Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, May 14, 2010

Mr Thomas Dah Naik Train

Salam aleik.

Baru saja balik makan ikan bakar dengan kawan-kawan. Kak Lia..trima kasih sudi belanja Farhah sampai tergaru-garu tadi. Hehe. Sedaaaappp..Tapi, makan dengan agak kecewa sebab terpaksa tengok Malaysia kalah 0-3 dengan China. Tak marah la..cuma jelaslah rasa kecewa. Takpe2..semua jangan stress2, nanti darah naik lif tingkat 81 kan..Oh, nie adalah cerita dulu2 sikit. Saya pernah request pada Papa masa Papa nak pergi haji tahun 1999 dulu. Papa tanya nak Papa doakan apa untuk saya. Saya jawab..

"Pa doa bagi Ah jadi badminton player bley dak"

'___'

Inila muka papa saya. Papa terkejut dan cakap pada Mama..
"Dalam banyak2 doa, paling tak menahan doa anak kita yang nombo satu ni la.."
Ha lebih kurang macam tuela Papa bermadah dengan Mama.

Hm. Dulu memang saya macam nak gila main badminton. Bukannya pandai pun. Sanggup kumpul duit dan bodek Papa bagi RM 5 untuk sewa court badminton tau. Saya RM 5, kawan saya RM 5. Kadang-kadang hari Sabtu, saya pergi sembang dengan uncle yang jaga court tu, nak tanya ada tak orang yang boleh ajar saya..Bila petang, lepas sekolah, saya naik basikal dalam 2 km nak ke gelanggang tu. Kadang-kadang main hari Sabtu lepas pergi Pengakap Puteri..Selalu main dengan Nab..Nab pandai main, smash Nab memang kencang. Saya selalu jadi belasahan dia. hehe. Persatuan badminton pun saya masuk. Tapi seniors takmau main dengan saya, sebab saya tak pandai main. Setakat nak rally tanpa smash tsunami bolehla~~

Pernah sekali, saya ajak jiran saya pergi. Arif. Arif ingat lagi tak main badminton dengan Kak Faha?? Lepas tue masa main, ada sekumpulan lelaki datang kacau. Siap kejar lagi. Ape lagi, kami berdua pun pecut la balik rumah sampai basikal keluar asap macam motor. Ha, tipu. Tapi memang pucat dan terus serik nak pergi main kat court tue..

Ape-apepun, memang saya sayangkan badminton. Raket saya dari dulu sampai sekarang masih ada. Nama dia Carlton. Walaupun 'kepala' dia dah senget, tapi saya simpak juga. Main kadang-kadang. Dah banyak kali Papa tukar tali. Sebab adik-adik dulu suka ambil raket saya dan buat tebas lalang bila diorang nak menyorok dalam tuh. Habis rosak, putus..

Hm. Nampaknya saya dah jadi cikgu sekarang ni, mungkin saya tak sesuai jadi pemain badminton. Sebab tu Allah tak kabulkan doa saya dan Papa. Dan mungkin juga Papa pun tak pernah doakan saya jadi badminton player~~Papa memang nak saya jadi cikgu. So, here you are Papa...and im lovin it too :)

2 comments:

dzulhakim baharom said...

paah jadik la coach badminton kat sekolah :)

FarhahNur said...

Akim : Lupa ka paah ni Jack of all trade, master on non akem~~hehe.tak reti sangat pun main..tp minat 7 bakul.hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...