Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, December 24, 2010

First Audition

Salam aleik.

Ellow :)

Awak yang baca ni pernah pergi mana-mana audition tak? Ala, kot-kotla dulu TER pernah beratur dengan tak sengaja untuk masuk AF ke Mari Menari ke, Biggest Loser Asia ke? Pernah tak? Hm. Mesti pernah kan..

Saya tak pernah. Hehe. Well, setakat audition peringkat geng masa nak main ‘Lompat Tikus’ tu adala. Maklumla, sapa nak main Lompat Tikus nie kena lompat macam ada kemahiran melompat spring toing toing dan landing macam kengkonon kaki korang dipasang absorber bahek punyee..Oh, saya mestila lepas. Sebab dulu saya ‘sekepiang’ je. Thuf pulak tuh. Tapi sejak Tahun 6, Pn Hatijahbi cakap..

‘Eh, dulu lari laju..lani lari dah macam Penguin pulak dah..”

Haha. Sungguh lah kecik hati. Nasib sayang Pn Hatijahbi sorang nie..

Oh sambung kisah ujibakat saya yang tak berapa teruji dan taklah berapa berbakat.

Masa Tahun 5 kat SK Convent Father Barre dulu, ada pertandingan ‘group singing’. Hoo..bab-bab dan chapter-chapter yang melibatkan keglameran nie memang lah saya suka kan..Group Singing nie involves pupils dalam 7-8 orang. 2 orang main percussions then yang selebihnya menari. We all guna lagu Lemon Tree dan Simon Says. Masa tu Pn Tan yang bertanggungjawab nak pilih peserta. Saya dahla ada bad history dengan Pn Tan ni..aih..

Asbabnya saya suka skip class Maths dia dan pergi latihan senamrobik. Dulu senamrobik sekolah saya ni state champion hoo. Tapi latihan memang hectic. Pagi petang kena berlatih tengah padang. Muka pun macam daging salai..

Sooooo, saya dahla sangat ‘pandai’ dan ‘suka’ Maths kan..dan of coursla saya akan ‘score’ dalam test atau exam kan..sebab tuela Pn Tan ‘sayaaaaaaaaaangg’ gileerrrzz kat saya kan. Haha. Sila terbalikkan hingga tertumpah maksud sebenar ayat dia atas ye. kihkih

‘Farrrhah! Come in front and do this question on the board! Don’t wish to skip my class again and forget your senamrobik if you kept on getting this kinda marks!’

Hah. Agak-agak kalau cikgu korang ‘aim’ korang sampai macam ni, korang nak tak join lagi satu akses ‘hiburan’ yang riang-ria macam group singing yang dia uruskan, agak-agak dia approve tak? Agak? Agak? hehe.

HARI UJIBAKAT

Syaratnya, peserta kena bagi nama kalau berminat, pilih satu lagu, dan Pn Tan akan panggil randomly dalam class dan nyanyi dengan muka tak malu berbekalkan confident 3 bakul serta menyanyi depan muka kawan-kawan korang yang serius tak pernah bagi attention yang baik punyeee ketika cikgu mengajar tapi akan sharply pandang korang tanpa bekelip macam frozen bila korang nak nyanyi. HUH. Takut kan? –sila takut, tak adil saya sorang je takut-

Saya dengan muka yang memang malu tapi buat-buat macam bersalut konkrit buat highway bagi nama pada Pn Tan.

JENG JENG JENG

She called my name!!

‘Ha, Farrrrhah (serius qalqalah dia memang superb tak tipu) what song?’

‘Errr, wait aa ticer’

‘Oh okay! Got it!’

“WE WISH U A MERRY CHRISTMAS, WE WISH U A MERRY CHRISTMAS, WE WISH U A MERRY CHRISTMAS, AND A HAaaPPyyyY NEeeeeW YEeeeAaaaR..”

Hoo. Kenape? Tah pecaye keee?? Pecayalah! Class saya bagai nak roboh dan Pn Tan dah macam berpenyakit Parkinson duk gelak tebahak tanpa kahak! Duh! Saya pun tak sangka itu yang akan tekeluar. Nervous sungguh sungguh!kihkih

TAPIKAN..saya dapat masuk group singing tu oooo!!Hebat tak? –ha ni tak payah mengaku, biar saya perasan sorang saja..kehkeh-

TAPIKAN..nila padahnya bila masuk aktiviti ‘berjoget’ tak maklumkan pada MAMAnda dan PAPAnda. Diorang tak bagi sebab pusingan pertama akan diadakan di Langkawi. Jauh tuuuuhh..mase tue la. Mana saya pernah berjauh dengan parents. Diorang lagila tak boleh berjauhan dengan saya-perasan- So saya tanpa berfikir panjang cakap kat Pn Tan Mama dan Papa tak bagi…terus Pn Tan cari pengganti…MENYEESAAALLL! Sokmo practice tuh saya pergi skodeng sambil makan roti krim coklat ada kismis masa rehat !Kadang tuh punya asyik skodeng, tercalit pulak roti berkrim kat dedebuss tingkap bilik KH yang pintunya ditutup rapat as thow top secret practice session tuh! Jealous ! Teringin~~Pulak tue, sekolah kitorang menang state level. ADUH!!

Rotiboy Makes A Rotigirl Like Me Go Bonkers!!

OKOK. Cut short. Itula cerita kedai kopi bertajuk ‘Ujibakat Saya’. Masih terfikir, apala yang saya fikirkan sampai ternyanyi lagu Christmas. Takut sangat pada Pn Tan kot..Anyway..Merry Christmas to whom celebrating and PN TAN especially yah..love all of you dearly~~

4 comments:

Anonymous said...

Hahah! Awk ni mmg chommell lah! :D

dzulhakimbaharom said...

"Eh, dulu lari laju..lani lari dah macam Optimus Prime pulak" :P

takpa2 next year try ujibakat Raja Lawak pulak naa..hehe

FarhahNur said...

Anony:
Wiww..kembang.Terimas :)

FarhahNur said...

DB:
Hehe.
Oh,lupala, Optimus mane leh lari laju, patutla paah lari semakin tak laju..ooo..hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...