.
Masih tak boleh nak lelapkan mata.

Tiba-tiba teringatkan murid-murid kesayangan di sekolah.

Teringat sewaktu saya dan mereka berlumba lari siapa sampai dahulu, untuk ke kawasan lapang pada waktu PJ :)
Mestilah Cikgu Farhah yang menang!
Hooray!
Syiok!

Teringat waktu saya menjadi 'Musang yang Kelaparan' dan mengejar mereka 'Anak-anak Ayam Sihat'.
Pun syiok!

Teringat macam-macam malam ini.
Yang tak perlu diingati lagi pun datang kembali.

Sudah FarhahNur.
Letak kepala atas bantal.
Pesan pada bantal, kejutkan FarhahNur jam 5 pagi.
Mahu sahur dengan sambal tumis sotong dan sayur.
Oh.
Jangan terkejut.
Waktu sahur, saya makan dengan banyaknya.

Saya titikkan dahulu ayat ini.

Wassalam.



Sunday, September 6, 2009

I am Kosong

Salam aleik.
Ellow ;)

Sometimes, people tend to take things for granted kan?
Me too.
Putting aside all the precious MOMENTS, WORDS, ADVICES, GESTURES, SMILE, FEELINGS..

When we are taken for granted, ouch, it HURTS.

Have you ever think of the day when I will not be able to be with you anymore?

Yes.
Sometimes, people do give up.
~~~



Saturday, September 5, 2009

Sure kamu mahu tengok?

Salam aleik.
Ellow ;)
Atas permintaan ramai, em takla mencecah berjuta lemon, tapi, adala dua tiga kerat yang mahu melihat handphone kanak-kanak saya..
Tadaaa..
Khas untuk kamu ;)
Bukan mahu menunjuk, handphone Readers semua ternyata lebih canggih dan mahal dari saya.
Harga handphone saya pun tidaklah semahal seperti handphone anda.
Lagi pula, dari China saja pun..hihi..
Tapi, each and everyday, cinta saya pada handphone ini makin kuat dan teguh..
Eww. Jiwang? Sejak bila?
hihi..

Oh.
Ini sedikit sebanyak featuresnya..
Dual Sim.
Bole masuk memory card.
Ada Seven-Lights macam lampu nak jual ice-cream.
Lagu nak jual ice-cream pun ada. hihi
Flash Light.
Radio.
Mesej dengan beribu lemon bahasa.
(pening jgk awal2..tetiba bole ckp Arab pulak..hihi)
Camera.
Oh. Tak dilupa, touch-screen berbekalkan 'pensil' yang kemetot. hihi

So. Kamu-kamu enjoy ya..
Terima kasih kerana sudi juga mahu melihat handphone yang tak seberapa ini..
Tata!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...