Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, July 13, 2009

Tugasan Yang Minor Sahaja..

Salam aleik.
Ellow semua :)
Moga-moga sihat semua ya..

Readers..(ramaikah pembaca kamu FarhahNur?..hihi)
Kita sering leka kan?
Bila sekali kecap bahagia, bagai mahu bahagia selamanya..
Bila sekali diregut pedih, sakit dan sesak, bagai akan hancur hidup selama-lamanya..

Lupakah kita bahawa senyum bahagia dan tangis duka itu kedua-duanya milik DIA?
Kedua-duanya juga ujian dari DIA.

'Ya Allah, pabila aku yang hina dan kerdil ini lalai, utuskanlah pertolonganMU agar aku kembali ingat. Bimbinglah ku agar setiap masa ku meletakkan cinta kepadaMU yang tertinggi dalam hatiku. Jauhkanlah diri ini dari menjadi pencetus kepada dosa-dosa kecil mahupun besar buat diriku mahupun saudara-saudaraku'

Readers..
Jika setiap hari perut mahu kenyang dengan makan dan minum..
Jangan lupa kenyangkan hati dan jiwa dengan santapan yang indah sebagi bekalan ke akhirat sana ya..
Al-Quran, selawat dan zikir adalah khasiat terbaik buat hati yang ingin sihat.

Oh.
Saya bukanlah seseorang yang boleh dijadikan contoh.
Jauh sekali menjadi rujukan terbaik anda semua..
Ternyata bahu kiri ini lebih terberat dengan dosa dan khilaf.
Namun setiap kita yang ALLAH jadikan, ada tugas masing-masing yang perlu dilaksanakan kan?
Mungkin ini tugasan 'kecil' saya untuk menulis di blog yang kecil dan biasa ini buat tatapan sebelah mata anda.

Tak mengapa jika anda tidak suka.
At list saya mencuba.
Kan?
Moga Allah memberkati dan senyum pada saya untuk entry kali ini..

'Tidak ada yang lain di hatiku melainkan Mu Ya Allah..tempat menghadapkan wajah ini'


Oh.
Terima kasih juga kepada entry-entry dari rakan blog yang banyak membuahkan keinsafan.
Alhamdulillah.
(^_^)

2 comments:

dzulhakim baharom said...

"Moga Allah memberkati dan senyum pada saya untuk entry kali ini.."

amin

=)

FarhahNur said...

Terima kasih kerana selalu ada untuk mengaminkan doa-doa saya..
Somaga Cikgu Akem menjadi kesanyangan ALLAH SWT..
Amin.
:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...