Salam aleik.
Ellow..
Saya dah kembali ;)
Rumah saya dah ada internet.
Tapi, kawan-kawan lain bole suka ria kat mana-mana, saya terpaksa duduk dekat sebelah iron board bertemankan kasut-kasut.
Laptop saya yang agak veteran tak boleh nak detect wireless tu.
Tak mengapa, saya tetap suka hati. Yay!
Banyak kawan-kawan saya asyik masyuk menulis tentang murid-murid mereka.
Saya suka baca pengalaman yang lain.
Seronok!
Semua bertemakan 'Sekolah dan Murid'.
Well, memang tak dapat lari, thats our life sekarang kan kawan-kawan?
Saya pun ada cerita.
Ada suka, ada duka, ada penat, ada buat-buat penat, ada rajin, ada malas, ada senyum, menangis pun ada.
Saya tahu saya sudah grown up.
Tapi saya bukan saja-saja nak menangis.
Tak suka juga.
Cuma kadang-kadang bila menangis, semua penat dan sakit akan mengalir dengan tears yang sangat laju tu.
Saya menangis senyap-senyap lagipun..
Maaf..
Ok, habis pasal tu ek.
Tadi one of my boys cakap..
'Cikgu, harini cikgu dah putih balik. Semalam cikgu hitam'
'Cikgu kena pakai tudung macam ni baru nampak putih'
Er?
Ok ok, nanti cikgu pakai tudung belit-belit lagi ya.
Tapi tak boleh selalu, sebab cikgu nak temuntah dan rasa geli tekak.
Lagipun, ianya akan menguatkan lagi 'ayat power' dari kawan cikgu
Kepala cikgu besar.
'Hey, ur badan so small yet your head's so big'
Miss Vee!
hehe.
Faris Zidane's turn..
'When you wear high heels, you look tall..when you wear flat shoes, you look short teacher!'
Really?
But i am taller than you definately, so teacher Farhah wins! yay!
Roshan's words..
'Teacher, when are you going to teach us to make burger??'
Aiyayay..burger? One fine day, but it's not a healthy food my dear..
Izuwan suka cakap ini..
'Cikgu, cikgu kena duduk sebelah saya baru saya pandai'.
Ok Izuwan, Izuwan datang duduk di sebelah cikgu ya.
Oh. Izuwan agak sukar membaca dan suka angan-angan.
Tapi, kalau dapat motivasi ekstrinsik dari Cikgu Farhah dan chop Spider-Man tu, macam pakai turbo dia cuba sedaya upaya.
Terharu tau..
Ada banyak lagi kenangan dengan murid-murid saya.
Lepas ni, sekolah dan murid akan jadi sebahagian besar dari entry saya mungkin.
Jadi, kalau anda sudah mencebik untuk membaca, tak mengapa :)

2 comments:
saya tidak mencebik.
saya suka
:)
Time kasih kerana baca dengaan suka hati macam sunflower :)
Post a Comment