Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, September 15, 2009

Bila Langit Mendung

Salam aleik. Ellow :)

Nyaris-nyaris FarhahNur pulang malam raya. Oh. Tak dapat dibayangkan. Bertakbir atas kapal terbang di awang-awangan sambil memikirkan duit yang melayang-layang. Ye, RM 270 tak melayang lagi kah? Alhamdulillah...Allah bukakan jalan. Balik dengan pakcik saudara, Abang Pali, hari Jumaat. YaY! Syukur ;)


Aha. Kamu, ada soalan untuk kamu. Bila kamu rasa agak serabut, serabai, seribut, seram sejuk atau suam-suam kuku, apa kamu buat?Maksud saya, bila hati sedikit kurang ceria macam selalu. Selain mengadu pada Allah, mesti ada aktiviti kamu yang lain kan? Bagi saya, ini dia..




Tengok gambar-gambar ciptaanNYA. Masyaallah...Syiok! Good enough to make me put a biiiiiiggg smile on my face. hihi . Bukankah haiwan dan tumbuhan sering berselawat memuji ALLAH SWT? Sebab itu kita berasa tenang apabila menatap wajah-wajah cute ini..ahhh..heaven :)


Jalan-jalan makan angin kat 'parking lot'. Erk? Mana-mana sahaja tempat menarik..Aha. Ambil angin bersama kawan-kawan, sembang tentang masa depan, kisah klasik dahula kala, jalan sambil berpegang tangan, ha, jangan salah faham ya..semua ini dilakukan bersama sesama jantina..hihi..belila barang dikit-dikit saja..pasti? hihi













Ini best. Bila kawan-kawan yang lain asyik-masyuk bershopping, saya, buka langkah ke kedai buku, baca apa yang patut. Kalau tak mampu beli, salin quotes menarik ke dalam handphone. Opps. Bila lenguh, duduk tanpa hiraukan sesiapa. Bila tiada kesempatan untuk membaca kesemuanya..jeng jeng jeng..beli!Baca atau tidak, letak tepi-tepian dulu..hihi. Books' big fan!












Aha. Ini lagi satu aktiviti wajib bila 'stress menggila'.
MaSak! Gambar di atas kelihatan macam karipap, sardin role dan wan tan kan? Jangan tertipu. Bentuk mereka mewakili pelbagai makanan, tapi intinya ialah, epal. Resepi 'apple pie' sebernarnya, cuma saya pelbagaikan bentuknya. Puas bila memasak! Nak cuba resepi 'apple pie' ini ? Text me jika berminat..kacang soya aja ;)

P/s : Hari ini, salah satu daripada aktiviti di atas akan saya lakukan. Hati hilang sedikit seri la..Positive FarhahNur, everything will be just fine :)
~Smile-MJ~

6 comments:

Nurul Farhana said...

1) Bila stressmania, saya lakukan sesi escapism sejam dua di internet,
2) bila penatmania, saya tidur-tiduran di katil,
3) bila bosanmania, saya baca biografi/memoir dan tenggelam dalam dunia lain,
4) bila matikutumania, naik aras bangunan paling tinggi dan lihat pemandangan sekeliling. Fikirkan orang penting dan hubungi mereka.

Selalunya, masa kepala dah tepu ni, kalau ada satu idea baru dah cukup dah. Aura riang-ria akan kembali.

psst..Paah, nak apple pie... Nanti kami dtg BU9 bolehkah hidang juadah ini? Korang buat open house kan? kan?

FarhahNur said...

Hmm.
Escapism. Menarik.
Especially naik aras atas tu, BUT, jgn terjun dah tau..manela tau, terlalu asyik..hihi.
Owh.
Open house?
Hm. If tak open pun, just request to me when ur coming, I can do it for u! Siap!
hihi

kimisai said...

klu ader aper2, amek wuduk bace yassin...kan??

klu tak, citer kt mmber yg blh d percayai...bru rilis babe..

FarhahNur said...

Yes, so true..
Munajat pada DIA penawar paling mujarab..
Yang lain ini sebagai satu ikhtiar n as a positive way to deal with d stress.
Happy, happy!
Tq nway Kimisai ;)

awes_atin said...

cam kenal je..periuk..penggan bonge2..ngn lantai dapo tue..hee=P

FarhahNur said...

yeke we??
ala..bila bekenalan nie..
baru nak kenalkan kat awe..
hihih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...