Ketika ajal Rasulullah SAW hampir tiba, seorang sahabat menangis sepuas-puasnya dan bertanya kepada Rasulullah SAW akan siapakah gerangan yang harus mereka rujuk jika timbul masalah atau persoalan yang perlukan penyelesaian. Maka Rasullallah pun menjawab...
“Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati.”
~Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku, tiada di dalam hatiku melainkan Allah dan
Nabi Muhammad SAW~

No comments:
Post a Comment