Assalamualaikum.
Macam mana pun buat kerja kena ikhlas.
Jangan merungut-rungut.
Tapi kalau nak merungut juga dipersilakan wahai Noorfarhah binti Anuar.
Oh tapi, dapat penat sajela.
Allah tak 'approved' kerja kamu.
Ada paham?
Dan lagi satu, jangan lupa jaga lidah.
Tak suka orang sakitkan hati kamu kan?
So, better don't start.
Lupakah kamu Allah Maha Adil wahai Noorfarhah binti Anuar.
Dia akan berikan balasan yang setimpal.
Betapa kita perlu menjaga lidah.
Betapa lidah kita telah berjaya menyakiti ramai.
Betapa lidah kita telah berjaya berdusta dan menghancurkan hati ramai.
Lupakah bahawa Allah akan berikan balasan yang setimpal?
Dan mungkin lebih dasyat?
Nauzubillah.
Jadi fikir Noorfarhah binti Anuar.
Nak buat kerja, buat dengan ikhlas.
Kalau dah agak-agak tak ikhlas, terus say "No, maaf, saya takmau buat"
Sebab..kalau buat pun tak dapat apa dari DIA sebab tak ikhlas.
Nak buat kerja, buat dengan ikhlas.
Nak marah, membebel, tarik muka, buat mulut itik, fikir 24jam.
Nanti Allah balas yang sama atau lagi teruk.
Nak?
Sebelum tidur, jom muhasabah tentang pencapaian lidah kita.
Lebih banyak menyakiti atau membahagiakan diri dan yang lain?
Dan, pernah terasa sakit dengan perbuatan manusia?
Cuba fikirkan, ada tak kemungkinan kita pernah berbuat yang sama pada saudara yang lain?
Dan kini, Allah uji kita dalam situasi yang sama, tetapi ksli ini, kita adalah mangsanya.
Hmmm..
So....
The musabah session starts now! ;)
Ya Allah, tolong ikhlaskan diriku untuk bekerja dan melakukan sesuatu keranaMU

No comments:
Post a Comment