Lilypie Kids Birthday tickers

Saturday, July 28, 2012

Transporter, insyaAllah..

Salam aleik..
Bismillahhirrahmanirrahim..

Cepatnya masa berlalu. Selamat Berpuasa buat semua saudara saya.

I had a though week.
An 'emerging weaknesses' week.
Feels like blaming this and that.
But somehow i couldn't.
and yes, I shouldn't.

Teruskan bersabar Farhah.
Jangan pernah sebut ' sabar aku ada batasnya'
Kerana Allah tak pernah lelah untuk 'bersabar' dengan kelewatan kamu menemuiNYA dalam janji temu kamu 5 kali sehari.
Allah sentiasa menunggu apabila kamu lewatkan memohon keampunaNYA walau dosa kamu sudah menyaingi catatan pahala kamu.

Allah tidak pernah menyulitkan keadaan kamu melainkan ianya untuk membuatkan otak dan hati kamu yang keras, belajar dan terus belajar tunduk pada DIA.
Adakalanya kamu terlalu memandang penghargaan manusia, Farhah..
Bila tiada apa yang kamu peroleh, lantas kamu kecewa.
Namun tidak pula kamu bersedih dengan kelalaian kamu yang sering menjauhiNYA?

Jadi, teruskan bersabar dan bersabar.
Benar, Allah jadikan hati kamu kecil dan mudah terguris.
Mengapa?
Kerana Allah hadirkan hati kecil ini dengan perasaan yang mungkin tiada pada yang lain.
Perasaan yang mudah tersentuh dengan keadaan yang lain, yang mungkin hati-hati yang lain tidak terlalu endah.

Dengan hadirnya perasaan ini, salurkan doa kamu pada DIA
Allah Maha Mendengar bukan?
Jadilah 'transporter' yang sentiasa mendoakan saudara-saudara kamu, Farhah.

You are happy when you can help others right?
Forget their appreciation. Forget their wrongs.
Focus on your wrongs instead.
Talk to Allah more often.
Cry out to HIM and smile..

Love,
FarhahNur..




1 comment:

dark_eky said...

heh..
self-reflection gk ekk..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...