Tiba-tiba saya berasa sangat cemburu. Sungguh cemburu yang amat sangat. Cemburu pada penulisannya yang mampu meruntun iman untuk kembali pada Maha Pencipta. Cemburu dengan bahasa dan ilmu yang Allah pinjamkan pada dia. Cemburu pada bait-bait hadis ungkapannya yang ternyata tiada dalam kotak pengetahuan saya. Cemburu pada sifat sabar dan redha yang ada pada dia. Cemburu betapa Allah menyayangi dia dengan mengujinya dengan ujian yang bukan calang-calang. Cemburu betapa darjatnya telah diangkat di sisi Allah kerana setiap ujian dilaluinya dengan sulaman kecekalan. Cemburu pada semua yang berdamping dengannya. Semuanya merupakan khalifah Allah yang senantiasa istiqamah dan tawadduk mencari bekalan untuk santapan di akhirat sana. Saya bagaimana? Jelas sekali ada ketikanya saya masih di alam yang tamakkan bahagia dunia. Lansung lupa akan pastinya dan kekalnya sebuah dunia selepas ditiupnya sangkakala oleh malaikat Allah, Israfil. Ya, saya sangat cemburu. Mampukah saya menjadi sabar, istiqamah di jalanNYA dan tawadduk seperti kamu?
~Ya Allah, diriku yang kerdil ini memohon belas kasihanMu agar dikurniakan pada diri ini dan saudara-saudara yang lain hidayah untuk tidak pernah mahu jauh dari mencintaiMU~

No comments:
Post a Comment