Salamunalaik..
Petang yang terik; walau senja sudah mula menjengah. Masih di bilik, ditemani kertas dan buku yang menimbun. Walau jam tangan sudah menunjukkan jam 5.35 petang (terpaksa dipercepat untuk memujuk diri jika kelas amat memengantokkan dan melentokkan) jam di dinding pula 5.25 petang (ya..ini tepat), tiba-tiba kedengaran "Letakkan pistol anda sekarang!". Bingkas bangun, mencari alasan yang KUKUH untuk 'time-out' setelah hampir separuh hari menatap dengan penuh jemu; PROPOSAL. Seperti seorang 'sniper' profesional, langsir berwarna putih dikuis sedikit agar 'situasi meruncing' yang berlaku di luar rumah itu dapat diamati sebaik mungkin! Sekali lagi 'Letakkan pistol anda, letakkan tangan di belakang, jangan bergerak!'. Adegan yang mencemaskan. Phew. Masih tercari-cari jasad 'street fighter' itu. Pokok besar dekat belakang rumah Abg Amer (suatu masa dahulu) menghalang pandangan! Ish! 'Sniper' mengubah arah intipan. Ke kanan sedikit. Kali ni, bagus bak Clean and Clear. Sekali lagi suara yang sama "Cepat, ikut arahan!" Tiba-tiba, satu suara baru menjengah, "Mane bole macam ni! Aku dah tembak dulu tadi. Ape plak aku yg kene??" 'Sniper' mengandaikan bahawa satu adegan 'tembak dan tangkap' sedang berlaku antara dua orang 'polis' dan 'pencuri' yang masih ketot dan kenit-kenit belaka. Comot pun ada sikit. Di sisi poket seluar masing-masing ada 'senapang'; dibuat dari kayu. Macam 'smart' jugak. Kemudian..
Polis : Ko kena duduk kat sini bila aku tembak. Ko kan dah mati.
Pencuri : Mane aci..aku tembak ko dulu. Aku taknak duk sini (tak pandang muka polis, merajuk agaknya)
Polis : Ala kejap je pun, ko duduk kejap je. (lalu menyambung tugas sebagai 'polis') Letakkan pistol anda!(eh, tadi kata pencuri dah mati, boleh pulak angkat pistol)
Pencuri : Taknakla camni. Kita mula balik! Aku nak jadi pencuri dengan Azim (kalau xsalah).
Polis : Oklah, aku tag team ngan Tut('sniper' tak sempat dengar nama). Aku pegi stand by kat sana.
Pencuri: Kita mula balik. (muka yang tembam itu mencebik, lagi la tembam)
Polis : Woi Tut. Kita mula balik, aku ngan ko jadi polis lagi. Kita serang kat sana pulak. Bergerak!!
Beberapa saat kemudian, kedengaran pistol polis 'berbunyi'."pong,pong"(ke pom pom, ahh, lebih kurangla) Tiba-tiba..
Pencuri : Woiii, nantila, aku belum lari lagi, jgn kejar lagi! Ko pegila tembak kat lain dulu! Ish!
Hmm..petang ini terus padam sunyinya dengan bunyi 'bom','machine-gun','pistol' dan 'senapang'. Sekali sekala, kedengaran 'polis' dan 'pencuri' mengeluh.."penat laaa..haah..haah" Tetapi, mereka terus berlari dengan bunyi selipar 'pelepap,pelepap'. Sampai Maghrib mereka masih setia menjalankan 'tugas'. Si 'polis', menjalankan tugas sebagai pemelihara keamanan a.k.a polis sentimental yang cukup memahami dan pandai memujuk. Si 'pencuri', terus demand setiap kali ditangkap 'polis'. Namun, 'pencuri' terpaksa redha dengan nasib di akhir cerita, iaitu, ditangkap atau ditembak sampai mati (itupun terpaksa dipujuk).
Alamak..Proposal tak siap!!!

6 comments:
Paah, ape motif citer nih? Escapism???
Hm, no specified one la fahana..cuma melaporkan kisah benar yg belaku kat blakang umah aritu..hihi
ahpek,
jgn bergerak!!
nak beli eskem!!
pom, pom
(ahpek mati kena tembak..)
hahahaha..dah besor pun men lagi ker..
haiyaa..
ini budak aa..
manyak bikin wa susah woo..
timkai aa??
Ahlek:LaLa..talak mati!ada ilmu ESKEM!
MUsTZZ:Tgk tgk jela neng (tp tringin gak..hehe)
EkY:Hait,mana ale kasik susah..bersusah dahulu pendapatan wat..hehe
Post a Comment