Salam aleik.
Pagi ini, satu pesanan ringkas yang diterima amat menusuk hati.
SMS dari Hanim, dear friend dari IPBA.
Meminta agar membacakan surah Yassin kepada teman baiknya, Faizal, yang bakal menyusul menjadi teman hidupnya.
Kemalangan, ujar Hanim amat ringkas.
Beberapa detik kemudian..
Giliran Hakim, membuat hati saya berdebar untuk membaca SMSnya.
'Al-Fatihah buat Faizal yang baru pulang ke rahmatullah'
Hati saya lantas berbicara bahawa sesungguhnya Hanim sangat tabah, sangat kuat dan sangat sabar.
Allah SWT memilih Hanim untuk diuji sehebat ini.
Saya dimaklumkan oleh Hakim, tarikh pemergian Faizal juga sama seperti tarikh perginya bapa Hanim yang dikasihi.
Sekali lagi hati ini mengagumi Hanim yang sangat 'cool' pada pandangan saya.
Namun di hati kecilnya, tak mungkin siapa tahu.
Sejauh mungkin saya ingin membantunya.
Namun jika kudrat atau kata-kata saya tidak mampu mengusai pedihnya, saya mohon pada Allah swt agar membantu Hanim mengharungi ujian ini dengan sebaik mungkin.
Saya mohon pada Allah swt agar memberikan seluruh kekuatan yang diperlukan untuk Hanim.
Permohonan saya juga agar Allah swt sentiasa memberi ketenangan dan jalan yang terbaik kepadanya.
Saya juga mohon pada Allah swt agar memberikan yang terbaik dalam hidupnya.
To Hanim, we all admire your courage dear girl.
And we will always be there for you.
Allah loves you and him so much.
Keep that in mind.
We will always love you.
Al-Fatihah buat allahyarham Faizal Rahman.
Semoga rohnya dalam lindungan Allah swt selalu.
Amin.

No comments:
Post a Comment