Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, September 22, 2011

Sekali lagi..

Salam aleik.

Morning Readers :)

Rindunya pada blog. Rindu nak baca entry sendiri...
Oh maaaaannnnnn.....
(this is how my pupils will react and say when the teacher menjadi perasan hehehe)

So anda semua boleh la join cakap ohhh maaaaannnnn..dia buat daaahh..hehe..
How was your day my dear Readers? Hebat tak hebat tak?? Terpengaruh dengan my pupils lagi. Sikit sikit hebat tak teacher rambut saya, hebat tak hebat tak? heheh..

Tak lama lagi, Zul dah nak pindah. Pindah pergi Taiping. Im so gonna miss him. He's my sweetheart in the class..dialah duka, dialah penawar..complete package! Bila dengar dia cakap nak pindah, macam nak begged him to stay. Zul, stayla, don't you pity me? Don't you?? Merepek betul teacher ni..huhu..

Saya ada berfikir, bila kawan-kawan bagitau dapat keja gaji 4 kali ganda dari saya, dah mula kumpul aset itu ini, dah mula letak harga rumah range RM500 000 ke atas, and im like, what??

Hmm..mula la nak tayang 'koleksi' cakera padat zaman 90an.

Kenapa la dulu masa Kimia suka main Binggo kat belakang..Kenapala dulu masa Fizik suka angguk je walau dalam kepala tak masuk satu apa..faham cikguuuu, fahammmm...Kenapela dulu masa Add-Maths selalu stapler buku latihan sebab tak buat latihan tapi ada hati nak hantar bagi teacher check..Kenapala dulu err..oh, subjek lain ok kot..heheh..

Kalau takde semua 'kenapa' tu, mesti saya dah jadi Cik Farhah yang bergaji hampir 5 angka macam kawan-kawan saya..mesti saya dah boleh buat macam-macam impian saya yang ternyata macam-macam dan ada yang sangat ridiculous untuk di fulfill kan sebab sangat costly. ha..cuba teka apa impian yang mahal sangat tuh..heheh..dan mesti saya dah boleh peluk Winnie the Pooh dan jumpa Poa dekat Disneyland..

Tetapi...
kalau tidak kerana 'kenapa' di atas...
mesti juga saya tak sempat kenal dengan a group of people yang sangat inspirational to me di Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor ni..mesti tak sempat kenal dengan Haris dan Danish, twins yang bagi softy kangaroo to me last year, mesti tak kenal Muaz which is my main fashion critic, mesti tak kenal Rezki Azmila yang rambut super kerinting dan sangat kemas,  mesti tak kenal Anusha yang sangat menyayangi teacher Englishnya sape tah...mesti tak kenal Vesswa yang suka sembang pasal Optimus Prime, mesti tak kenal Lai Chuen How yang jalan suka goyang sana sini subhanAllah..huhu..

Dan..mesti tak dapat buat sesuatu yang amat saya cintai, berkhidmat demi anak-anak bangsa.

Walau gaji saya cukup makan je (eh, macam lebih ja makan)..saya sangat bangga dan terlalu amat bersyukur dengan jalan yang telah Allah bentangkan untuk saya. What more could i ask for. Aturan Allah sudah cukup cantik...

Yes. Sememangnya aturan Allah selalunya sudah cukup cantik. Tetapi kenapa terkadang sukar sungguh rasanya nak menghadapi. Why you need to question more and more of HIS plans?

Bukankah Allah dah janji, kalau Allah uji kita, dan kita sabar dengan apa sahaja ketentuan yang sudah ditulis, Allah akan buka jalan yang lebih baik, Allah akan beri ganjaran yang lebih baik, Allah akan beri kesudahan yang lebih baik...Taknak ek?

***

Mungkin saya hadir bukan dalam waktu yang terbaik. Semoga yang baik-baik sahaja mengiringinya. Amin :)

3 comments:

Mustakim Ahmad said...
This comment has been removed by the author.
Nurul Farhana said...

:)

Nurul Farhana said...

if you aren't a teacher.. I wouldn't get a chance :
~ to know you,
~ to read this blog,
~ having a compromising-wise friend

I guess that I already had decided on the case I had today, I just need a little push from someone else

thanks for convincing me! ^_<

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...